part 142

1.8K 183 1
                                    

Theo memegang kemas luka di lengannya. Di situlah bahagian luka paling dalam di antara luka-luka lain. Badannya dipenuhi darah dari luka-luka kecil akibat pertarungannya dengan Kolonel Byron sebentar tadi. Kini dia sedang berehat di bawah sebuah meja kayu di dalam sebuah kedai makan tanpa penghuni. Meja itu melekat pada dinding yang dihadang oleh satu lagi meja yang sudah terbalik. Jadi, ianya tempat yang sesuai untuk bersembunyi.

"Aku tak pernah rasa sakit macam ni, Canavar." Rungutnya perlahan.

"Apa yang kau rasa tu, aku pun rasa juga. Atlas. Ini semua salah kau! Kau yang beria sangat pergi tolong orang-orang Gayst tu. Tengok sekarang apa yang hantu tu dah buat pada aku!" Marah Canavar.

"Hah hah.. mana aku tahu kekuatan kau boleh terbatas macam tu. Lagipun, macam nilah bagus. Sekurang-kurangnya aku dah tak perlu risau sebab kau dah tak mampu nak ambil alih tubuh aku." Theo ketawa perlahan sambil mengoyakkan sedikit hujung bajunya yang diikat mafela biru itu lalu dibalutnya luka pada lengan. Dahinya sedikit berkerut menahan sakit.

"For now, Atlas. Just for now.." canavar tersengih sinis.

"Aku kena cari Ken dan yang lain-lain." Ujarnya perlahan sebelum mengeluarkan kepalanya untuk melihat keadaan sekeliling. Sebaik kepalanya dijulurkan keluar, sebatang anak panah yang muncul entah dari mana meluncur laju lalu mendarat di atas tanah betul-betul di hadapan hidungnya.

"Damn it!" Dengan pantas dia keluar dari tempat persembunyian lalu berlari laju merentasi pekan Biggoy yang sudah dipenuhi mayat-mayat bergelimpangan di atas tanah.

..............................................................

Ken meletakkan jari dibibirnya. Tangan kirinya dijulurkan ke arah Aigle yang berada di sisi. Matanya mengintai di celahan pintu yang terbuka sedikit terbuka. Mereka sedang bersembunyi di dalam sebuah rumah milik penduduk di situ. Nasiblah ada yang masih baik mahu menolong mereka. Kebanyakan penduduk pulau itu memilih untuk bersembunyi di dalam kediaman masing-masing dan tidak cuba untuk ikut campur dalam urusan Salamander.

"A-apa yang berlaku sebenarnya?" Soal seorang wanita berambut kerinting berwarna merah yang sedang memeluk anaknya di belakang mereka. Masing-masing menggigil ketakutan.

"Salamander tak guna. Diorang tak tahu ke yang diorang dah takutkan penduduk kampung ni?" Ken menumbuk dinding.

"Kalau ya pun nak tangkap lanun, janganlah libatkan mereka yang tak bersalah ni!" Marah lelaki itu lagi. Aigle memandang 2 beranak itu.

"Ken.. kita tak boleh menyorok kat sini lagi." Lelaki itu turut sama memandang mereka sebelum mengangguk perlahan.

Aigle merapati wanita itu lalu tangannya diraih.

"Mak cik jangan keluar dari rumah ni selagi kekecohan kat luar tak berhenti. Keadaan tak selamat sekarang." Dan wanita itu hanya mengangguk perlahan. Setelah memastikan keadaan di luar selamat, Ken menarik lengan Aigle keluar dari rumah tersebut.

"Kita kena cari yang lain." Ujar Ken.

.................................................................

2 bilah pedang milik Xavier bersatu dengan bilah kapak besar milik Komander Zindo. Sementara Ash dan Xara bertarung dengan tentera-tentera Salamander yang tak pernah reda bilangannya, Xavier memilih untuk menjatuhkan ketua mereka.

Dia tahu mereka tidak boleh terus membuang masa di tempat itu. Mereka perlu cepat-cepat mencari Keith dan keluar dari pulau tersebut. Dan menyambung perjalanan mereka yang tergendala. Siapa sangka, masalah yang mereka cuba jauhkan diri, datang mencari mereka dalam masa sesingkat ini.

Bunyi bilah besi berlaga membingitkan telinga. Percikan api kecil kelihatan keluar setiap kali pedang dan kapak itu bertembung.

Komander Zindo memutarkan kapaknya kuat sebelum beberapa jalur cahaya berwarna jingga kemerahan muncul dan meluru laju ke arah Xavier. Xavier melompat tinggi. Jalur cahaya itu terbang melepasinya dan memotong beberapa batang pokok hutan di belakang Xavier. Habis hutan itu musnah. Komander Zindo mencuba lagi. Libasan demi libasan jalur terbentuk dan menyerang Xavier. Satu persatu cuba dielaknya. Jaluran terakhir tidak sempat untuk dielak sebaliknya dia cuba menghalang menggunakan 2 bilah pedangnya. Peluh menitik laju. Gigi diketap kuat cuba menahan jaluran yang sudah memusnahkan suku daripada pokok-pokok di hutan Alley.

"Xav!" Jerit Xara. Cubaannya untuk membantu abang kembar terbantut apabila beberapa orang tentera Salamander menghalang laluannya. Dia memandang pula ke arah Ash yang sudah termengah-mengah. Ash kelihatan tidak berputus asa dan terus menerus menumbangkan musuhnya dengan hanya menggunakan kaki.

Sampai bila mereka harus terperangkap di dalam perang yang mereka sendiri tidak patut terjebak sejak awal lagi. Xara mengeluh perlahan.

"What a bad luck we have."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now