part 95

2.2K 230 2
                                    

"Pak cik tahu mana Kapten Blackstone sekarang?" Soal Theo ketika mereka berada di sebuah taman batu karang istana bersama Raja Ohz dan rakan-rakannya. Mereka sekadar berehat di situ selepas selesai bersarapan. Frohs sedang menjaga adiknya yang masih belum sedarkan diri. Flynn pula sedang memerhatikan banduan mereka yang juga masih belum sedarkan diri.

"Kali terakhir beta dengar cerita pasal dia. Dia sudah memasuki sempadan 5 penjuru Latitud. Itupun dari khabar angin. Dan sekarang beta tak pasti lagi di mana dia sekarang." Ujar Raja Ohz.

"Kalian dari Azurea, bukan? Bagaimana kalian lepasi Salamander? Beta dengar, Salamander sudah menutup semua pintu masuk ke Euloth."

"Pak Cik Eldritch yang tolong kami. Dia yang tunjukkan jalan lain untuk ke sini." Ujar Xara.

"Hahah.. maksud kamu, laluan Lurah Mati?" Xara mengangguk memhuatkan Raja Ohz menyambung ketawanya.

"Baguslah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya kalian sudah sampai ke sini. Dan sudah membetulkan pandangan beta pada manusia. Maafkan beta atas semua kekasaran beta." Theo, Xara, Xavier, Aigle dan Ken yang sudah berbalut sana-sini hanya tersengih.

"Sebenarnya, kuasa apa yang Pearl keluarkan semalam?" Soal Xavier.

"Itu kuasa larangan. Pearl warisi dari ibunya. Pearl mampu mengalirkan tenaganya kepada sesiapa sahaja yang dia nak. Dan tenaga yang dia alirkan bukannya sedikit. Dan sebaik dia gunakan kuasa dia, Pearl akan alirkan semua tenaga yang dia ada dalam badan dia." Jelas Raja Ohz.

"Jadi, sebab tulah dia pengsan?" Soal Aigle. Raja Ohz mengangguk.

"Sebab itulah, kalau boleh, beta tak nak dia tinggalkan pulau ni. Sebaik ada yang tahu tentang kuasa Pearl, pasti satu dunia akan datang mencari dia."

"Tapi, pak cik tak boleh terus paksa dia untuk tinggal saja dekat sini." Ujar Ken. Raja Ohz hanya mendiamkan diri. Apa dia boleh buat lagi untuk melindungi puterinya itu.

"Dia betul. Pearl tak boleh terus dikawal ketat macam tu ayah. Sampai bila kita nak kawal hidup dia? Izinkanlah dia cari kebahagiaan yang dia nak." Ujar satu suara dari arah pintu gerbang kecil yang memisahkan bahagian dalam istana dengan taman batu karang. Raja Ohz memandang wajah anak terunanya.

"Saya cuma nak Pearl bahagia. Dan dengan terus mengurung dia dalam istana tak boleh buat dia bahagia." Frohs merapati ayahandanya.

"Tapi ayahanda cuma nak pastikan Pearl selamat." Frohs memegang lembut bahu si raja tua itu.

"Jangan risau. Saya ada. Saya akan jaga Pearl dengan nyawa saya sendiri. Ayahanda percayakan saya, bukan?" Soal putera duyung. Agak lama Raja Ohz bertentangan mata dengan anak terunanya itu. Sebelum akhirnya dia mengeluh perlahan.

"Baiklah.. tapi janji dengan ayahanda yang kamu akan jaga adik kamu tu dengan baik. Lindungi dia dengan nyawa kamu sendiri. Kamu bakal raja, Frohs. Belajar untuk lindungi rakyat bermula dnegan adik kamu dulu." Frohs tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersih.

"Saya janji." Theo, Ken, Xavier, Xara dan Aigle juga turut tersengih. Theo mengeluarkan serpihan berwarna emas kemerahan dari sebuah uncang kecil dari celahan mafela biru yang terikat di pinggangnya. Dia memandang ke arah Xara. Faham dengan bahasa isyarat kaptennya, Xara lantas mengeluarkan kompas lagenda beserta peta dunia dari beg silangnya. Aneh, walaupun di dalam air, kompas itu masih berfungsi. Begitu juga dengan peta. Langsung tidak rosak ataupun koyak. Basahnya pun tidak.

Xara membentangkan peta di atas sebuah batu besar berwarna putih. Rakan-rakannya datang mengelilingi. Begitu juga Frohs dan Raja Ohz. Kompas dibuka lalu sepihan kelima digantikan dengan serpihan ke enam.

"Ahh.. sudah lama beta tidak melihat kompas lagenda ni. Benar-benar mengimbau kenangan dulu." Ujar sang raja. Xara meletakkan kompas lagenda di atas peta bertanda Nohl Cay. Dan jarum kompas berputar laju. Laju dan mungkin lebih laju berbanding ketika mereka di Azurea. Euloth sememangnya benua yang unik. Medan magnet yang berada pada laut Euloth sememangnya lebih tinggi dan luas berbanding Azurea. Jadi kompas lagenda juga memakan masa untuk mendapatkan destinasi seterusnya.

Agak lama jarum kompas berputar. Akhirnya ia berhenti pada satu arah. Pada satu lagi pulau di Euloth Continent. Sebuah pulau yang cukup asing buat mereka. Ianya adalah sebuah pulau yang dikenali sebagai Alexander Isle.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now