part 124

2K 223 8
                                    

"Macammana kau boleh dengar suara aku?" Suara itu dapat didengari Theo walaupun Alura langsung tidak membuka mulutnya.

"Apa yang kau nak dari penduduk pulau ni?" Soal Theo tanpa menjawab soalan Alura. Bukan tidak mahu menjawab, tapi, dia sendiri tidak tahu kenapa dan bagaimana.

"Aku perlukan satu lagi nyawa."

"Untuk apa?"

"Untuk bebas.."

"Bebas dari apa? Apa maksud kau? Selama ni kau tak bebas ke?" Alura diam. Dia memandang tepat ke mata merah milik Theo.

"Atlas.." panggil Canavar.

"Apa dia?"

"Dia tengah pandang aku.."

"Apa kau mengarut ni?"

"Pandangan dia.. bukan pada kau.. tapi pada aku."

Theo terdiam mendengar kata-kata Canavar.

"Bagitahu aku.. apa yang kau nak sebenarnya?" Theo membuka langkah ke hadapan. Dan serta-merta Alura menangis. Dan tangisannya didengari setiap orang yang berada di situ. Mendayu-dayu. Air mata menitis membasahi pipinya yang pucat. Tetapi air matanya bukanlah air mata yang jernih. Tetapi air mata berwarna merah. Gelap dan pekat. Seperti darah.

"Aku rindukan dia..."

"Siapa? Ervin?" Soal Theo yang semakin mendekati Alura.

"Aku rindukan dia... aku perlukan satu lagi nyawa.. supaya aku bebas untuk bersama dia lagi... aku nak hidup kembali.. dan bersama dengan dia lagi." kali ini suara Alura kedengaran mendayu-dayu berselang-seli dengan erangan tangisannya yang kedengaran agak menyeramkan.

"Tapi apa yang kau buat tu salah. Mencabut nyawa orang yang tak bersalah hanya untuk kepentingan diri." Alura memandang ke arah Theo yang sudah berada betul-betul di hadapannya.

"Tapi aku nak jumpa dia... aku rindukan dia.."

"Aku faham apa yang kau rasa. Aku tak tahu apa-apa pasal cinta.. tapi aku tahu apa rasa kehilangan." Theo mengangkat perlahan tangannya. Dia tak pasti apa yang bakal terjadi, tetapi inilah satu-satunya cara yang mampu dia fikirkan sekarang. Mana mungkin dia boleh bertarung dengan roh yang tidak mempunyai jasad. Segala serangannya tetap akan telus terkena angin.

"Aku tak boleh biarkan.. satu lagi nyawa terkorban di tangan kau.." bisik Theo perlahan.

Tiba-tiba Alura bertukar rupa. Dari seorang gadis yang cantik kepada seekor raksasa yang hodoh dan buruk. Theo tergamam. Nampaknya rancangannya akan gagal.

"Dia akan mati!! Dan aku akan hidup bersama Ervin!!" Jerkah si raksasa.

"Tak guna!" Theo mengetap giginya sebaik sahaja Alura menghilangkan diri dari pandangan.

"Ken!! Aigle!! Jaga-jaga!!!" Jerit Theo cuba memberi amaran kepada 2 sahabatnya itu. Sudah sah-sahlah Aigle yang menjadi sasaran raksasa itu memandangkan Aigle sememangnya seorang penakut.

Theo memandang sekeliling. Tiada balasan dari Ken mahupun Aigle.

"Tak guna! Ken!! Aigle!! Korang kat mana?!?!" Soal Theo lagi.

"Theo! Apa dah jadi?!" Soal Xavier yang kedengaran sangat jauh dari tempat dia berdiri.

"Atlas!!" Kedengaran pula suara Keith.

Dan beberapa suara milik Cordell dan Wadham yang dia tidak pasti apa yang mereka katakan.

Theo memandang ke kiri dan kanan. Dia mula berlari di dalam kabus. Walaupun dia sendiri tidak tahu ke mana tujuannya.

"Can!!! Tolong aku!!" Jerit Theo. Terdesak sekali. Sehinggakan dia tiada pilihan lain selain meminta bantuan dari Canavar. Canavar tersenyum sinis sebelum memejamkan matanya. Mata kiri Theo kelihatan sedikit bercahaya merah. Dan corak hitam mula membesar dan menutupi separuh wajahnya. Dari situ Theo mampu melihat. Titik tenaga milik Ken, Aigle dan satu titik tenaga milik Alura yang sedang terbang laju ke arah Aigle.

"Takk!!!!" Jerit Theo lalu melompat laju ke arah Aigle dan ken yang kelihatan sedang berjaga-jaga.

Sebaik Theo mendarat di hadapan Aigle, Alura sudahpun mendekat dan akhirnya, Alura terbang menembusi badan Theo. Ianya satu kesakitan yang tidak pernah dirasakan Theo mahupun Canavar. Canavar sudah meraung kuat. Mungkin, itu caranya Alura mencabut nyawa mangsanya. Dengan menembusi badan seseorang. Theo melutut ke tanah. Darah terpercik keluar dari mulutnya.

"Theo!!!" Jerit Ken dan Aigle serentak.

"Theo! Kau ok ke?" Soal Aigle.

"Aku ok.. jangan risau.." ujar Theo lalu bangkit berdiri dibantu oleh Aigle. Ken bersiap siaga. Matanya memandang tajam ke arah Alura yang masih terbang di langit gelap. Alura tersengih menampakkan barisan giginya yabg bertaring tajam.

"Aku tak perlukan nyawa kau! Aku perlukan nyawa perempuan itu!!" Jerkah Alura lagi.

"Aku akan hidup kembali!! Dan aku akan bersama Ervin! Selama-lamanya!!" Alura kembali menjadikan Aigle yang sedang bersembunyi di belakang Ken dan Theo sebagai sasaran.

"Ervin dah mati!!" Jerkah Theo tiba-tiba. Dengan darah pekat masih mengalir di tubir bibirnya. Tangannya menekan perut. Aneh.. dia masih berasa sakit.

"Ervin dah mati!" Sekali lagi dia mengulangi ayat itu membuatkan Alura tersentak.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now