part 93

2.2K 205 7
                                    

"Salvotor? Macammana dia boleh ada dekat dengan Crystal Cove!?" Marah Raja Ohz. Salvotor atau nama lainnya, Cthulhu adalah makhluk dari laut sempadan Azurea-Euloth. Dan mereka sangat sukakan ikan duyung. Mereka adalah makhluk separa manusia, separa sotong kurita dan separa naga. Dan ianya hidup di dasar laut. Ia mempunyai tenaga sekuat manusia juga bijaknya sama seperti manusia. Tapi, bagaimana makhluk itu boleh berada di sini? Di Crystal Cove? Jauh dari sempadan Azurea-Euloth?

"Yang penting sekarang. Kitorang dah buktikan yang manusia tak ada kena-mengena dengan semua kehilangan tu." Ujar Theo. Raja Ohz terdiam.

"Flynn.. bawak Salvotor ke penjara bawah tanah. Kita uruskan dia bila dia sedar nanti." Ujar Si raja itu. Flynn tertunduk setelah mendapat arahan. Beberapa orang pengawal kuda laut mula memapah Salvotor mengekori Flynn ke sebuah bangunan kecil di belakang istana. Frohs berenang ke arah Xara dan Aigle sebelum adiknya itu dia gendong.

"Boleh saya tahu, kenapa pak cik tak suka menusia?" Soal Theo. Frohs ketawa perlahan. Tanpa rasa gentar, lelaki itu hanya memanggil Raja lautan itu dengan panggilan pak cik? Raja Ohz kelihatan tenang sahaja.

"Sebab manusialah, Crystal Cove di dalam bahaya satu ketika dulu. Dan sebab manusialah, permaisuri beta hilang tanpa jejak. Sebab manusialah, kami tidak boleh naik ke darat lagi." Ujar Raja Ohz perlahan.

"Manusia mempunyai sifat tamak. Tidak cukup dengan apa yang mereka ada. Sehinggakan sanggup mencabut nyawa mereka yang tak bersalah hanya untuk melunaskan ketamakan mereka. Manusia dahagakan harta. Harta dan pangkat. Sebab itulah, 5 benua masih lagi belum berdamai." Sambung si raja tua itu lagi.

"Apa maksud tuanku?" Soal Xara.

"Kamu tahu golongan bangsawan? Golongan yang gilakan harta itu?" Soal Raja Ohz. 5 sahabat itu mengangguk. Sudah tentulah. Golongan yang menjadikan Eagle di Azurea seperti lembu dicucuk hidung. Mereka tidak pasti bagaimana golongan bangsawan di Euloth. Adakah Salamander juga menjadi pak turut kepada golongan itu? Itu masih belum mereka ketahui.

"Mereka inginkan duyung sebagai peneman. Ada juga yang mahu menjadikan kami sebagai hamba. Dan menawarkan sebanyak mana coins yang mereka boleh kepada sesiapa yang mampu menangkap duyung. Sejak itu, Crystal Cove diterokai ramai lanun dan perompak. Mereka menangkap duyung-duyung untuk dijual kepada golongan-golongan lahanat itu. Tapi, semua itu tiada lagi selepas permaisuri beta menghilangkan diri. Dan beta tahu, dan yakin.. permaisuri beta, mengorbankan dirinya demi keamanan Crystal Cove. Jadi, angkara siapa lagi kalau bukan manusia? Apa itu semua tak cukup untuk membuatkan kami terus membenci manusia?" Suara Raja Ohz meninggi pada ayat terakhirnya. Dia memandang tajam ke arah Theo.

"Jangan samakan golongan-golongan bajingan itu dengan kami." Ujar Xavier.

"Tak semua manusia macam tu, pak cik. Itu buktinya!" Theo menunding jari ke arah Ken yang sedang dipapah oleh Xavier. Lelaki itu sudah cedera parah. Wajahnya dipenuhi lebam dan luka. Luka-luka yang pedih terkena air masin. Sungguh, seluruh badannya terasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.

"Itu sahabat saya. Dia bermati-matian cuba untuk menyelamatkan duyung-duyung pak cik tu. Termasuklah anak pak cik sendiri. Dan pak cik masih boleh cakap yang semua manusia sama macam golongan bangsawan yang tak ada perikemanusiaan tu?!" Raja Ohz terdiam ditengking oleh Theo. Theo sendiri tidak tahu kenapa. Tapi hari ni, dia tak mampu menahan kekecewaannya itu.

Hari yang malam sudah bertukar siang. Matahari kini memancar di atas darat dan cahayanya menembus masuk ke dasar laut. Membuatkan sekeliling Crystal Cove bertambah cahayanya. Dan mereka masih di perkarangan istana. Masih bertikam lidah. Dan Theo masih cuba untuk menyedarkan Raja Ohz tentang manusia. Raja Ohz masih terdiam memandang Theo.

"Kami tak mintak balasan pun untuk apa yang kami buat. Semua ni kami lakukan untuk Pearl. Sebab Pearl kawan kami. And we never left a friend behind when they were in trouble." Ujar Xara. Raja Ohz masih terdiam.

"Sudahlah, marilah kita pergi dari sini." Ajak Xavier. Rakan-rakannya yang lain hanya menurut kecuali Theo. Theo masih berdiri di situ sambil bercekak pinggang.

"Theo.. jom pergi." Ujar Aigle.

"Kita tak boleh pergi. Ada sesuatu yang aku nak dari pak cik ni." Ujar Theo membuatkan semua mata di situ membulat memandangnya. Iyalah, baru tadi Xara cakap yang mereka tak perlukan ganjaran.

"Apa kau cakap ni, Theo. Kita tak perlukan apa-apa dari diorang." Ujar Xara.

"Tak.. tak.. betul apa kata dia. Walau apapun alasannya, kalian sudah menyelamatkan semua duyung-duyung yang hilang. Sekaligus menangkap pesalahnya. Kalian patut dapatkan ganjaran. Boleh beta tahu, apa yang kamu mahukan?" Soal Raja Ohz kepada Theo.

"Tu.." Theo menunding jari telunjuknya ke kepala Raja Ohz. Sekali lagi semua mata membutang luas. Apa yang lelaki ini mengarut? Kenapa mahkota kebesaran diraja yang dia mahukan? Apa lelaki ini sudah gila?

"Theo! Apa kau mengarut ni?!" Marah Xara tetapi bahunya ditolak perlahan oleh bahu milik Xavier. Xara memandang mata abangnya yang masih melekat pada mahkota diraja. Dan rasanya, Xavier sudah dapat mengagak apa sebenarnya yang Theo mahukan.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now