part 12

3K 281 3
                                    

Matahari sudah lama terbenam. Malam sudah larut. Semua rakan-rakannya sudah bergelimpangan di atas deck. Cuma Xara sahaja yang tidur di dalam kabin. Mata Theo masih segar. Lagipun, seseorang perlu berjaga-jaga. Siapa tahu. Sebarang kemungkinan boleh berlaku di tengah-tengah laut seperti ini. Sudah 2 hari sejak mereka mula berlayar. Mengikut dari pengalaman, Theo yakin mereka akan sampai di Celsia saat matahari terbit esok.

Lampu minyak tanah diletakkan di atas deck. Kompas dikeluarkan. Jarumnya masih menunjuk ke arah hadapan. Theo tersenyum. Celsia. Dia pernah ke tempat itu 6 tahun yang lalu. Celsia adalah tempat dia mendapatkan bounty pertamanya.

Celsia merupakan sebuah pulau yang didiami oleh sebuah puak yang digelar Puak Jaya. Dan Puak Jaya adalah puak yang masih mengamalkan cara hidup orang asli. Mereka terkenal dengan kain sutera yang ditenun menggunakan buah sutera dari pokok Labis. Pokok yang hanya tumbuh di Celsia. Buah Sutera Labis sememangnya sukar untuk didapati. Tapi ia mendapat permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi dari golongan bangsawan. Ada yang sanggup menawarkan 1juta coins bagi yang mampu mendapatkan Sutera Labis. Ini kerana Sutera Labis sememangnya berbeza dari sutera lain.

Ramai yang cuba mendapatkan Sutera Labis. Tapi, Puak Jaya benar-benar melindungi pokok-pokok Labis dari orang luar. Mereka menegah sesiapa sahaja yang cuba mendapatkan buah Sutera Labis tanpa kebenaran mereka. Setakat ini cuma seorang sahaja yang berjaya mencurinya. Siapa lagi kalau bukan Theo sendiri. Dan telah menyebabkan dia mendapat bounty pertamanya apabila Ketua Puak Jaya mula melaporkannya pada pihak Eagle.

Theo tersengih lagi. Sudah 6 tahun berlalu. Adakah mereka masih ingat lagi padanya? Walaupun begitu, dia masih berharap mereka boleh memaafkannya atas kesalahan dia dulu.

Masa berlalu memang pantas. Langit mula beransur terang. Kelihatan matahari mula sedikit demi sedikit menunjukkan cahayanya. Tetapi ia dihalang oleh sebuah bukit yang berada tidak jauh dari kapal kecil mereka. Theo tersengih. Itu dia. Celsia. Sebuah pulau indah berlatar belakangkan matahari terbit.

"Hei! Wake up! Kita dah sampai!" Jerit Theo mengejutkan rakan-rakannya dari lena. Dengan mata yang terpisat-pisat dan mulut yang menguap serta rambut yang serabai, Ken memandang ke arah yang ditunjukkan Theo. Begitu juga Xavier dan Xara. Mereka tersengih teruja.

"Kita dah sampai!" Jerit Xara.

Kapal dilabuhkan di tepi pantai. Sauh diturunkan bagi mengelakkan kapal mereka hanyut dibawa ombak. Celsia tidak mempunyai jeti. Jadi terpaksalah mereka melabuhkan kapal di persisiran pantai sahaja. Theo, Ken, Xavier dan Xara melompat turun dari kapal mereka sebelum berjalan masuk ke dalam hutan tropika.

"Kau pernah ke sini, Theo?" Soal Xara.

"Yup. 6 years ago."

"Apa yang kau curi kat sini?" Soal Xavier pula. Theo hanya tersengih sambil menggosok-gosok belakang lehernya.

"Apa yang dah jadi kat sini?" Ken yang mendahului mereka itu tiba-tiba bersuara membuatkan Theo mempercepatkan langkahnya.

Rumah-rumah kayu semuanya roboh tinggal tiang. Ada yang sudah hangus terbakar. Ada juga yang dihempap oleh pokok-pokok kelapa yang tumbang. Kampung itu kelihatan seperti baru sahaja dilanda taufan. Tapi taufan yang berapi. Mungkin?

"Tempat ni macam baru diserang." Ujar Xavier. Theo berlari masuk ke dalam kawasan kampung diikuti oleh rakan-rakannya. Dari satu rumah ke rumah yang lain, Theo mencari-cari kemunculan sesiapa sahaja yang terselamat.

"Chief Zaff! Chief Zaff!!" Dia memanggil-manggil nama Ketua Puak Jaya. Namun masih tiada sahutan. Ken, Xara dan Xavier juga mencari-cari di sekitar kampung yang luas itu. Namun, hasilnya tetap sama. Theo melabuhkan punggung di atas batang pokok kelapa yang telah tumbang di atas sebuah rumah. Dahinya berkerut seribu. Apa yang telah berlaku?

"Tak ada sesiapapun kat sini." Ujar Ken. Rakan-rakannya yang lain mendekat sambil menggeleng hampa.

"Korang rasa, apa yang dah jadi?" Soal Theo.

"Atlas?" Theo tersentak lalu dia berpusing ke arah suara garau yang memanggil nama keluarganya. Dia terkedu saat melihat seorang lelaki berkulit gelap yang hanya memakai seluar paras betis yang diperbuat daripada Sutera Labis. Walaupun sudah kelihatan koyak rabak. Badannya dipenuhi luka. Di tangannya menggenggam sebatang busur dan dibelakang badannya terdapat sebuah bekas berbentuk silinder yang dipenuhi anak panah buluh. Theo melompat turun dari batang pokok kelapa lalu mendekati lelaki itu.

"Lahar.." ujarnya.

"Apa kau buat di sini Atlas? Trying to steal from us again? Baliklah. Tak ada apa yang kau boleh curi dari kami lagi." Ujar Lahar dingin. Matanya tajam memandang Theo.

"Lahar.. Apa yang berlaku kat sini?" Soal Theo.

"Aku cakap balik.. baliklah!" Lahar ingin melangkah pergi sebelum langkahnya dihalang oleh Theo.

"Bagitahu aku! Apa yang dah jadi?" Lahar mencengkam leher baju Theo. Xavier, Ken dan Xara mula melangkah ke hadapan. Xavier dan Xara sudah memegang ulu pedang masing-masing. Tetapi sempat Theo mengangkat tangannya membuatkan mereka terpaksa berundur.

"Ini semua berlaku disebabkan oleh orang macam kau! Tamak!! Suka merampas hak orang lain! Untuk apa? Untuk puaskan perut golongan bangsawan lahanat tu!! And when we refuse, they slaughter our brothers.. our sisters and even our kids!! And we can't do anything about it! Nothing Atlas!! You hear me??!" Cengkaman dilepaskan. Theo terkedu dengan kata-kata Lahar.

"Lahar. Apa yang kau cakapkan ni?"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now