part 26

2.5K 249 4
                                    

"Apa ni?" Soal Theo. Dia, Xavier, Xara dan Ken memandang ke arah Lord Eishin dengan wajah yang tertanya-tanya. Lord Eishin dan Clarissa berpandangan sesama sendiri.

"Itulah hadiah untuk pemenang perlumbaan ni. Batu penyembuh." Ujar Lord Eishin. Sekali lagi empat sekawan itu memandang ke arah seutas rantai yang berloketkan sebiji batu leper berwarna putih di dalam kotak merah di tangan Theo. Di tengah-tengah batu itu terdapat satu corak pusaran.

"Batu penyembuh?" Soal Theo.

"Ya.. batu penyembuh. Kenapa?" Soal Clarissa.

"Apa istimewanya batu ni?" Soal Theo lagi membuatkan Lord Eishin dan Clarissa berpandangan sesama sendiri. Sekali lagi.

"Bukanke korang sertai pertandingan ni untuk dapatkan batu ni?" Clarissa memandang Theo. Pelik. Kalau bukan sebab hadiah istimewa dari Lord Eishin ni, sebab apa lagi yang membuatkan mereka bersungguh-sungguh untuk menang?

"Batu ni boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Termasuklah penyakit yang masih belum dijumpai penawarnya. Sebab itulah ianya sangat istimewa." Jelas Lord Eishin. Dari pandangan mata Theo tadi, dia sudah tahu yang anak muda itu sememangnya tidak tahu apa-apa tentang batu ini. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Theo mengeluh perlahan. Kotak diserahkan kepada Xara.

"Kau simpanlah. Aku tak perlukannya." Ujar Theo kecewa. Ken dan Xavier hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan. Sememangnya mereka juga kecewa, tetapi apa nak buat. Mereka sendiri pun tak tahu hadiah apa yang ditawarkan oleh Lord Eishin. Ken menepuk perlahan bahu Theo.

"Jangan tunjuk sangat muka kecewa kau tu." Ujarnya.

"Iyalah Theo. Lagipun, batu ni masih berguna untuk kitorang." Ujar Xara sambil memakai rantai berbatu putih itu ke lehernya. Theo hanya tersenyum kelat.

"Sekejap, anak muda." Ken, Theo, Xavier dan Xara memandang ke arah Lord Eishin.

"Apa yang kalian cari sebenarnya?" Soal lelaki tua itu. Theo memandang rakan-rakannya. Sebelum dia mengeluarkan sebuah kompas berwarna emas dari beg kulit yang disandangnya sejak tadi. Kompas itu ditunjukkan kepada Lord Eishin.

"We're searching for this." Sebutir emas yang unik warnanya yang terletak kemas di atas jarum kompas dtunjukkan kepada Lord Eishin. Lelaki tua itu kelihatan agak terkejut.

"Ini emas ke? Kenapa lain sekali warnanya?" Soal Lord Eishin. Sungguh, ini kali pertama dia melihat emas yang berwarna kemerahan seperti itu. Bersinar lagi.

"Ini serpihan dari Urre Gold. The 2nd pieces. Sekarang, kami sedang cari 3rd pieces. Supaya kami dapat teruskan perjalanan kami." Jelas Xara.

"3rd pieces? Urre Gold?? Yaa yaa.. saya pernah dengar tentang ni. The lagendary hidden treasure. Urre Gold. Tapi tak sangka, lagenda itu betul." Ujarnya sambil meneliti 2nd pieces pada jarum kompas.

"Jadi, tuan tak tahu mana kami boleh cari 3rd pieces?" Soal Ken. Lord Eishin terdiam sebelum mengeluh berat.

"Malangnya, saya memang tak tahu apa-apa tentang ni." Ujarnya hampa.

"Tapi.."

"Tuan! Tuan Eishin!" Jerit seorang lelaki berbaju lengkap seperti seorang pengawal termengah-mengah berlari ke arah mereka dengan air muka yang cemas. Sekaligus, memotong percakapan Lord Eishin.

"Ada apa general? Apa yang jadi?" Soal Lord Eishin. General Hunter yang masih turun naik badannya itu menelan air liur.

"Seseorang telah memecah masuk Azuris Monetary Building! Dan kami telah berjaya memberkasnya, tuan!" Kata-kata lelaki itu membuatkan Lord Eishin terkedu. Belum pernah lagi ada yang cuba memecah masuk ke dalam bangunan besi itu.

"Apa?" Tanpa bercakap banyak lagi, Lord Eishin terus bergegas ke tempat kejadian bersama General Hunter dan Clarissa yang sentiasa setia di sisi The Keeper. Theo pantas membontoti pemimpin Wilayah Azuris itu. Xavier, Xara dan Ken berpandangan sesama sendiri sebelum turut berlari mengekori kapten mereka.

Mereka tiba di perkarangan sebuah bangunan besi yang sangat besar. Bangunan itu berbentuk segi empat sama dan diperbuat daripada besi sepenuhnya. Ia adalah tempat di mana segala kewangan penduduk Azuris Enclave diproses dan disimpan. Ianya dikawal ketat oleh pengawal Azuris 24 jam. Tak mungkinlah ada yang sanggup menempah maut untuk memecah masuk tempat itu.

Di perkarangan bangunan besi itu terdapat sekelompok manusia sedang berkumpul. Keadaan riuh sekali. Tapi, masih mampu dikawal oleh para pengawal. Sebaik Lord Eishin tiba, mereka mula membuka laluan buat sang pemimpin. Di tengah-tengah kelompok penduduk Azuris itu terdapat seorang lelaki yang diikat tangan dan kakinya menggunakan seutas rantai besi. Lelaki itu hanya tertunduk memandang tanah. Wajahnya tersorok disebalik rambut depannya yang sedikit panjang. Beberapa orang pengawal di situ mula mengangkat tabik hormat apabila Lord Eishin datang mendekat.

"Tuan! Dia cuba untuk memecah masuk ke dalam Monetary Building." Ujar salah seorang dari pengawal tersebut. Lord Eishin tidak menjawab sebaliknya dia hanya melutut di hadapan si pencuri.

"Bodoh betul. Ada ke nak pecah masuk bangunan yang dikawal ketat macam ni? Siang hari pulak tu. Tak ke menempah maut namanya." Bisik Ken kepada Theo. Theo hanya tersenyum sambil mengangguk.

"Anak muda. Kamu.. ada masalah?" Soal Lord Eishin. Lelaki itu mengangkat wajahnya. Memandang ke arah Lord Eishin dengan wajah yang sugul. Theo, Ken, Xavier dan Xara tercengang memandang wajah lelaki itu sebelum mereka menjerit serentak.

"Edd?!?!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Donde viven las historias. Descúbrelo ahora