part 69

2.3K 217 0
                                    

"Kau nak pergi mana, Theo?" Soal Ken melihat Theo sedang bersiap-siap. Bajunya yang lusuh ditukar ke baju yang lebih bersih. Theo menutup almari kayu lalu mengambil tempat di atas katilnya yang bersebelahan dengan katil milik Ken.

"Aku nak balik kejap. Nak jumpa mak dengan ayah aku." Ujar Theo sambil memakai kasut kulitnya.

"Nak ikut! Aku bosanlah kat rumah. Xav pergi dating dengan Mel. Xara pulak tolong Pak Cik Horn. Takkan kau pun nak tinggalkan aku jugak." Theo ketawa perlahan sebelum menolak kepala Ken sehingga lelaki itu rebah ke tilam.

"Geli aku dengan kau! Jomlah." Ken tersenyum sebelum membontoti sahabatnya itu. Mereka berjalan kaki ke Kampung Suria yang letaknya 7km dari tempat tinggal mereka. Sebaik tiba di sebuah tanah tinggi yang menghala ke Kampung Suria, mereka tercengang. Permandangan Kampung itu dasyat sekali. Rumah-rumah habis ranap. Gerai-gerai para peniaga juga sudah tinggal tiang. Mayat bergelimpangan di atas tanah. Api masih lagi menjulang naik.

Tanpa berlengah lagi, mereka terus berlari ke arah kampung suria. Theo terus berlari laju ke arah rumah ibu dan ayahnya yang terletak di hujung kampung. Hatinya cukup berdebar-debar. Dan berharap yang ibu bapanya terselamat dari kemusnahan seperti serangan garuda ini. Dia berlari dan terus berlari. Meredah apa sahaja yang berada di hadapan. Ken dibelakang hanya membontoti Theo tanpa suara. Dia juga masih terkejut. Sekelip mata sahaja kampung ini musnah seperti ini. Tapi, angkara siapa?

Mereka tiba di hadapan sebuah rumah kayu yang sudah separuh hangus dijilat api. Di hadapan rumah itu terbaringnya tubuh kaku dua manusia. Langsung tidak bergerak. Seluruh tubuh Theo menggigil sebelum dia akhirnya terjatuh melutut ke tanah hitam.

"I-ibu.. a-ayah.." suaranya kedengaran tersekat-sekat. Ken di sebelahnya juga kehilangan kata-kata. Mulutnya sedikit ternganga.

"Apa yang dah jadi?" Soal lelaki itu. Theo bergerak perlahan menghampiri kedua-dua ibu dan ayahnya yang sudah tidak lagi bernyawa. Kepala ibunya dirangkul. Sudah 2 bulan dia tidak bertemu dengan mereka. Sepatutnya, hari ini mereka meraikan ulang tahun perkahwinan mereka bersama-sama. Tapi sekarang... semuanya sudah hancur. Air mata bercucuran keluar dari tubir matanya. Sedikit demi sedikit hatinya berkecai tinggal debu. Ken memeriksa sekitar rumah yang sudah hangus terbakar. Cuba mencari apa-apa petunjuk tentang mereka yang telah menyerang kampung ini.

Namun ianya hampa. Mereka langsung tidak meninggalkan petunjuk. Ken hanya mengeluh berat melihat sahabat baiknya tertunduk memandang tanah.

....................................................................

Seminggu kemudian..

"Sampai sekarang masih tak ada siapa yang tahu apa yang jadi dekat Kampung Suria.." ujar Xara.

"Aku rasa ni kerja lanun." Balas Xavier pula. Theo hanya berdiam diri. Sejak kematian ibu dan ayahnya, Theo sekarang lebih banyak berdiam diri. Tidak seperti dulu. Suka menyakat, bergelak ketawa. Sekarang, dia lebih suka membisu. Mereka berkumpul di hadapan rumah Horn. Sekadar mengambil angin petang.

"Pak cik tak tahu apa-apa?" Soal Ken. Horn di sisinya hanya menggeleng perlahan.

"Pak cik dah banyak tanyakan soal serangan itu di sekitar Kepulauan Rossenate ni. Tapi, tak ada siapa yang tahu." Balas Horn.

"Kalau aku tahu siapa, habislah aku kerjakan." Ujar Ken sambil mengepal penumbuk geram.

"Sudahlah. Kalau fikir kat sini pun, kita masih tak dapat jawapan. Kalian pergilah ke Pekan Alvina. Mana tahu, mungkin kita akan dapat 1, 2 maklumat." Ujar Horn. Mereka akur. Mungkin itu yang terbaik yang boleh mereka lakukan sekarang ini. Jika terus di sini, sampai bila pun mereka tak akan dapat jawapannya.

"Mana Mel?" Soal Xara sebaik perasan yang seorang lagi sahabat mereka tiada di situ.

"Aku rasa dia keluar pagi tadi." Ujar Ken. Xavier berkerut dahi.

"Dia keluar pagi tadi? Sampai sekarang tak balik lagi?" Soalnya. Ken hanya menjungkit bahu.

Tiba-tiba sebatang anak panah meluncur laju dari satu arah tepat mengenai tiang kayu rumah milik Horn. Anak panah yang meluncur laju itu mengejutkan semua yang berada di situ. Pantas Xavier mengeluarkan pedangnya lalu berlari ke arah satu kelibat dari dalam semak berhampiran rumah kayu itu sebelum dia juga turut hilang di dalam hutan tebal mengejar si pemanah.

Theo mendekati anak panah yang tertusuk jauh menembusi tiang. Hanya dengan sekali rentap, anak panah itu tercabut dari tiang kayu. Pada batang anak panah itu terikatnya sehelai kain berwarna hitam dan sedikit cebisan kain berwarna ungu. Kedua-dua ikatan kain itu direntap oleh Theo. Cebisan kain berwarna ungu itu dia kenal. Tersangat kenal. Ianya cebisan dari baju yang dipakai oleh Mel pagi tadi. Baju kegemaran gadis itu.

"Ini baju Mel kan?" Soal Xara. Ken dan Horn datang mendekat.

"Takkanlah.. kau pasti ke dia pakai baju ni pagi tadi?" Soal Ken.

"Aku pasti. Ni baju Mel. Tak mungkin aku salah." Ujar Xara lagi. Kain berwarna hitam Theo buka perlahan. Ianya sehelai jolly roger yang bersaiz kecil. Pada kain itu terlukisnya tengkorak manusia yang mempunyai tatu di wajahnya. Dan 2 batang tulang putih bersilang di bawahnya. Lambang itu seakan-akan bermain-main di kepalanya.

"It's a pirate!" Ujar Xara.

"Tapi lambang ni?" Soal Ken.

"Ini lanun Arkida." Balas Horn dengan dahi yang berkerut seribu. Theo hanya mengangguk perlahan.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now