part 135

2K 207 5
                                    

Xara, Theo dan Ash memasuki beberapa buah bar di situ. Dan kesemua bar yang dimasuki dipenuhi lanun yang semuanya bermuka garang dan bengis. Dan suasana di setiap bar itu berbeza sekali dengan bar-bar yang pernah dimasuki mereka di pulau-pulau lain. Sangat berbeza. Suasananya sebelah suram dan sebelah riuh. Bahagian yang riuh itu adalah suara dari lanun-lanun yang bergelak sakan. Manakala bahagian yang suram itu mungkin adalah penduduk asal pulau ini yang sedang ketakutan. Sudah pastilah takutkan para lanun.

Sudah beberapa jam sejak mereka berpecah kepada 2 kumpulan. 3 sahabat itu melangkah memasuki satu bar. Seperti biasa ia dipenuhi ramai lanun. Bau arak tersebar ke seluruh bar itu. Busuk! Mereka memandang sekeliling. Orang yang dicari masih tidak dijumpai. Malah, perut Theo pula yang berkeroncong. Xara dan Ash hanya menjeling lelaki itu. Tahu sangatlah bunyi apa tu. Theo tersengih.

"Aku...."

"Ya.. kau lapar.. jomlah makan." Ujar Xara memotong kata-kata Theo. Mereka mengambil tempat di meja bar panjang di hadapan seorang pelayan perempuan. Memandangkan tempat itu sahaja yang kosong. Perempuan berambut panjang kerinting dengan sebatang rokok di bibirnya tersenyum sebaik 3 sahabat itu mengambil tempat mereka.

"What can I get for you, young lads?" Soal perempuan itu dengan sikunya direhatkan di atas meja bar.

"Makanan.. apa-apa sahaja yang ada!" Ujar Theo sambil tersengih membuatkan perempuan itu ketawa perlahan.

"What about you ladies?" Soalnya memandang ke arah Ash dan xara.

"Just some juice please." Ujar Ash.

"Coffee for me." Xara pula bersuara. Perempuan itu mengangguk lalu berlalu ke bahagian dapur.

"Mana lagi kita nak cari Keith?" Soal Xara lalu meletakkan kepalanya ke atas meja bar. Theo di sisi kirinya tersengih.

"Janganlah risau.. banyak tempat lagi yang kita belum cari."

"Betullah Xara. Nanti jumpalah tu." Sokong Ash di sisi kanan Xara. Xara hanya mengeluh perlahan.

"Tapi aku masih pelik. Kenapa ramai lanun berkumpul di sini?" Soal Ash sambil menjeling ke belakang.

"Jadi, kalian datang ke sini bukan disebabkan alliance tu?" Tiba-tiba lelaki di sisi Theo bersuara. Lelaki itu besar badannya. Berambut panjang paras bahu. Memakai topi berwarna merah gelap dan sehelai kot lusuh juga berwarna merah gelap. Dia meneguk bir gelas besar tanpa memandang ke arah Theo.

"Alliance? Maksud kau?" Soal Theo.

"Kesepakatan antara lanun. Di bawah satu nama. Orang-orang menggelarkannya sebagai 'Shadow' Heinrik." Ujar lelaki itu sebelum menyuapkan daging bakar ke dalam mulutnya.

"Shadow?" Soal Ash.

"Heinrik?" Soal Xara pula.

"Siapa tu?" Theo pula bersuara sebelum mencapai daging yang dihidangkan oleh perempuan pelayan di hadapannya.

"Ianya adalah alliance yang dibuat oleh Heinrik dengan lanun-lanun seluruh dunia." Ujar perempuan yang bernama Nola itu.

"Alliance untuk apa?" Soal Xara.

"Untuk hapuskan salamander. Dan 4 lagi pasukan ketenteraan dunia yang lain." Jelas Nola membuatkan 3 sahabat itu tersentak.

"Hapuskan pasukan ketenteraan dunia? Biar betul?" Soal Xara.

"Jadi, sebabtulah ramai lanun berkumpul kat sini?" Nola mengangguk mengiyakan kata-kata ash.

"Pulau ni tempat perjumpaan mereka. Perjumpaan yang akan diadakan seminggu dari sekarang."

"Apa kata kau sertai alliance tu, Atlas. Dengan kekuatan yang kau ada, pasti dapat membantu mereka. Hahahahahahah!" Lelaki itu ketawa kuat. Theo hanya makan tanpa menjawab.

"Tapi, kenapa? Apa tujuan Heinrik?" Soal Ash.

"Disebabkan perang antara benua, ramai yang jadi mangsa. Menurut Heinrik, semua ini boleh dibendung. Dengan menghapuskan mereka yang telah mencetuskan perang itu, dunia akan aman semula." Ujar Nola.

"Haaa... jadi, Heinrik ni orang baiklah kan?" Soal Theo.

"Lanun... tak ada yang baik budak! Hahahah!" Lelaki itu bersuara lagi.

"Disebalik semua tu, tak ada yang tahu niat sebenar Heinrik." Ujar Nola.

"Dan saya yakin pak cik mesti tahu kan?" Soal Nola kepada lelaki bertopi merah gelap itu. Lelaki itu tersengih. 3 pasang mata milik 3 sahabat itu juga berpaling ke arahnya.

"Biarkan sahaja. Kita tengok sampai mana mereka boleh pergi. Lanun berdarah muda, masih berkobar-kobar semangatnya! Hahahahahah!" Lelaki itu berdiri. Beberapa keping coins diletakkan di atas meja.

"Terima kasih untuk makanan ni, Nola. Sedap kau masak." Ujarnya lagi sebelum berlalu dari situ.

"Kenapa dengan orang tua tu?" Soal Xara. Theo terdiam sebelum meneruskan makannya.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon