part 125

2K 214 7
                                    


"Ervin dah mati.. kalau kau hidup sekalipun, kau tak akan dapat bersama dengan dia!" Ujar Theo. Alura berdengus kuat.

"Kau bohong!!" Jerkahnya lalu terbang laju ke arah Aigle.

"Aku tak bohong! Aku yakin kau pun tahu tu! Terimalah kenyataan! Yang dia dah mati!!" Alura tidak mengendahkan kata-kata Theo. Sebaliknya dia tetap cuba untuk menyerang Aigle.

"Aigle.. stay behind me.." ujar Ken dan Aigle hanya mengangguk laju.

"Alura! Sudah berpuluh-puluh tahun berlalu! Kau tahukan dia dah tak ada kat dunia ni! Pergilah.. aku yakin dia sedang tunggu kau kat sana!" Alura yang masih cuba untuk menyerang Aigle akhirnya jatuh ke tanah. Wajahnya disembamkan ke bumi. Tangisan mendayu-dayu kedengaran di seluruh kawasan itu.

"Terimalah kenyataan.. semuanya sia-sia saja." Theo melangkah perlahan mendekati Alura sebelum dia melutut di hadapan gadis itu. Susut Alura sudah berubah. Menjadi seperti sediakala. Kabus yang menutupi kawasan itu perlahan-lahan reda. Begitu juga hujan dan guruh di langit. Seorang demi seorang rakan-rakannya yang hilang mula menunjukkan rupa. Pantas mereka merapati Theo, Ken, Aigle dan Alura yang masih meraung dengan suara yang agak menyeramkan itu.

"Alura.." ujar Keith perlahan.

"Pergilah.. pergi jumpa dia kat sana.. dunia ni terlalu kejam untuk kau. Kau akan lebih bahagia kat sana dengan dia." Theo tersenyum memandang Alura. Perlahan-lahan Alura mengangkat wajahnya. Wajah pucat itu sudah dibasahi air mata darah. Dengan esakan yang masih bersisa, Alura mengangkat tangannya. Cuba menyentuh wajah Theo walaupun ianya telus.

Xara yang tidak dapat menahan sebaknya bersembunyi di belakang Xavier. Kisah cinta yang sungguh menyayat hati.

"Pergi.." ucap Theo perlahan. Dan badan Alura mula bercahaya terang. Perlahan-lahan ia terapung-apung di udara. Seperti seorang bidadari. Sebelum akhirnya dia bertukar menjadi debu-debu bercahaya putih. Dan hilang di dalam kegelapan malam.

"Dia.. dah pergi ke?" Soal Keith. Theo mengangguk perlahan.

"Macam tu saja?" Wadham pula bersuara.

"Apa sebenarnya yang dia nak Atlas?" Soal Cordell.

"Dia nak hidup semula.. jadi dia perlukan nyawa terakhir untuk laksanakan hajat dia." Ujar Theo. Dahinya kelihatan sedikit berkerut. Seperti sedang menahan sakit.

"Theo.. kau ok ke? Kenapa muka kau nampak pucat?" Soal Aigle. Theo tersengih.

"Aku tak apa-apalah. Jangan risau."

Canavar berpeluh sejuk. Dia memandang perutnya yang masih melecur sebelum mengetap giginya.

"Tapi.. macammana kau tahu yang Ervin dah mati?" Soal Ken.

"Aku tak tahu pun.." Theo tersengih.

"Jadi, semuanya dah selesai lah kan?" Soal Wadham. Theo mengangguk perlahan.

Xavier berjalan-jalan di sekitar situ. Dia pasti dengan apa yang dia nampak. Sebelum Alura lenyap di udara, sesuatu yang berkilauan muncul dan jatuh ke tanah. Dalam keadaan gelap macam ni, memang sukarlah untuk dia mencarinya.

Pada ketika dia hampir menyerah, satu objek berkilau menarik perhatiannya. Objek itu berkilau disuluh cahaya bulan yang mulai muncul setelah semua awan-awan hitam itu berarak pergi. Dia mendekatinya. Objek bersaiz kecil itu diambil dan diteliti sebelum dia akhirnya tersengih.

"Found you.."

....................................................................

Wajah Theo masih pucat tetapi dibiarkan sahaja. Dia tidak mahu rakan-rakannya tahu soal itu. Setelah semua berakhir, mereka menuju ke pinggir pulau untuk mencari seorang pembaiki kapal yang kata Wadham sememangnya seorang yang handal di pulau itu. Mereka tiba di hadapan sebuah pintu pagar yang sangat besar. Di sisi pintu pagar besar itu terdapat sebuah lagi pintu pagar besi yang saiznya lebih kecil. Dan cukup untuk memuatkan seorang lelaki dewasa. Pintu dibuka dari dalam sebaik sahaja mereka sampai.

"Wadham!" Sapa seorang lelaki berpakaian comot ketika mereka melangkah masuk.

"Zin.. Ash mana?" Soal Wadham sambil matanya melilau ke kiri dan kanan.

"Ash keluar tadi.. ada hal katanya.. kalian masuklah ke dalam dulu. Sekejap lagi sampailah dia." Zin membawa mereka ke sebuah kabin yang dibina di tengah-tengah tempat itu. Di sepanjang laluan mereka, terdapat pelbagai jenis kayu dan batang pokok-pokok balak yang sudah ditebang dan dibersihkan. Terdapat juga beberapa bangkai kapal yang sudah roboh dan ada juga beberapa buah kapal yang sedang dibaiki. Disebabkan tempat itu terletak berdekatan dengan laut, jadi kapal-kapal yang dilabuhkan di situ juga banyak sekali. Sememangnya tempat ini sebuah bangkel yang sangat besar.

"Aku tak sangka tempat ni besar macam ni." Ujar Xara.

"Ash tu mesti lelaki yang hebat kan?" Soal Ken pula. Dan Aigle dan Xara pantas mengangguk.

"Dudukah dulu.. nanti aku mintak budak aku carikan Ash." Wadham mengangguk sambil matanya memandang Zin yang sedang bercakap dengan seorang lelaki yang lebih muda darinya. Lelaki itu mengangguk lalu berlari keluar dari kabin. Zin mengambil tempat di kerusi kosong bersebelahan Cordell.

"Jadi.. kalianlah lanun yang dah bantu kami?" Soal Zin sambil tersengih.

"Kita dah terhutang nyawa dengan mereka, Zin. Aku tak tahu siapa lagi yang akan terbunuh kalau mereka tak halang Alura semalam." Balas Wadham.

"Tapi.. aku tak pasti kalau Ash nak bantu kalian atau tak." Kata-kata Zin membuatkan semua yang berada di situ tersentak kecuali Wadham dan Cordell.

"Itu yang aku risaukan sekarang." Balas Wadham.

"Kenapa? Kenapa dia tak nak tolong kami?" Soal Xara.

"Dia ni.. susah sikit." Jawab Cordell.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now