part 13

2.8K 288 2
                                    

"Siapa yang kau maksudkan?" Soal Theo lagi memandangkan Lahar hanya mendiamkan diri sambil merenung tajam ke arahnya.

Mereka dikejutkan dengan beberapa suara lelaki sedang menuju ke arah mereka. Semakin lama semakin dekat. Perbualan apa mereka juga tidak pasti.

"They're back. Baliklah Atlas. Ini bukan tempat kau. Aku kena pergi sekarang." Ujar Lahar lalu mula melangkah meninggalkan mereka.

"Lahar! Aku tak akan pergi! We're not going anywhere! Kami akan ikut kau." Ujar Theo. Lahar ingin membantah, tetapi memandangkan suara-suara itu semakin mendekat, dia terpaksa mengalah.

"Apa-apa sajalah." Lahar terus berlari meninggalkan tempat itu bersama Theo, Ken, Xara dan Xavier yang mengekorinya dari belakang. Mereka semakin menjauhi kampung yang sudah musnah itu. Mereka tidak boleh meninggalkan Celsia lagi. Belum lagi. Apa yang mereka cari, masih belum dijumpai.

Mereka tiba di sebelah utara pulau. Ianya bertentangan dengan kampung Puak Jaya. Di situ terdapat sebuah gua batu yang agak besar. Di hadapan gua batu itu, terdapat sebiji batu yang menghalang pintu masuk gua tersebut. Lahar melangkah ke arah batu itu lalu batu itu ditolak menggunakan segala kudrat yang ada. Lahar sememangnya seorang yang kuat. Dia digelar sebagai Pahlawan Labis. Orang yang paling kuat di Celsia.

Batu ditolak sampailah kelihatan sebuah lubang yang mampu memuatkan mereka untuk masuk ke dalam.

"Masuklah.." ujar Lahar. Mereka akur lalu menyusup masuk ke dalam gua. Bahagian pintu gua yang membentuk satu lorong itu diterangi oleh cahaya dari lampu minyak tanah yang tergantung di sepanjang lorong. Lahar menutup kembali pintu gua tersebut.

"Apa yang kita buat kat sini?" Soal Theo. Lahar hanya mendiamkan diri sebelum berjalan menyusuri lorong itu. Theo, Ken, Xavier dan Xara berpandangan sesama sendiri sebelum membontoti Lahar tanpa banyak tanya lagi. Mereka pun tetamu yang tak diundang. Rasanya eloklah mereka ikut sahaja.

Kaki berhenti melangkah sebaik sahaja mereka tiba di penghujung pintu gua. Di dalamnya terdapat beberapa khemah kecil yang dibina menggunakan daun-daun pokok kelapa dan pisang. Di tengahnya terdapat sebuah unggun api kecil. Dan tempat itu dipenuhi oleh penduduk-penduduk Kampung Puak Jaya yang semuanya berkulit gelap. Dari yang tua hinggalah yang masih bayi. Semuanya berkumpul di situ. Dan mereka kelihatan agak terkejut apabila Lahar masuk bersama beberapa orang asing.

Seorang lelaki tua tetapi berotot berjalan mendekati mereka. Lahar menundukkan kepalanya tanda hormat kepada sang ketua. Lelaki itu memandang Lahar sebelum pandangannya beralih pada Theo. Dan renungan mata itu adalah sangat menggerunkan. Sehinggakan Xara sendiri menelan air liur.

"Chief Zaff.." ujar Theo. Zaffar mendekati Theo. Rapat. Dengan mata masih merenung tajam ke dalam mata lelaki itu.

"I'm... sorry?" Ujar Theo sambil tersengih gementar. Kaki berundur setapak ke belakang.

"Atlas... kenapa kau ke sini? Kau pengikut Jaguar?" Soal Zaffar masih merenung tajam ke arah Theo.

"Jaguar? Siapa Jaguar?" Soal Theo kembali. Mendengar soalan Theo, Zaffar mengeluh lega. Dia akhirnya berundur ke belakang.

"Jadi apa yang kau buat kat sini?"

"Kami ke sini untuk mencari the pieces.." ujar Ken. Penat juga dia sejak tadi hanya mendiamkan diri.

"The pieces? Jangan mengarut! It's no longer exist!" Ujar Zaffar sambil merenung tajam ke arah Ken.

"But you know about it, right?" Soal Xavier pula.

"Tak.. aku tak tahu apa-apa tentangnya. Yang penting ia tak ada kat sini. Jadi kau boleh pergi dari Celsia. Kami tak perlukan kalian di sini. We already have enough trouble."

"Apa yang berlaku kat sini Chief? Siapa Jaguar?" Soal Theo.

"Itu bukan urusan kau, Atlas. Dengar cakap aku kalau kau nak selamat! Pergi dari sini!" Jerkah Lahar.

"Aku tak akan pergi selagi aku tak tahu apa yang berlaku! Bagitahu aku!" Jerkah Theo kembali. Sudah lama dia tak rasa semarah ini. Mereka sengaja hendak buat dia hilang sabar. Iyalah, kenapa susah sangat untuk mereka ceritakan perkara sebenar? Dia cuma nak tolong.

"Tolonglah ceritakan pada kami apa yang sebenarnya berlaku." Pinta Xara dengan nada yang lebih lembut.

"Siapa Jaguar?" Soal Ken pula. Lahar ingin membentak namun dihentikan oleh Zaffar.

"Baiklah. Kalau kalian betul nak tahu. Jaguar.. he's a very infamous pirate. Boleh dikatakan semua lanun kenal dia. And he's a very strong one. Langsung tak ada hati perut. Lanun yang sanggup buat apa sahaja demi untuk mendapatkan apa yang dia nak. Dan sekarang, dia mahukan semua buah sutera labis yang ada di Celsia. Semua sekali." Jelas Zaffar.

"If they take all the fruits, the trees will die.." ujar Theo.

"Sebab itulah kami menolak. Tapi mereka memaksa. Mereka musnahkan seluruh kampung kami. Rumah-rumah dirobohkan, dibakar. Penduduk kampung kami dibunuh."

"Kenapa Chief tak laporkan pada The Eagle?" Soal Xara. Lahar berdengus.

"Dah. Tapi mereka langsung tak ambik tindakan. Jaguar dilindungi. Oleh golongan bangsawan yang inginkan Buah Labis. Eagle tak mampu buat apa-apa. Dasar pengecut!" Ujar Lahar dengan kebencian yang meluap-luap. Theo terdiam. Sungguh dia bencikan golongan bangsawan. Mereka membuat sesuatu sesuka hati mereka tanpa memikirkan golongan lain. Dan Eagle? Hanya menjadi pak turut kepada golongan itu. Betul kata Lahar. Dasar pengecut!

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now