part 53

2.3K 244 3
                                    

Bunyi hutan semakin kuat. Burung-burung juga kelihatan beterbangan di atas angkasa. Di tengah-tengah hutan kelihatan seorang lelaki sedang berdiri tegak dengan kedua-dua tangannya menggenggam buku lima erat. Dadanya turun naik. Dia hanya memandang ke hadapan tanpa bersuara. Dihadapannya terdapat seekor kerbau bertanduk 3 dan bertaring panjang yang saiznya 2 kali ganda dari Theo. Tubuhnya berbulu nipis berwarna hitam legam. Dihidungnya terdapat gegelung kecil berwarna emas. Yang anehnya, kerbau itu berdiri dengan 2 kaki dan memakai pakaian seperti manusia. Di kedua-dua tangannya memegang 2 bilah sabit bersaiz besar.

"Siapa kau? Berani masuk ke hutan Dewa Laut?" Soal si kerbau dengan suara yang lantang dan garau. Theo tersentak.

"K-kerbau ni bercakap?!" Jerit Theo. Kerbau itu merengus kuat.

"Aku tanya, siapa kau?!" Jerkah kerbau itu lagi.

"Macammana kau boleh bercakap? Kau kerbau ke manusia? Ke kau ni sebenarnya robot?" Soal Theo bertubi-tubi sambil mendekati kerbau tersebut. Habis setiap inci badan kerbau itu ditelitinya.

"Kau ni apa sebenarnya?" Soalnya lagi membuatkan si kerbau mula rimas. Kerbau menderam kuat. Menampakkan barisan giginya yang tajam dan panjang. Sabitnya dirapatkan ke leher Theo membuatkan lelaki itu menghentikan perbuatannya.

"Are you with the pirates?" Soal Kerbau sambil merapatkan wajahnya kepada Theo. Theo tersengih.

"Boleh bawak aku jumpa bos kau?" Soalnya. Si kerbau tersenyum sinis.

"Boleh, tapi lepas aku belasah kau." Sabit satu lagi diangkat tinggi lalu dilibas ke arah Theo.

..............................................................

Coda, Peter, Xara, Xavier dan Aigle, kelima-limanya terlentang di atas tanah. Masing-masing sudah cedera teruk. Berdarah di sana sini. Malangnya, kekuatan mereka langsung tidak dapat melawan makhluk-makhluk aneh itu. Seakan-akan mereka hanyalah seekor semut jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk itu. Ken juga masih berdiri tegak dengan mata hitamnya yang sudah bertukar putih. Fikirannya, tubuh badannya, semuanya dikawal oleh Izarus. Mana datangnya kuasa yang pelik itu pun mereka tidak tahu.

"Ken... wake up!!" Jerit Xara. Ken masih mendiamkan diri dengan wajah yang tiada perasaan. Hanya Ken dan Theo sahaja yang hebat bertempur tanpa senjata. Manakala dia, Xavier dan Aigle, masih memerlukan senjata mereka. Coda sudah teruk dibelasah oleh Ken yang sememangnya kekuatannya sudah melebihi kekuatan manusia normal. Peter pula, juga teruk dibelasah oleh pengikut-pengikut Izarus yang bilangannya bukanlah sedikit.

"Ken!!" Jerit Aigle pula. Cuba untuk menyedarkan Ken dari terus dikawal mindanya.

"Tak guna.." ujar Xavier seraya berdiri walau dalam keadaan yang cedera.

"Xav.." gumam Aigle sambil memandang Xavier yang kembali menyerang. Dia meluru ke arah Izarus tetapi dihalang oleh Ken. Dan mereka berbalas serangan. Bertubi-tubi.

"Ken! Aku tahu kau ada kat dalam tu!" Ujar Xavier sambil tangan dan kakinya menghalang setiap serangan dari ken. Ibarat retak setiap tulangnya dipukul sahabat baik sendiri.

"Ken... fight it! Jangan malukan aku. Kau tak selemah ni!" Ken masih berdiam diri dan terus menyerang.

"Macammana kau nak berdepan dengan Theo! Jangan malukan dia sebagai kapten kau!!" Xavier menumbuk kuat wajah Ken menyebabkan lelaki itu tercampak ke belakang. Darah yang mengalir di pipinya dikesat. Mata dipejam rapat. Terasa kepalanya sakit dan berdenyut kuat. Pantas dia menggeleng. Ken bangkit berdiri.

"Ken.." gumam Xavier perlahan. Izarus mula berasa cemas. Ken seakan-akan cuba untuk melawan rasukannya. Dia memandang ke arah Ken tajam. Cuba untuk merasuk lelaki itu dengan lebih dalam lagi.

"Kill him.." bisiknya perlahan. Ken berdengus kuat. Matanya dipejam dan dibuka berkali-kali. Kepalanya menggeleng laju. Mata yang putih berubah merah keseluruhannya. Dia merangkak ke lantai. Seperti seekor binatang buas dia menderam kuat.

"Ken! Apa kau dah buat pada dia?!" Jerit Xavier ke arah Izarus yang sedang ketawa kuat.

"He's not your friend anymore, brat. He's my pet now.." Ken meluru laju ke arah Xavier. Aigle dan xara cuba untuk membantu tetapi, dihalang pantas oleh 2 ekor makhluk berwajah singa dan khinzir.

"Ken!!" Jerit Xavier lagi sebaik sahaja Ken mendekatinya seperti seekor pemangsa yang sedang kelaparan. Namun, sebelum sempat lelaki itu menyerang Xavier, kepalanya dipukul kuat sehingga dia jatuh menghentam lantai. Lantai merekah menerima hentakan itu. Para pengikut Izarus sudah terlopong melihat kejadian itu. Mana tidaknya, setiap kali ketua mereka merasuk seseorang, tiada sesiapa lagi yang mampu menewaskan orang itu. Buku lima berasap yang menghentam Ken itu diangkat.

"Apa kena dengan budak ni?" Soal si pemilik buku lima. Dibelakang badannya diikat 3 bilah pedang dan selaras senapang berukiran cantik. Dia memandang Ken dan Xavier silih berganti.

"Sekejap je aku hilang, korang dah bergaduh dan berebut nak jadi kapten?" Soal Theo. Xavier yang masih terkejut itu tersenyum hambar.

"Theo.."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now