part 148

3K 223 24
                                    

Hayes hanya berdiri di situ sambil merenung ke arah Canavar. Wajahnya masih tersenyum. Canavar berdiri tegak. Lama mereka berpandangan tanpa berkata sepatah pun. Sebelum Canavar akhirnya mengeluh.

"Lupakan sajalah." Ujarnya perlahan sebelum corak aneh pada badannya mula menghilang. Dan hanya meninggalkan corak pusaran pada bawah mata kirinya.

Beberapa saat kemudian, tubuh Theo terjelepok ke tanah. Tidak sedarkan diri.

"Theo!!" Jerit seorang lelaki yang sedang berlari ke arah mereka. Xavier, Xara dan Keith mendekati Theo. Mata Xavier hanya merenung tajam ke arah lelaki tua yang sedang berdiri di hadapan Theo.

"Kau siapa?" Soalnya. Hayes masih tersenyum sebelum berpusing ke arah Byron yang masih terbaring di atas tanah sambil tangannya menekan perutnya yang cedera.

"Bawa kapten kalian pergi dari sini.. jangan risau.. perang ni dah pun tamat." Ujar lelaki tua itu. Xavier terdiam. Tangannya ditarik perlahan oleh Xara sebelum mereka membontoti Keith yang sedang menggendong Theo di belakang badannya berlari pergi dari tempat itu.

"Hayes...." ujar Byron perlahan sebelum Hayes menghilangkan diri.

...................................................................

Theo dibaringkan di atas deck Ibis. Rakan-rakannya yang lain semuanya sudah sedarkan diri. Layar dijatuhkan. Sauh dinaikkan. Dan Ash berdiri di hadapan pengemudi kapal. Bersedia untuk pergi dari situ.

"Salamander! Diorang masih nak serang kita!" Jerit Aigle lalu berlari ke arah meriam. Meriam dibidikkan ke arah sekumpulan tentera salamander yang sedang bersiap sedia untuk menembak mereka dari tebing kepulauan Biggoy.

Seketika kemudian, Aigle mengangkat kepalanya. Beberapa kelibat manusia sedang berdiri di hadapan tentera-tentera tersebut. Masing-masing membelakanginya membuatkan dia tidak tahu siapa mereka yang muncul secara tiba-tiba.

"Siapa tu?" Soal Ken. Aigle menggeleng perlahan.

"Itu bukanke pakcik yang kita jumpa dekat bar semalam?" Soal Ash. Xara mengangguk perlahan.

"Siapa dia?" Soal Xavier.

"Wick Hayes. Si lanun lagenda.." balas Xara. Dan mata mereka merenung ke arah Wick Hayes yang sedang mengangkat tangan kanannya. Seakan-akan sedang menyuruh mereka untuk cepat-cepat beredar dari situ.

"Aku tak sangka... wick Hayes.. membantu lanun kelas bawahan seperti mereka." Ujar Kolonel Miaa sambil bercekak pinggang.

"Siapa aku untuk menghalang darah muda seperti mereka untuk berlayar mengenali dunia?" Ujar Hayes. Anak-anak kapalnya mula mengeluarkan senjata masing-masing.

"Era baru lanun... baru sahaja bermula, si cantik.."

......................................................................

"Theo! Theo! Bangun!" Xara menggongcang perlahan tubuh Theo yang masih belum sedarkan diri. Jackdaw Ibis sudah melepasi perairan kepulauan Biggoy. Dan sedang berlayar menuju ke arah di mana jarum kompas lagenda sedang menunding.

Theo kelihatan bergerak sedikit. Matanya dibuka perlahan-lahan. Wajah pertama yang dilihatnya adalah Xara. Membuatkan dia mengukirkan senyuman.

"Xara.. kau ok.." ujarnya sebelum memandang ke arah rakan-rakannya yang lain.

"Korang pun ok.. baguslah.." dia memejamkan matanya kembali.

"Nampaknya dia tak apa-apa.." ujar Xara sambil mengeluh lega.

"Biarkan dia rehat.. dia perlukannya." Ujar Xavier lalu melabuhkan punggungnya di atas deck. Keith, Xara, Aigle, Ash dan Ken juga turut sama terbaring di atas deck. Masing-masing sudah keletihan dan kehabisan tenaga. Terperangkap di dalam perang yang langsung tiada kena mengena dengan mereka.

Dan Jackdaw Ibis pun berlayar perlahan tanpa sebarang gangguan.

.................................................................

Meja kayu ditumbuknya sehingga hancur. Lieutenant Commander Angus Chaos berdengus kuat. Matanya sedikit merah menahan amarah yang membuak-buak.

"Tak guna Wick Hayes!! Dalam diam rupanya kita ada musuh dalam selimut!!" Marahnya. Sergeant Coakly hanya tenang memandang pemimpin tertinggi pasukan ketenteraan Salamander.

"Di mana dia sekarang?" Soalnya.

"Dia dan anak-anak kapalnya menghilangkan diri, tuan. Sebaik sahaja kapal milik the beast pirates meninggalkan Biggoy. Ramai lanun-lanun yang berjaya ditangkap, dilepaskan mereka." Ujar Coakly. Sekali lagi Angus berdengus.

"Bodoh! Usaha kita hanya sia-sia!! Aku nak mereka semua ditangkap segera!! Naikkan bounty mereka jika perlu! Lebih-lebih lagi wick Hayes dan lanun-lanun Beast tu!"

"Baik tuan.." Coakly pantas beredar dari situ. Angus berjalan merapati jendela.

"The beast.... jangan harap kau akan terlepas dari aku!"

..................................................................

Beberapa hari kemudian..

"Terima kasih dah tumpangkan aku untuk beberapa harini. Aku akan teruskan kerja aku sebagai bounty hunter. Jangan risau. Kalau kita jumpa lagi di lautan sana, aku akan sambut korang sebagai kawan." Ujar Keith. Kapal mereka sudah 2 hari berlabuh di sebuah pulau kecil untuk mencari bahan bekalan. Sebaik mereka ingin beredar dari situ, Keith tiba-tiba sahaja ingin berundur.

"Apa kau cakapkan ni, Keith?" Soal Theo sambil berdiri di sisi kapal sambil bercekak pinggang. Matanya memandang ke arah Keith yang masih berada di atas jeti.

"Aku tahu apa kau dah buat pada aku. Dan aku sepatutnya balas balik semuanya. Mungkin kalau kita jumpa lagi satu hari nanti, aku janji aku akan balas semua jasa-jasa kau." Ujar Keith lagi.

"Aku tak peduli semua tu.. jomlah.. kita dah nak bertolak." Ujar Theo sebelum beredar ke tengah deck. Ken tersengih memandang Keith.

"Kau tak boleh menolak lagi kawan.. jomlah.." ujar lelaki itu. Keith terdiam. Satu persatu wajah di atas deck Ibis diperhatikan. Semuanya sedang tersenyum memandangnya.

"Lagipun.. aku tahu kau bukan bounty hunter. Dan kau tak pernah nak jadi bounty hunter pun kan?" Ujar Theo.

"Hahahah apa lagi pilihan yang kau ada?" Ken ketawa kuat. Keith tersengih sebelum turut sama ketawa.

"Fine! Aku jadi navigator korang. Puas hati?" Ujar lelaki itu sebelum melompat naik ke deck.

Xara mengeluarkan kompas lagenda dan peta kulit lalu dibentangkan di atas deck. 7 sahabat itu duduk mengelilingi peta kulit. Kompas dibuka dan diletakkan di atas peta.

"Kita akan ikut kompas ni?" Soal Keith.

"Yup! Dan tugas kau.. pastikan kita sampai ke Dainsen dengan selamat!" Ujar Theo. Keith tersenyum.

"Kacang je tu.."

Jackdaw Ibis mula berlayar perlahan meninggalkan pulau kecil itu. Dan menuju ke arah matahari terbit. Di mana sebuah lagi pulau sedang menunggu mereka dengan cebisan Urre Gold yang seterusnya.

This is just the beginning of the new pirate's era.

~capter 1~
~END~

....................................................................

Cam xberapa nk gempak je ending chap 1 ni. Xperlah. Author akan usaha lagi untuk chap 2 nanti, okey.. orait! See you in Beast and a Voyage, Chapter 2. 😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now