part 33

2.6K 254 1
                                    

Azuris Enclave
Hari perjumpaan antara Kolonel Vox dan Lord Eishin

Kolonel Vox berjalan masuk ke dalam rumah agam milik Lord Eishin bersama-sama Chief Commander Ginger. Pengikut-pengikutnya yang lain hanya menunggu di perkarangan rumah tersebut. Bunyi tapak kaki mereka berjalan bergema kuat di dalam rumah. Dengan wajah yang sangat bengis, Kolonel Vox menendang pintu bilik kerja Lord Eishin. Tersentak Lord Eishin yang berada di dalamnya. Lelaki itu menghampiri Lord Eishin yang duduk di sisi meja kerjanya. Sehelai surat lain dihempaskan ke meja.

"I don't have time to play game. Sign this contract right now!!" Jerkah Kolonel Vox. Lord Eishin memandang tajam ke arah Kolonel Vox.

"Dia tak akan tandatangan surat tu, orang tua." Ujar satu suara dari sudut bilik itu. Seorang lelaki sedang bersandar pada dinding sambil bersilang tangan. Dia tersengih memandang Kolonel Vox. Kolonel Vox mengetap gigi. Ya! Dia kenal lelaki itu! Orang yang telah menaikkan kemarahannya pada tahap maksimum sekarang ini.

"So, this is where you've been hiding eh, beast." Ujar Kolonel Vox memandang tajam ke arah Theo.

"I'll deal with you later. Eishin! Just sign this damn contract!!" Jerkah Kolonel Vox. Tiba-tiba kertas di atas meja kayu itu dirampas oleh Theo membuatkan semua yang berada di situ tersentak. Kertas itu dikoyak-koyakkannya menjadi cebisan-cebisan kecil sebelum membuangnya ke lantai. Wajah Kolonel Vox mula memerah. Buku limanya dinaikkan. Sebelum sempat Theo berbuat apa-apa, buku lima itu hinggap di wajahnya. Bersembur darah keluar dari mulut lelaki itu. Kesan dari tumbukan itu, badan Theo berpusing-pusing sebelum tercampak merempuh dinding batu rumah agam tersebut sebelum dia tercampak jauh ke dalam bandar. Merempuh rumah-rumah batu yang ada di situ. Habis musnah semuanya. Penduduk-penduduk mula terkejut dengan kejadian itu dan memandang ke arah Theo yang sedang terbaring di atas sebuah gerai yang telah musnah. Darah mengalir keluar dari bibir lelaki itu.

"That damn brat!" Kolonel Vox berdiri di hadapan lubang yang terhasil di dinding. Matanya memandang tajam ke arah Theo yang berada agak jauh darinya. Pantas dia melompat dari lubang tersebut ke bumbung-bumbung rumah sebelum mendarat di hadapan Theo yang masih lagi terbaring. Semua penduduk yang berada di situ mula lari bertempiaran. Siapa tak kenal Kolonel Vox. Setiap perlawanan yang dia sertai bakal menyebabkan kehancuran pada sekeliling. Walaupun mereka masih tidak tahu tentang kekejaman lelaki itu. Kerana di mata penduduk lain, Kolonel Vox adalah seorang yang sangat baik hati.

Lelaki itu kemudiannya mencengkam leher baju Theo lalu mengangkat lelaki itu ke udara. Theo memandangnya tajam. Dia tersengih.

"Aku dengar kaulah yang dah bunuh Jaguar Jack. Tapi, melihat pada betapa senangnya kau menerima serangan aku tadi, nampaknya aku salah dengan hanya mendengar khabar angin. Kau boleh pergi mati!" Buku lima tangan kirinya dibuka lalu dia menghalakannya ke perut Theo. Tangannya dihalang oleh tangan milik Theo. Theo masih lagi tersengih. Kolonel Vox tersentak. Theo menaikkan kakinya ke atas lalu menendang kuat perut Kolonel Vox. Akhirnya lelaki itu tercampak ke belakang. Merempuh sebuah gerai kecil milik peniaga. Theo mendarat di atas tanah. Darah yang berbekas di bibirnya dikesat.

......................................................................

Beberapa jam sebelumnya..

"Edd! Kau ada kat dalam?" Jerit Aigle sebelum membuka pintu rumah milik Edd. Orang yang dicari tiada. Cuma seorang wanita tua sedang berbaring di atas katil.

"Aigle? Kamu ke tu?" Soal Gloria. Aigle mendekati katil wanita tua tersebut.

"Mak cik. Edd mana?" Soalnya.

"Eddy keluar sejak semalam lagi. Dia belum pulang. Tolong cari dia Aigle." Aigle berkerut dahi. Ke mana Edd pergi? Dia tak akan tinggalkan ibunya seorang diri dalam keadaan sakit macam ni. Dia dah ke Azuris ke?

"Biar saya cari dia dulu mak cik." Aigle bergegas keluar dari rumah tersebut. Dia mencari Edd di seluruh pelusuk kampung sehinggalah dia tiba di jeti kecil Zambisea. Di situ memang selalu lengang. Langsung tiada seorang penduduk pun. Dulu, jeti ini selalu dipenuhi orang ramai. Tapi setelah kedatangan Vox, tiada yang cukup berani untuk keluar dari rumah pun.

Matanya tertangkap satu susuk tubuh sedang terbaring di atas jeti kayu. Pantas gadis itu berlari ke arah susuk tubuh tersebut. Aigle tersentak sebaik sahaja menyedari siapakah lelaki yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah itu. Dia pantas memeriksa nadi. Dia mengeluh lega saat nadinya masih terasa. Walaupun perlahan.

"Edd. Siapa yang buat kau sampai macam ni sekali?" Soal Aigle. Seluruh badan Edd dipenuhi luka dan lebam. Seperti telah dibelasah dengan teruk sekali.

"Edd.. bangun.. kau ok tak ni?" Aigle menggongcang perlahan badan Edd. Tiba-tiba terasa lengannya dipegang oleh sepasang tangan kasar yang dipenuhi darah.

"Edd?"

"Vox! He'll kill... them.. all.. e.. every single.. one of.. them." Ujar lelaki itu tersekat-sekat.

"Vox did this?"

"Dia tahu.. Lord Eishin.. tak akan serahkan Azuris.. pada mereka... jadi.. dia dah pasangkan.. bahan letupan... pada.. sekeliling.. Azuris Enclave.. m-malam tadi.. you have t-to warn them, Aigle... pergi!! Cepat!!" Edd terbatuk darah.

"Tapi kau macammana?"

"Jangan risaukan aku.. pergi.. cepat!" Aigle mengheret Edd ke bawah sebatang pokok di sisi jeti itu lalu menyandarkan Edd pada batang pokok.

"Aku pergi dulu.. don't you dare die here, you hear me?!" Edd hanya tersenyum hambar. Aigle bangkit lalu berlari kembali ke rumahnya. Sebuah senapang dan beberapa kotak peluru yang menjadi simpanannya sejak 10 tahun lepas dicapai. Senapang yang diukir satu corak yang cantik di sekeliling pemegangnya itu digalas di belakang badannya. Kotak-kotak peluru dimasukkan ke dalam beg silangnya.

"You're not just a girl, Aigle. You're more than that. You're a sniper! Yang terbaik yang pernah ayah jumpa." Aigle melangkah keluar dari rumah tersebut.

"Kamu boleh atasi segalanya. Kejar impian kamu. Satu hati nanti, semua orang akan kenal nama kamu. Aigle. Anak ayah."

Aigle memanjat naik sebuah kapal nelayan yang tersadai di jeti itu lalu layar dilabuhkan. Maka bergeraklah kapal tersebut dikemudi oleh Aigle menuju ke Azuris Enclave.

"Bila ayah dah tak ada. Jangan menangis lagi. Jangan biarkan orang tindas kamu lagi. Be brave."

"Aigle pergi, ayah. Aigle akan lindungi Azuris dan Zambisea dari mereka! And we'll be free again. I promise!"

....................................................................

P/s: bagi yang confuse, tulisan senget tu flashback yee

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now