part 111

2.2K 237 12
                                    

Kawasan istana batu milik Ballad yang sebelum ini dipenuhi pengawal-pengawal putih yang sedang berkawal ketat kini sudah bertukar menjadi lautan pengawal yang sudah tidak sedarkan diri. Sekelip mata sahaja, mereka ditumpaskan oleh seorang lelaki asing. Lelaki yang mereka sendiri tidak sempat mengecam wajahnya. Dan mereka ditewaskan dengan hanya satu pukulan.

Keadaan sunyi seketika. Soalan Galang hanya dibiarkan tidak berjawab. Masing-masing sedang memerhatikan perubahan pada wajah Theo.

"Xav.. apa dah jadi pada Theo?" Soal Xara sambil matanya masih tertacap pada Theo yang masih berdiri di atas kerusi batu.

"Kau tak rasa tu Canavar kan?" Soal Ken pula. Naik bulu romanya memikirkan jika benar yang sedang berdiri di hadapan mereka itu Canavar. Xavier hanya mendiamkan diri. Dia pernah lihat wajah Theo berubah seperti itu sekali. Ketika dia menghalang pertarungan Xavier dengan Poros. Separuh wajahnya dipenuhi corak pusaran berwarna hitam. Tapi, tak pula Canavar yang keluar. Aneh.

Mata mereka beralih pula pada Ballad sebaik sahaja kedengaran bunyi batu-batu beralih. Ballad berdiri perlahan-lahan. Helmet besi yang dipakainya sebentar tadi sudah hancur berkecai di atas lantai. Darah mengalir dari bucu bibirnya dikesat rakus. Dia berdengus memandang Theo.

"Kau... memang tak boleh tengok aku senang kan?" Soal Ballad. Theo tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya merenung Ballad tajam. Ballad mengangkat tangannya ke udara. Lebih tepat lagi ke arah Theo. Ken hendak meluru ke arah Ballad namun dihalang oleh Xavier.

"Itu kuasa dia Xav. Kuasa yang Mak Cik Rosel cakap tu. Habislah kalau..." Xavier menggeleng.

"Ni pertarungan Theo. Kau jangan masuk campur." Ken terdiam sebelum kembali menyaksikan pertarungan yang baru sahaja hendak bermula.

Tangan Ballad digenggam. Seakan-akan dia ingin meletupkan kepala Theo dengan genggaman tangan tersebut. Namun, Theo terlebih dahulu menghilangkan diri. Hanya dalam sekelip mata sahaja. Kerusi batu itu kosong. Ballad tersenyum. Jadi ini kuasa Beast ya? Walhal dia tahu, dia tak mampu mengalahkan Theo. Dengan kuasa dari 6 biji serpihan Urre Gold yang ada pada lelaki itu. Semakin sulit untuk dia melawannya. Tapi, itu tak bermakna yang dia akan mengalah macam tu saja.

Tangan dihalakan ke kiri dan tiang batu yang menahan siling ruangan itu pun mula bergerak-gerak dengan sendirinya sebelum ia tercabut dari tempatnya. Siling sedikit bergegar kesan dari tercabutnya satu daripada 5 tiang utamanya. Tiang batu itu terapung-apung di udara. Ballad memandang ke kiri dan kanan.

Sebaik Theo memunculkan diri di hadapannya, Tiang batu dihalakan ke arah Theo. Dengan mudah Theo mengelak. Tiang batu diangkat dan dihentak berulang kali. Namun satu pun tidak mengenai Theo. Theo meluru ke arah Ballad dengan pantas lalu satu lagi tumbukan mengenai wajah ballad. Tersembur air liur bercampur darah keluar dari mulutnya.

"Tak guna!" Ballad membalas serangan. Tumbukan bertubi-tubi dikenakan ke arah theo. Theo menghalangnya menggunakan kedua-dua belah tangannya. Setiap tumbukan dari Ballad mengenai tapak tangannya. Seakan-akan dia menyambut tumbukan Ballad menggunakan tapak tangannya.

Theo menghadiahkan sepakan pada susuk kiri Ballad sekaligus memecahkan sebahagian armour emas yang tersarung di badannya. Ballad terundur ke belakang. Sekali lagi dia mencabut tiang batu. Dengan laju dia mencampakkannya ke arah Theo. Tangan kanannya pula mengangkat kerusi batu dan dicampakkan juga ke arah Theo. Diangkatnya lagi seberapa banyak yang dia boleh. Sehingga istana batu itu mula bergegar. 3 dari 5 tiang utama sudah tiada. Siling beransur runtuh. Ken, Xara, Xavier dan seorang pengawal berlari keluar bersama Galang dan Laura yang dipapah oleh Xavier dan Ken. Istana batu runtuh. Sekaligus menarik perhatian semua penduduk Alexander.

Masing-masing mula berkumpul di situ. Di celah-celah runtuhan kelihatan Ballad sedang berdiri megah sambil tersengih.

"Ini sajakah kekuatan The Uncut Beast? Aku kecewa." Ujarnya perlahan. Kelibat Theo sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah tenggelam di dalam runtuhan batu. Xavier, Xara dan Ken hanya memerhati tanpa suara. Mereka tahu ini belum berakhir.

"Aku mampu kalahkan kuasa 6 serpihan!! Hahahaha!" Ballad ketawa kuat. Tidak menyangka yang dia mampu melakukannya. Para penduduk berpandangan sesama sendiri. Ada yang risau. Ada yang terkejut. Tapi tiada seorang pun yang kelihatan gembira dengan situasi itu.

Ballad tiba-tiba berhenti ketawa. Badannya terasa seram sejuk. Seakan-akan terdapat seekor raksasa yang sangat besar sedang berdiri di belakangnya. Badannya menggigil. Perlahan-lahan dia berpusing. Ballad tersentak sehingga dia terduduk di atas tanah. Matanya memandang ke arah Theo yang sedang berdiri di hadapannya. Memandangnya dengan satu renungan yang liar. Senyuman menyeramkan terukir di bibirnya.

Ballad menggigil kuat. Apa yang dia dapat rasakan sekarang ini bukanlah kekuatan dari 6 serpihan. Tetapi satu kekuatan yang sangat luar biasa. Dan apa yang dia nampak bukan seperti apa yang semua orang di situ nampak. Dia nampak seekor raksasa. Sedang berdiri di belakang Theo. Tetapi raksasa itu tidak menunjukkan wajahnya. Hanya bayangan berwarna hitam dengan 2 biji mata berwarna merah saga. Sedang merenungnya tajam.

"A-aku mengalah." Ujar Ballad akhirnya.

"Apa ni Canavar. Kau kata dia kuat." Gumam Theo perlahan.

"Aku tak kata dia kuat. Aku cuma sukakan dia sebab dia boleh meniru kuasa orang lain."

"Aku tahulah. Aku fikir dia lain dari yang tiru Xavier semalam. Rupanya.." Theo mengeluh perlahan. Wajahnya kembali normal. Corak pusaran perlahan-lahan menghilang. Cuma tinggal corak kecil di bawah matanya yang berwarna merah.

Dia mendekati Ballad. Semua penduduk juga mendekati ketua mereka. Tiba-tiba badan Ballad mula mengecil. Armour besi yang sudah separuh musnah itu tertanggal dari badannya. Susut tubuhnya yang sebelum ini 2 kali ganda lebih besar dari mereka kini berubah 2 kali ganda lebih kecil. Badannya berubah putih. Sama seperti Poros dan polo. Cuma dia mempunyai garisan berwarna ungu pada kepalanya yang botak.

"Hahh! Kau sama macam makhluk peniru tu rupanya." Ujar Ken.

"Mana serpihan ke 7?" Soalnya lagi. Makhluk itu tunduk sebelum menyerahkan kalung yang tergantung di lehernya kepada Ken.

"Mana Tuan Ballad!?" Soal salah seorang penduduk kampung. Makhluk itu terdiam sebelum tangannya ditundingkan ke arah sebuah pintu pada salah sebuah dinding yang masih berdiri di atas tanah tidak jauh dari situ. Beberapa orang penduduk lelaki mula berlari ke arah pintu itu. Untuk mencari ketua mereka yang sebenar.

"Theo.. kau ok tak?" Soal Xara. Lelaki itu hanya tersenyum.

"Aku ok je. Kenapa?" Soal Theo.

"Tadi bukan Canavar ke?" Soal gadis itu lagi.

"Tak adalah. Aku tak bagi dia keluar. Nanti habis musnah pulau ni." Theo ketawa kuat. Xara terdiam. Jadi, kekuatan tadi? Kekuatan Theo sendiri? Sejak bila dia jadi semakin kuat? Dan corak pelik tu? Kenapa ia muncul? Ingin sahaja dia mengutarakan persoalan itu kepada Theo. Tapi, entah mengapa suaranya tidak pula keluar.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now