part 10

3.2K 299 2
                                    

"Pak cik Darwin? Apa maksud pak cik?" Soal Xara sebaik sahaja Darwin, ayah kepada si kembar Shin dan Sofea berdiri di muka pintu pondok tamu. Mungkin sudah mendengar perbualan mereka sejak tadi lagi.

"Kepulauan Rossenate adalah titik permulaan untuk mencari lokasi sebenar Urre Gold. Kalau kamu percaya yang Urre Gold itu tak wujud, kamu salah. Urre Gold sememangnya wujud. Dan ia sedang menanti para pengembara jauh di luar Azurea." Ujar Darwin.

"Jadi betullah! I knew it!" Ujar Theo.

"Macammana pak cik boleh yakin yang harta tu wujud?" Soal Xavier.

"I know because I've seen it myself, son." Theo, Ken, Xavier dan Xara tersentak dengan kata-kata Darwin.

"You've seen it? Urre Gold?" Soal Ken. Darwin mengangguk.

"Just a tiny piece of it. And that's what you'll need to get to the next island." Ujar Darwin.

"Jadi, sebab itulah kompas ni langsung tak bergerak? We need that tiny piece?" Soal Ken. Sekali lagi Darwin mengangguk.

"Untuk mengetahui destinasi seterusnya, orang kata kamu perlukan setiap cebisan kecil yang kamu jumpai di pulau itu. It will lead you. With that compas. And that map. Every Island you'll land, has it's own tiny piece called 'The Pieces'. And that pieces will merge together like a puzzle and lead you to the last location where the legendary treasure lies there for decades." Theo dan Ken sudah terlopong mendengar cerita dari Darwin. Membuatkan mereka lebih teruja dan tidak sabar untuk mula mengembara.

"Do you know? Where the first pieces is?" Soal Xavier. Darwin tersenyum.

"Of course.." Keempat-empat sahabat itu terkejut dengan pengakuan Darwin.

"Tapi bila Hans memaksa penduduk kampung ni mencari Urre Gold, sampai dijadikan hamba, kenapa pak cik tak berikan sahaja lokasi sebenar the pieces?" Soal Xara.

"No, dear. I will not let the legendary treasure falls in the wrong hand. Siapa yang menemukan Urre Gold bakal membongkar satu rahsia besar dunia. Rahsia yang mampu menamatkan perang antara 5 benua. Lanun seperti Hans tak layak memikul tanggungjawab sebesar itu." Jelas Darwin.

"Dan pak cik boleh percayakan kami?" Soal Xara.

"Kalian dah tolong kami. Walaupun kalian tahu kami tak ada apa-apa sebagai balasan. Itu dah cukup." Ujar Darwin.

"Jadi, mana patut kami cari first pieces?" Soal Ken. Darwin tersenyum sebelum mengeluarkan seutas rantai bertali hitam dari balik leher bajunya. Rantai itu dicabut lalu diletakkan di atas peta. Membuatkan keempat-empat sahabat itu memandangnya pelik.

"You don't need to search for it." Ujar Darwin.

Theo mencapai rantai itu lalu kalungnya yang merupakan sebiji batu berwarna hitam itu dibuka. Satu cahaya menyilaukan mata keluar dari batu itu membuatkan mereka memeritkan mata. Setelah cahaya itu hilang, terdapat serpihan kecil emas berwarna perang kemerahan sebesar biji jambu batu melekat pada bahagian dalam batu itu. Theo terdiam.

"Ini the pieces? Serpihan Urre Gold sebenar?" Soal Ken. Darwin mengangguk.

"Macammana ia boleh ada pada pak cik?" Soal Xavier.

"A friend gave it to me. Lama dulu. Sebelum dia meninggal dunia. Dia suruh pak cik simpan. But I know I can't hold on to it forever. It's time to give it away. So that the hidden treasure wouldn't stay hidden forever." Dia mencapai kompas bulat dari atas meja lalu bahagian kaca yang menjadi pelindung kompas itu dibuka. First pieces diletakkan di atas jarum kompas sebelum ditutup kembali. Kompas diletakkan di atas peta yang bertanda Kepulauan Rossenate.

Jarum kompas ligat berpusing. Mencari arah yang sebenar sebelum ia berhenti di satu tempat. Sebuah pulau yang berada beberapa batu jauhnya dari Kepulauan Rossenate.

"Itu. Celsia." Ujar Xara.

"Our next destination." Ujar Ken pula.

"Kenapa kau diam dari tadi Theo?" Soal Xavier yang perasan akan Theo yang sejak tadi mendiamkan diri. Hanya tersengih tanpa bersuara. Theo memandang Xavier.

"Nothing! Aku cuma teruja dengan semua ni! Urre Gold.. The pieces. It's like a real adventure." Ujar Theo membuatkan kesemua rakan-rakannya tersenyum.

"Korang yakin nak ikut aku?" Soalnya lagi.

"You'll risk everything that you have. Your life.. Your name.. Even your future. Kita tak tahu apa yang sedang nantikan kita kat luar sana. Cuma aku harap korang akan stay dengan aku sampai akhirnya." Sambung Theo lagi. Ken menepuk bahunya perlahan.

"Kami dah tahu apa yang bakal kami pertaruhkan kat sini. Don't worry mate. We're on this together." Ujarnya membuatkan Theo tersengih.

"Yosh! Let's go!" Theo berdiri sambil mengangkat tangannya ke udara..

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now