part 139

2K 195 4
                                    

Pirate Bout
Centre of Biggoy Archipelago

3 sahabat itu mengambil keputusan untuk berpecah memandangkan bangunan itu tersangatlah besar. Keadaan riuh dan membingitkan telinga. Ada yang bergelak ketawa. Ada yang bergaduh. Dan ada juga yang bertumbuk. Mereka juga tidak tahu bagaimana lanun-lanun ini boleh membentuk alliance.

Mereka teruskan misi mencari. Seluruh pelusuk bangunan kayu yang digelar sebagai Pirate Bout itu. Namun, orang yang dicari masih juga belum dijumpai. Walaupun begitu, arahan dari kapten masih perlu dipatuhi.

................................

Biggoy Town
Centre of Biggoy Archipelago

Theo, Ash dan Xara bermundar-mandir di sekeliling pekan. Habis seluruh pelusuk tempat itu dicari mereka. Sama seperti kumpulan Xavier, orang yang dicari tetap juga tidak ditemui. Kemana Keith menghilang sebenarnya? Atau sebenarnya dia sudah meninggalkan pulau itu?

..............................

Alley's Forest
South Biggoy Archipelago

Sekumpulan lanun kelihatan terdampar di atas rumput tidak sedarkan diri. Masing-masing berlumuran darah. Seorang lelaki yang berpangkat kapten sedang terduduk di atas rumput yang sama dengan kedua-dua belah matanya terbutang luas memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di tengah-tengah anak-anak kapalnya yang bergelimpangan di atas tanah.

Peluh menitik membasahi segenap tubuhnya. Badannya menggigil ketakutan. Mana tidaknya, dengan hanya satu libasan golok, lelaki berambut kuning itu mampu menewaskan kesemua anak kapalnya yang bilangan mereka bukanlah sedikit.

"K-kau... Demien... the Demon Bounty Hunter!" Ujarnya dengan suara yang tersekat-sekat dikerongkong. Lelaki berambut kuning itu tersenyum dengan mata yang bersinar merah seperti 'Demon'.

"Kau nak kena belasah atau nak serah diri saja?" Soal Keith sambil menghalakan kedua-dua goloknya ke leher si kapten. Si kapten terketar-ketar sebelum menundukkan kepalanya. Kedua-dua belah tangan di angkat tanda serah diri.

"A-aku serah diri..." Keith tersengih. Senang sangat!

.....................................

1 hour before midnight
Alley's Port, Biggoy Archipelago
Jackdaw Ibis

Ken merehatkan dagunya di atas palang kayu di sisi Ibis. Wajahnya masam mencuka. Mana tidaknya. Sudah dekat tengah malam, pencarian mereka hanya sia-sia. Dia sendiri pun tak tahu kenapa susah sangat nak cari lelaki itu.

"Apa yang Theo nampak pada lelaki tu sampai seluruh pelusuk pulau ni kita kena cari dia." Rungut Aigle sambil bersandar pada tiang utama Ibis. Xavier yang berdiri di bahagian hadapan Ibis itu tersengih sambil tangannya direhatkan di atas ulu pedangnya.

"Theo.. kalau dia dah buat keputusan. Tak ada sesiapa yang boleh halang keputusan dia tu." Ujarnya. Dan ken ketawa perlahan.

"Betullah tu. Dia tak pernah berubah. Hahahahah!" Aigle tersenyum sebelum menggeleng perlahan sebelum bangkit dari duduknya. Dia mendekati sisi kapal. senyumannya semakin melebar.

"Ha itu! Theo, Xara dengan Ash!" Ujarnya sambil menunding jari ke arah 3 sekawan yang sedang berjalan perlahan ke arah mereka.

"Melihat daripada air muka diorang, aku yakin diorang pun tak jumpa si bounty hunter tu." Ujar Ken.

"Theo!!! Macammana? Jumpa tak?" Soal Aigle sebaik Theo mendekati Ibis.

"Jumpa... tapi..." theo tersenyum sumbing sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Tapi dia tak nak join kita." Sambung Xara.

"Tapi aku tak akan putus asa! Dia akan join kita jugak!!" Theo mengepalkan kedua-dua belah tangannya dengan penuh bersemangat.

"Kita sambung esoklah. Aku dah penat ni." Ujar Ash sebelum memanjat tangga kayu ke deck Ibis. Dan rakan-rakannya yang lain hanya mengangguk setuju. Dan disebabkan rumah penginapan di sekitar kepulauan Biggoy sudah penuh dipenuhi para lanun, jadi mereka terpaksa bermalam di Ibis sahaja.

Dan seperti malam-malam yang sebelumnya, malam itu berlalu dengan tenang. Tanpa ada sesiapa yang menyangka, apa yang akan berlaku esoknya.

...................................................................

5 minutes before sunrise
Over the horizon
500 meters from Biggoy Archipelago

Dari jauh jelas kelihatan lebih dari 50 buah kapal besar berwarna kuning cair sedang bergerak menghampiri kepulauan Biggoy. Semuanya dengan bendera berlambang kepala naga berwarna kuning keemasan. Lambang yang sama juga terpapar pada layar kapal. Di setiap kapal-kapal itu berdirinya sekumpulan tentera berseragam kuning.

Dan mereka semua lengkap bersenjata. Pedang mahupun senapang. Semuanya ada. Dan berdiri di bahagian paling hadapan adalah 7 orang berpangkat kolonel. Sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. Masing-masing dengan wajah serius memandang ke arah kepulauan Biggoy.

Keadaan itu disedari oleh beberapa orang lanun yang sedang menjaga kapal masing-masing. Wajah mereka sudah pucat lesi sebaik menyedari akan hal itu. Dengan pantas mereka melompat turun dari deck kapal lalu berlari ke dalam pekan.

"S-Salamander!!!!!!!!!!!!!!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now