part 119

2.2K 237 32
                                    

Gayst Island

"Jadi, korang dah jumpa pembaiki kapal?" Soal Theo.

"Kitorang ada tanya beberapa orang kat sini, katanya ada seorang lelaki yang tinggal di hujung kampung. Dia mahir dalam baiki kapal." Jelas Xara.

5 sahabat itu berjalan menyusuri pekan besar Gayst. Dan nampaknya, wajah mereka sudah ada di setiap dinding di pekan tersebut.

"Macammana ni? Muka kita dah ada kat merata-rata tempat." Ujar Aigle sambil mengoyakkan wanted poster yang terukir wajahnya di situ.

"Apa boleh buat. We are pirates." Ujar Ken.

"Alah, Aigle. Janganlah risau. Kita takkan kena tangkap punyalah." Balas Theo.

"Ye.. cakap seorang kapten yang hampir-hampir kena tangkap dengan salamander." Aigle menjeling ke arah Theo sambil mencebik dan lelaki itu hanya ketawa.

"Korang tak rasa sejuk ke?" Soal Xara sambil menggosok kedua-dua belah bahunya. Mana tidaknya, angin berubah menjadi semakin kuat sejak tadi. Langit juga semakin gelap.

"Iyalah. Macam nak ribut je ni." Ujar Ken sambil memandang ke langit gelap.

"Ribut?" Theo turut memandang langit. Dia terkedu. Baru sekejap tadi cuaca kelihatan baik sahaja. Langsung tiada angin. Langit juga cerah dan biru. Tapi sekarang. Hujan juga mula menitik perlahan.

"Ribut?! Biar betul!!!" Lelaki itu kemudiannya ketawa kuat.

"Kau ni kenapa? Ribut pun kau nak ketawa." Soal Ken.

"Hahahah.. Ken!" Bahu ken dipegang Theo dengan wajah seceria yang boleh.

"Aku dah jumpa navigator kita!" Ken mengangkat sebelah keningnya sambil membuat muka tidak percaya.

"Betul ke? Siapa?" Soal Xara.

"Aku rasa baik kita cari tempat berteduh dulu. Macam nak hujan lebat ni." Ujar Xavier. Mereka kemudiannya berlari ke arah salah sebuah gerai yang sudah tutup. Xavier memandang ke kiri dan kanan.

"Kenapa Xav?" Soal xara.

"Kau tak perasan ke? Semua kedai dah tutup. Orang pun dah kurang kat pekan ni. Tiba-tiba saja." Balas lelaki itu. 4 rakannya yang lain turut memerhati. Para penduduk menutup pintu dan jendela rapat. Para pengunjung di pekan itu juga sudah lari pulang ke penginapan masing-masing. Yang tinggal di situ cuma mereka berlima sedang berteduh di sebuah gerai.

"Aku rasa tak sedap hati." Ujar Xavier lagi sambil tangannya memegang kemas hulu pedang di pinggang. Theo, Xara, Aigle dan Ken juga mula berjaga-jaga.

Ribut semakin menjadi-jadi. Hujan semakin lebat. Kilat juga sudah semakin sambar menyambar.

....................................................................

"Ribut?" Soal komander Dean sambil memandang langit. Begitu juga para pengikutnya.

"Kenapa ada ribut tiba-tiba?" Gumamnya lagi.

"Komander!" Panggil salah seorang tenteranya yang baru sahaja datang dari satu arah bersama pengikut-pengikutnya yang lain.

"Macammana, Kadet?" Soal Dean. Lelaki itu menggeleng perlahan.

"Tak jumpa, Komander. Malah semua penduduk pulau ni pun sudah tak ada. Rumah-rumah ditutup rapat. Macam..."

"Macam mereka sedang lari dari sesuatu." Sambung Dean.

....................................................................

Keith yang sedang beristirahat di bawah sebuah jambatan batu itu tiba-tiba tersenyum. Air sungai mengalir deras di sisi kirinya. Dia bangkit lalu melangkah ke hujung jambatan batu. Tangan di hulurkan ke luar jambatan. Hujan mencurah-curah menimpa tapak tangannya.

"It's this time of the year eh? She's coming.." gumamnya perlahan.

.....................................................................

Kabus tebal tiba-tiba muncul dari sebalik hujan yang lebat menimpa bumi. Kabus yang entah datangnya dari mana. Putih dan dingin. Dan kedinginan itu menusuk ke dalam tulang mereka.

Kedinginan yang aneh.

"Kenapa sejuk semacam ni?" Soal Aigle sambil berpeluk tubuh.

"Nak aku peluk ke?" Ken tersenyum sumbing. Aigle hanya mencebik.

"Apa?" Soal Theo tiba-tiba.

"Apa yang apa ni?" Soal Xara. Pelik.

"Korang tak dengar ke?" Soal Theo lagi.

"Dengar apa?" Soal xavier pula.

"Suara tu." Balas Theo tanpa memandang mereka.

"Suara apa ni? Aku tak dengar pun." Ujar Aigle.

"Bagi aku...."

"Apa?!" Soal Theo kuat. Membuatkan rakan-rakannya semakin pelik.

"Kau yakin bukan suara canavar yang kau dengar?" Soal Ken.

"Tak.. ni suara perempuan.."

"Perempuan mana pulak ni?" Ken memandang ke kiri dan kanan mereka. Tiada sesiapa pun di situ.

"Kebebasan.."

"Kebebasan? Siapa kau? Kau kat mana?" Soal Theo lagi.

"Aku... rindukan... dia..."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now