part 65

2.4K 275 5
                                    

Aeros dan Kunyit merapati kurungan besi. Kunyit hanya berdiri bersilang tangan sambil bersandar pada dinding kapal. Hanya Aeros sahaja yang berdiri di hadapan kurungan. Ken hanya menjeling tajam sambil bersandar pada dinding. Xavier juga sama. Xara dan Aigle hanya mendiamkan diri. Theo mengangkat kepalanya memandang Aeros.

"I've been wanting to meet you Theo Atlas." Ujar kolonel Aeros sambil tersenyum. Mungkin senyuman paling ikhlas yang pernah diberikan oleh kolonel Eagle kepada mereka.

"Kau siapa pulak?" Soal Theo.

"Nama aku Aeros Moler. Salah seorang Kolonel Senior Eagle. Aku sudah cuba menjejak kau sejak di Celsia lagi. Baru hari ini kita dapat bertemu secara 4 mata. It's an honour for me actually." Ujar Aeros dengan lembut. Seperti seorang ayah sedang bercakap dengan anaknya.

"An honour? Why would an Eagle officer honoured to meet a pirate?" Soal Ken masih dengan renungan tajamnya.

"Hahahah.. aku tak salahkan kalian. I don't hold any grudge on pirate. So why do I have to hate them. Lagipun, Atlas benar-benar menarik perhatian aku. Mata kau Atlas, itu milik the beast bukan?" Soal Aeros.

"Beast atau bukan, kenapa aku perlu beritahu kau?" Soal Theo.

"Well, ianya memang tak ada kaitan dengan aku. Cuma aku ingin berpesan, jangan biarkan dia membunuh lagi. Semakin kuat roh-roh yang menjadi makanannya, kekuatan dia juga akan terus bertambah. Dan sampai satu tahap nanti, dia bakal mengambil alih tubuh kau, sepenuhnya." Jelas Aeros membuatkan Theo dan rakan-rakannya yang lain tersentak.

"Apa kau cakap?" Soal Xavier.

"That's the truth. Terpulang pada kau untuk percaya atau tak. Sebaik sahaja dia berjaya mengambil alih badan kau, kau akan dianggap mati, Atlas." Theo berdengus perlahan.

"Jangan dengar cakap dia, Atlas. Dia penipu.. sejak bila kau percayakan kata-kata Eagle, hah!?" Canavar merengus marah. Kolonel tua ni bakal menggagalkan rancangannya. Theo hanya mendiamkan diri.

"Aku pergi dulu. Jumpa kalian di Seavierra." Aeros tersenyum lagi sebelum beredar dari situ bersama kolonel kunyit.

"Theo, betul ke apa yang lelaki tu cakap?" Soal Xara.

"Aku tak tahu. Tapi.." Theo merenung kedua-dua belah tangannya. Air liur ditelan perit.

"Tapi kan.. kau tak rasa ke yang benda dalam badan kau tu dah banyak tolong kau?" Soal Aigle tiba-tiba. Xara sudah menceritakan segala tentang Canavar kepadanya semasa mereka masih dalam perjalanan ke Liberie beberapa hari lepas.

"Kalau tak ada dia, kau tak boleh sembuhkan diri. Aku tak rasa yang dia tu jahat." Sambungnya lagi membuatkan Theo terdiam.

"Dengar tu Atlas? Hahahah.. aku sukakan budak ni" ujar Canavar sambil ketawa kuat. Theo merengus.

"Entahlah.. let the time decide." Gumamnya perlahan.

"Sekarang, apa rancangan kau?" Soal Xara.

"Lepaskan diri dari sini, cari mana diorang sorok Ibis, balik ke Liberie dan terus ke Euloth." Theo mengutarakan rancangannya sambil tersengih.

"Masalahnya sekarang, macammana kita nak lepaskan diri dari sini?" Soal Ken. Masing-masing terdiam sambil memandang sekeliling. Mana mungkin mereka mampu memecahkan sangkar itu. Logam yang datangnya dari kerak bumi sememangnya adalah logam yang paling keras dan kukuh. Ianya memerlukan sejenis cecair penghakis untuk meleburkan logam tersebut. Dan mereka langsung tidak tahu apa-apa tentang cecair itu.

.......................................................................

Kapal Eagle milik Kolonel Kunyit berlayar memasuki sebuah pintu gerbang yang sangat besar dan berwarna putih. Pintu itu terlalu besar sehinggakan puncaknya tidak kelihatan disebalik awan. Terdapat lambang kepala helang besar pada permukaan pintu gerbang itu. Bendera-bendera Eagle berkibaran megah di sisi kiri dan kanan. Sebaik Kapal kolonel Kunyit melalui pintu gerbang, tentera-tentera eagle yang mengawal di situ pantas berdiri sambil mengangkat tabik hormat.

Kapal berlayar masuk ke sebuah pulau yang terletak 2 km daripada pintu gerbang. Sebuah pulau yang sangat besar. Dan dipuncak pulau itu terbina teguh sebuah bangunan yang sangat besar dengan lambang Eagle terpampang di dindingnya. Menandakan yang pulau itu kepunyaan Eagle.

Sauh dilabuhkan di perlabuhan yang dipenuhi kapal-kapal Eagle dan juga kapal-kapal mewah. Para tentera pengikut kolonel Kunyit pantas mengheret Theo dan rakan-rakannya yang lain keluar dari perut kapal dalam keadaan tangan mereka yang bergari. Sudah tentulah garinya juga diperbuat daripada logam kerak bumi.

"Filthy pirates.. welcome to Seavierra, Head of Eagle Headquaters. Selepas korang dibicarakan dekat sini, aku akan pastikan korang akan dihantar terus ke Irongate." Kolonel Kunyit tersenyum sinis. Theo, Ken, Xavier, Aigle dan Xara sudah terpegun melihat bandar Seavierra di hadapan mereka. Sebuah bandar moden yang dilengkapi pelbagai teknologi-teknologi yang canggih dan tidak tercapai akal manusia. Bangunan-bangunannya semuanya tinggi dan indah.

Seavierra, tempat terletaknya markas utama Eagle juga tempat tinggal golongan bangsawan. Sememangnya menjadi kegerunan lanun-lanun kecil seperti mereka.

....................................................................

First thing first! I want to thank all of my readers for supporting me and my stories. Thank you all so much. I don't know what to say.. hahaha.. and, thanks for the 1k followers. Tak pernah terfikir di fikiran author akan dpt 1k followers tu.. hahah. Yelah, sebab kebanyakan story2 author sumenye mengarut2. Hehe. Sejak sekolah rendah lagi author suka tulis cite mengarut, tapi sekarang baru ada orang yang menghargai. Author terharu sangat2. I think I'm gonna cry 😭😭  huhu.. author sayang sumelah! Muahhh!! 😘😘😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now