part 91

2.2K 212 2
                                    

Kedua-dua belah tangan Ken dan Si muka sotong bersatu. Mereka saling menolak seperti satu perlawanan gusti. Kedua-dua belah kaki Ken yang sebelum ini terkapai-kapai di atas, sudah melekat pada lantai batu. Tolakan dari si muka sotong telah membuatkan dia terundur ke belakang. Lebih-lebih lagi apabila selaput yang menyelaputi kakinya membuatkannya licin pada permukaan batu. Ken ditolak kuat. Semakin lama semakin dia ke belakang. Masing-masing sudah mengetap gigi.

"Kau yakin ke dengan apa yang kau cakap?" Soal Canavar.

"Come on, Canavar. Kau kenal Ken dah berapa lama? Takkan kau masih tak dapat rasa kekuatan dia?" Soal Theo. Xavier di sisinya hanya mendiamkan diri. Dia sudah dapat mengagak. Pasti Canavar sedang memperlekehkan sahabatnya yang sedang bertarung.

"Aku pun tak tahu kenapa, Atlas. Tapi, sampai sekarang aku masih tak dapat nak kesan kekuatan Avian."

Theo tersengih. Dia akui, dia sendiri pun masih tak mampu menjejak limit kekuatan Ken. Setiap hari, ada sahaja benda baru yang dikeluarkan oleh sahabatnya itu. Sebab itulah dia kagum sekali dengan lelaki itu.

Ken menendang kuat perut si muka sotong yang masih tidak diketahui namanya. Dan ketika si muka sotong tercampak ke belakang, Pearl menerpa ke arahnya lalu cuba untuk membantu. Bukan si puteri duyung itu sahaja, malah duyung-duyung lain yang berada di situ turut sama membantu. Beberapa orang di antara mereka mula menghalang Ken dari terus menyerang. Wajah mereka marah. Sangat marah. Ken mula teragak-agak untuk menyerang. Iyalah, mana boleh dia menyerang gadis-gadis duyung yang tak bersalah itu.

Si muka sotong tersengih sinis. Dia tahu dia menang apabila Puteri Pearl mula memimpinnya untuk berdiri.

"Kau memang pengecut. Beraninya hanya di belakang perempuan." Ujar Ken. Si muka sotong masih tersengih.

"Kalau kau cemburu, kau boleh mengaku saja. Jangan menipu diri sendiri, manusia jijik."

"Kau tak sedar? Yang kau tu lagi jijik dari manusia jijik." Dan kata-kata itu telah membuat si muka sotong berderam marah. Dia menolak Pearl dan duyung-duyung lain dengan kuat sebelum meluru laju ke arah Ken. Tangannya menggenggam buku lima. Dan buku lima itu membentuk pusaran air yang tirus di hujungnya. Buku lima di angkat tinggi lalu dihalakan ke arah Ken yang sudah bersedia di hadapan.

Pusaran air itu ditargetkan ke perut Ken. Dan ianya disambut oleh dua tangan Ken yang dikepalkan dan mengepit buku lima milik si muka sotong sebelum sempat pusaran air itu mengenai perutnya. Pusaran air di tangan si muka sotong ditolak kuat ke sisi sebelum Ken menghadiahkan segenggam penumbuk tepat ke perut si muka sotong. Dan satu lagi di wajah si muka sotong sehingga makhluk air itu memuntahkan cecair yang berwarna hitam pekat yang keluar dari rongga-rongga pada wajahnya. Cecair pekat itu mencair sebaik bercampur dengan air masin. Ken menghadiahkan satu lagi tendangan lutut pada perut si muka sotong. Si muka sotong rebah ke lantai batu sambil menekan perutnya yang senak teramat itu. Terasa seperti segala urat-urat dalam badannya terputus begitu sahaja.

Xara dan Aigle kembali ke ruang itu bersama-sama si duyung bernama Sheera. Satu-satunya duyung yang masih mampu berfikir dengan baik. Di tangan mereka terdapat beberapa biji kacang berwarna putih kekuningan. Mereka mula menghalang setiap ekor duyung yang mahu membantu si muka sotong. Satu persatu disumbatkan kacang tersebut ke mulut mereka. Setelah dipaksa menelannya, seekor demi seekor mula kembali kewarasan mereka.

Dan masing-masing kelihatan gembira. Seperti ikatan yang telah lama memenjarakan mereka di dalam diri mereka sendiri itu terputus begitu sahaja. Persoalannya, kacang apa yang mereka telan tadi?

"Mana Puteri Pearl?" Soal Sheera.

"Pearl! Apa kau buat ni!?" Marah Ken membuatkan Xara, Aigle dan Sheera memandang ke arah si muka sotong. Theo dan Xavier turut terperanjat.

....................................................................

"Cari Pearl sampai jumpa!! Sampai ke celah batu sekalipun! Cari dia! Dan jangan balik selagi puteri Pearl tak ditemukan!!" Jerkah Raja Ohz. Putera Frohs sudah lama menghilang. Sebaik mengabarkan kehilangan adiknya kepada Raja Ohz, si putera duyung itu terus keluar mencari keberadaan Puteri Pearl.

Flynn mendekati Raja Ohz.

"Tuanku.. macammana kalau.. apa yang tuanku takutkan tu dah terjadi?" Soal si penasihat diraja itu.

"Aku tak boleh biarkan semua tu terjadi! Kuasa terlarang Pearl tak boleh diketahui umum!" Raja Ohz pantas meninggalkan singgahsana dirajanya lalu berenang keluar dari istana bersama-sama Flynn dan para pengawal.

"Kalau sampai ada yang tahu tentang kuasa tu. Pasti Pearl akan diburu sama seperti ibunya." Gumam Raja Ohz lagi.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now