part 25

2.8K 258 0
                                    

Bunyi tembakan bergema di udara membuatkan burung-burung terbang melarikan diri. Begitu juga para peserta. Masing-masing mula melabuhkan layar pada perahu. Dan mula bergerak keluar dari Azucentre. Tetapi ada juga yang tidak menggunakan layar. Seperti perahu milik Loro Tornado itu. Perahunya ditarik oleh 2 ekor ikan besar yang berenang laju di dalam air. Dia sudahpun mendahului peserta lain. Ramai peserta yang hanya bergantung pada layar sudah jauh ketinggalan.

Xavier menyilangkan dua pedangnya yang masih bersarung. Dua pedangnya dilibaskan ke arah layar mereka sebelum ianya membentuk taufan besar. Perahu mereka mula bergerak laju ke hadapan. Meninggalkan peserta-peserta lain.

Setiap tahun akan ada satu minggu yang mempunyai pusaran angin yang agak berlainan berlaku di perairan Azuris Enclave. Angin berpusar mengelilingi pulau itu membuatkannya satu musim yang sesuai buat mereka mengadakan perlumbaan perahu layar. Jadi, walaupun para peserta hanya bergantung pada layar mereka, mereka tetap mampu bergerak pantas di atas air. Namun, peserta masih boleh menggunakan cara lain untuk bergerak dengan lebih pantas.

Terdapat beberapa perahu sudah laju mendahului mereka yang lain. Dan masih di tempat pertama adalah si lanun yang menggelarkan dirinya sebagai Loro Tornado. Habis semua perahu yang cuba melepasinya dihumbankan ke dalam laut.

Theo berdiri di hadapan perahunya. Ken mengawal pengemudi perahu. Dan Xavier bertugas untuk menggerakkan perahu. Dan mereka berada di tempat yang ke-9. Dia sepanjang longkang besar berisi air laut itu terdapat lautan manusia sedang bersorak kuat. Memanggil-manggil nama peserta pilihan mereka.

Tiba-tiba, terdapat sebutir peluru meriam meluncur laju ke arah perahu mereka. Theo yang perasan akan peluru itu pantas melompat tinggi lalu menendang peluru itu kembali kepada tuannya. Perahu yang menembak peluru tersebut pantas mengelak dengan mengemudi perahu mereka. Meriam memuntahkan beberapa peluru lagi. Semuanya berjaya ditendang Theo. Dan peluru terakhir, berjaya mengenai perahu milik lawannya sebelum perahu itu tenggelam ke dalam air. Theo tersengih.

"Nice Theo!" Puji Ken.

Mereka melepasi beberapa buah perahu pihak lawan. Theo melompat tinggi sebelum mendarat di atas layar pihak lawan. Layar itu dipatahkannya dengan mudah. Pihak lawan cuba menyerang sebelum Theo mula melompat ke dalam perahunya kembali. Dia melambai-lambai ke arah perahu yang telah dimusnahkannya tadi. Lelaki-lelaki itu sudah menyumpah seranah Theo.

"Laju lagi Xav!" Jerit Ken. Xav tersengih.

"Okaay!" Xavier melompat sebelum kedua-dua pedangnya dilibaskan beberapa kali ke arah layar perahu mereka. Taufan yang sedia ada mula membesar dan melajukan pergerakan perahu mereka. Dia mendarat di atas perahu sambil tersenyum. Mereka sudah separuh jalan. Sudah beberapa buah perahu dimusnahkan oleh Theo dan Ken. Kini mereka sudah di tempat ke-4. Theo ketawa kuat. Seronok rasanya. Sudah lama dia tidak seseronok ini.

Ken memusnahkan sebuah lagi perahu. Dan sebuah lagi dan sebuah lagi. Kini yang tinggal hanyalah perahu milik Loro Tornado di hadapan mereka. Xavier membesarkan lagi angin taufan yang menggerakkan perahu mereka. Kini mereka berada di sisi Loro.

Loro berdengus kuat.

"Kido! Finish them!" Arahnya pada salah seorang rakannya yang berambut panjang dan diikat ekor kuda.

"Aye captain." Kodi melompat tinggi. Tangannya disembunyikan dibelakang. Kemudian, dia melemparkan berbilah-bilah pisau kecil ke arah Theo dan rakan-rakannya. Thoe pantas melompat dan menangkis setiap bilah pisau yang meluru. Supaya tidak mengoyakkan layar mereka dan memusnahkan perahu mereka. Satu tendangan maut dihadiahkan kepada Kodi sebelum lelaki itu tercampak ke dalam laut. Theo mendarat di atas perahunya. Dia melibaskan satu tendangan ke arah perahu Loro. Tendangannya menghasilkan aura kebiruan seterusnya menyebabkan seorang lagi rakan Loro jatuh ke dalam laut. Kini hanya tinggal Loro sahaja yang masih kekal berdiri di situ. Dia memandang tajam ke arah Theo.

"I'm going to kill you, you bastard!" Jerit Loro sebelum menghasilkan satu ribut taufan dengan hanya menggunakan auranya. Ribut taufan itu meluru ke arah Theo. Tetapi, dengan mudah Theo mampu mematahkan serangannya. Loro tersentak. Sebelum ini, mana ada sesiapa yang mampu mematahkan serangan taufannya. Beberapa taufan besar dihasilakan lalu dicampakkan kepada Theo. Tanpa henti. Dan setiap serangan itu dipatahkan lagi oleh Theo. Namun, serangan terakhir terlepas dan mengenai perahu mereka membuatkan perahu mereka lari dari laluannya sebelum merempuh penghadang longkang.

"Ahh! Dia dah rosakkan layar kita!" Ujar Xavier.

"Tak guna punya orang tua!" Marah Ken.

"Tak! Kita tak boleh bagi dia menang!" Ujar Theo sambil memandang ke arah Loro yang sudah jauh di hadapan sambil melambai-lambai ke arahnya. Sedikit sahaja lagi lelaki itu bakal sampai ke garisan penamat.

"Alright. Pegang kuat-kuat." Arah Xavier. Ken dan Theo mula berpaut kemas pada sisi perahu. Xavier bergerak ke bahagian belakang perahu. Kali ini dia mengeluarkan pedang-pedangnya dari sarung. Pedang dilibaskan kuat sebelum menghasilkan angin yang sangat kuat. Perahu mereka bergerak laju. Laju sekali. Sehingga mulut Theo dan Ken terbuka luas. Theo menjerit kegembiraan. Sekejap sahaja mereka melepasi Loro Tornado yang terlopong melihat kelajuan perahu mereka.

Dan akhirnya sampai ke garisan penamat. Para penonton bersorak kuat memenuhi Azucentre. Xara melompat-lompat lalu berlari turun ke kolam besar ditengah-tengah Azucentre.

"And the winner is! Theo Atlas and his crew!!" Jerit sang pengacara. Theo, Ken dan Xavier mengangkat tangan mereka tinggi dengan sengihan yang tak lekang dari bibir mereka. Beberapa minit kemudian, Loro Tornado sampai bersama perahunya dengan wajah yang tidak puas hati.

Mereka sudah naik ke darat. Loro meluru ke arah Theo lalu leher baju lelaki itu dicengkamnya. Dia merenung tajam ke arah Theo yang hanya tersengih memandangnya. Akhirnya, Loro mengeluh berat sebelum melepaskan leher baju Theo.

"Whatever." Ujarnya sebelum beredar.

"Tahniah, Theo Atlas, Ken Avian dan Xavier Xiaffiar. That was a really great show." Ujar Lord Eishin datang menghampiri mereka.

"Thanks. Macammana dengan hadiahnya?" Soal Theo tanpa berbasa basi lagi. Lord Eishin ketawa perlahan. Clarissa menghampiri mereka sambil membawa sebuah kotak kecil. Kotak itu diserahkan kepada Lord Eishin.

"Nah.. tahniah." Ujar lelaki tua itu sambil menghulurkan kotak berwarna merah tersebut kepada Theo. Pantas Theo mencapainya. Rakan-rakannya yang lain termasuklah Xara mula mendekati. Tertanya-tanya isi di dalam kotak tersebut. 3rd pieces ke? Kota dibuka.

"Ini? Apa ni?" Soal Theo.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now