part 14

3K 281 3
                                    

"Dari dulu lagi aku tak faham. Kenapa Eagle sanggup jadi pak turut kepada golongan bangsawan? Kalau difikirkan balik, sepatutnya Eagle ada kuasa untuk menangkap semua orang-orang yang bersalah." Theo meluahkan kemusykilannya.

"Mestilah. Golongan bangsawan kan di bawah perlidungan Overlord." Ujar Xavier.

"Overlord?" Theo berpaling ke arah lelaki itu. Ini pertama kali dia mendengar nama itu. Siapa Overlord? Orang penting ke?

"Kau tak tahu siapa Overlord, Theo?" Soal Ken. Theo menggeleng laju.

"Kau mengembara serata Azurea dan kau tak tahu siapa Overlord? Kau sebenarnya asal dari planet mana ni Theo?" Xara memandang Theo pelik. Sedangkan, Overlord adalah orang paling penting pun dia tak kenal.

"Aku tak tahu. Siapa dia tu? Orang penting ke? Kenapa korang terkejut sangat ni?" Lahar tersenyum sinis sebelum menggeleng perlahan.

"Overlord adalah orang yang telah menubuhkan 5 pasukan keselamatan dunia. Eagle di Azurea. Platinum di Metafiera. Salamander di Euloth. Thistle di Urb dan Alpha di Oska. Dan ya dia memang orang terpenting dunia." Jelas Xara membuatkan Theo terdiam sejenak.

"Ohh.. jadi, siapa Overlord ni? Kat mana dia tinggal?"

"Tak ada siapa yang tahu identiti sebenar dia. Mungkin 'Dia' atau 'Mereka'. Tak ada sesiapa yang tahu. Dan para bangsawan berada di bawah perlidungan Overlord. Dan Eagle pula bekerja di bawah Overlord. Jadi, sudah semestinyalah Eagle terpaksa butakan mata dan pekakkan telinga setiap kali ada golongan bangsawan yang timbulkan masalah. Kau faham, Atlas? Nak aku terangkan lagi?" Soal Lahar. Theo tersengih sambil menggosok perlahan belakang lehernya.

"Satu soalan terakhir."

"Apa dia?"

"Kalau kelima-lima pasukan keselamatan tu bekerja di bawah pihak yang sama, kenapa wujudnya perperangan antara 5 benua?" Lahar dan Zaffar berpandangan sesama sendiri. Budak ni banyak betul soalan dia.

"Theo.. dengar sini. Perang antara 5 benua ni tak ada siapa yang tahu puncanya. Sebabnya ia adalah salah satu rahsia terbesar dunia. We need to find the hidden treasure. That's how we reveal the truth." Jelas Xara. Theo mengangguk faham.

"Baiklah. Kembali pada topik asal kita." Ujar Ken. Lahar dan Zaffar mengangguk. Begitu juga Xara dan Xavier.

"Macammana nak hentikan Jaguar?" Soal Xavier. Lahar dan Zaffar terdiam.

"He's a monster. No one can stop him." Ujar Zaffar.

"Let's make a deal Chief. Will you tell us about the pieces if I kick that Jaguar's ass?" Soal Theo sambil tersenyum membuatkan Lahar tersenyum sinis.

"Kau? Si keding macam kau nak kalahkan Jaguar? Jangan mimpilah Atlas! Kau mungkin ada bounty yang banyak. Tapi tu tak membuktikan yang kau ni seorang pahlawan yang hebat. You are just a thief!" Ujar Lahar sambil berpeluk tubuh.

"Jangan pandang aku tak ada mata, Lahar. Because you'll need that eyes to see Jaguar falls on his knees before me!" Ujar Theo membuatkan Lahar berdengus kuat. Zaffar terdiam. Jaguar itu kuat. Lebih kuat dari pahlawan terkuat mereka. Mampu ke seorang pencuri seperti Theo mengalahkan lelaki itu?

"Sudah Lahar." Tegasnya membuatkan Lahar terdiam. Zaffar mendekati Theo lalu bahu lelaki itu dipegangnya.

"Kau boleh tolong kami? Bebaskan Celsia dari si jahanam tu?" Soalnya lagi. Theo tersengih.

"Mestilah." Zaffar tertawa perlahan.

"Kau kelihatan begitu yakin, Atlas. Baiklah. Kalau kau berjaya, aku akan berikan apa sahaja yang kalian mahukan. Apa saja." Kata-kata Zaffar membuatkan Theo, Ken, Xavier dan Xara kembali ceria. Mereka yakin, Zaffar pasti tahu sesuatu tentang the pieces. Sengaja orang tua itu merahsiakannya.

................................................................

Mereka bersembunyi disebalik semak samun yang tumbuh menghijau. Di hadapan mereka tertanamnya barisan pokok-pokok yang sudah kering. Langsung tiada buah mahupun daun. Semuanya kering. Hanya tinggal beberapa pohon sahaja lagi yang masih menghijau. Yang menimbulkan kemarahan mereka adalah apabila beberapa orang lelaki sedang memasukkan buah-buah Sutera Labis ke dalam beberapa buah kotak sebelum diangkat ke kapal mereka.

Pokok-pokok labis akan mati sebaik sahaja semua buahnya dipetik. Dan pokok itu tidak akan tumbuh lagi. Benihnya sememangnya sukar untuk didapati. Sangat-sangat sukar.

"So, which one is Jaguar?" Soal Theo. Lahar menunding jari ke arah sebuah kuil lama yang terbina di situ.

"Itu Labis Temple. Dah lama ada kat situ. Dan Jaguar jadikan kuil tu sebagai markas utama dia. Aku yakin dia ada kat dalam tu." Theo mengangguk.

"Leave that guy to me. Korang selesaikan yang lain." Arah Theo. Yang lain-lain termasuklah beberapa orang pahlawan dari Kampung Puak Jaya mengangguk.

"So, kita serang macam tu je ke?" Soal Ken. Tetapi tiada jawapan dari Theo. Sebaik sahaja dia berpaling, lelaki itu sudah tiada di sebelahnya.

"Where the hell is he?" Soal Ken. Lahar dan yang lain-lain menjungkit bahu. Mereka juga tidak sedar bila lelaki itu menghilang. Dari kejauhan kelihatan Theo sedang berlari ke arah kuil tersebut.

"Ah Theo!" Xara merengus. Xavier hanya tersenyum.

Beberapa orang lanun mula perasan akan kehadiran Theo dan mula berlari ke arah lelaki itu untuk menyerangnya. Namun, belum sempat senjata masing-masing mengenai si mangsa, mereka terlebih dahulu terpelanting ke belakang. Di hadapan mereka berdirinya Ken dan Xavier.

"Jangan sibuk boleh tak?" Soal Ken.

"Jangan halang jalan dialah lahanat." Ujar Xavier. Masing-masing dengan jelingan mata yang tajam. Theo tersengih sambil terus berlari masuk ke dalam kuil.

"Jaguar!!!" Dia menjerit kuat.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now