part 141

2.1K 194 8
                                    

Seorang lelaki gemuk berpakaian serba putih beserta anak-anak kapalnya yang juga berpakaian putih kini sedang melarikan diri dari Pirate Bout. Fikirnya dia mampu mengalahkan Kolonel Hawk namun, dia terpaksa batalkan niatnya sebaik sahaja melihat kekuatan Kolonel Hawk yang berkali ganda lebih kuat darinya.

Sebaik tiba di Alley's forest, langkah mereka terhenti apabila Kolonel Hawk melompat turun dari sebatang pokok besar secara tiba-tiba di hadapan mereka.

"Ray Crook. Kau nak lari kemana? Seluruh pulau ni sudah dikepung Salamander."

Ray mengetap giginya. Wajahnya yang sudah lebam-lebam itu berpeluh sejuk. Sebelum dia berlari laju ke arah kolonel Hawk.

"Kapten!" Jerit salah seorang dari anak kapalnya. Lelaki berambut balun ayam di belakangnya tersengih lalu menyerang tentera Salamander yang mula menyerang mereka.

"Komander pun?" Anak-anak kapal itu berpandangan sesama sendiri sebelum turut menyertai Ray dan Viktor bertarung menentang Salamander.

Beberapa ratus meter dari tempat pertempuran antara Ray Crook dan Kolonel Hawk, kelihatan sekumpulan lanun sudah tumpas di atas tanah. Yang tinggal cuma kapten mereka yang kelihatan sudah seperti nyawa-nyawa ikan. Luka memenuhi tubuhnya. Golden Hanna meludahkan darah ke tanah.

Tangannya di angkat ke udara sebelum ianya bertukar menjadi emas. Dengan pantas dia berlari laju ke arah kolonel Miaa yang sedang berpeluk tubuh tanpa sebarang calar pun di badannya.

Golden Hanna melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah Kolonel Miaa. Namun semuanya dielak dengan mudah. Sebelum tiba-tiba tangan kanan Hanna yang bertukar menjadi emas tadi secara tiba-tiba sahaja terputus dua. Hanna menjerit sekuat hati.

Mustahil! Mustahil ada yang mampu mengalahkan kekerasan emasnya! Dalam menahan kesakitan dia memandang ke arah kolonel Miaa sebelum kedua-dua belah matanya terbeliak. Kedua-dua belah tangan kolonel Miaa sudah bertukar menjadi bilah pisau yang tajam dan berwarna merah. Asap nipis kelihatan keluar dari bilah pisau tersebut.

"Heat can melt gold. Don't you know that?" Kedua-dua belah tangannya mula kembali kepada asal.

"Tangkap mereka. Every single one of them" arahnya sebelum kesemua tenteranya yang terdiri daripada wanita semuanya pantas menangkap dan menggari Golden Hanna dan kesemua anak-anak kapalnya.

...............................................................

Pirate's Bout

Di dalam kekecohan itu, hanya terdapat satu kumpulan lanun yang kelihatan tenang sahaja. Mereka masih melepak di pirate's bout sambil bersuka-ria.

"Kau nampak tenang sekali ya. Kau tahu aku akan datang, bukan? Hornsby Heinrik?" Soal satu suara kepada si kapten yang sedang tersengih dengan satu pandangan yang tajam.

Kolonel Rave menarik sebuah kerusi lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Heinrik yang masih dengan sengihan yang menampakkan keseluruhan gigi taringnya.

"Dah lama tak jumpa, Rave. Apa khabar isteri kau?" Soal lelaki itu membuatkan Rave mengetap gigi menahan amarah. Namun, dipujuk hatinya untuk terus tenang. Dia kenal Heinrik. Tentang kuasanya. Tentang bagaimana dia mampu menewaskan seseorang tanpa perlu menyentuhnya.

"Isteri aku dah mati. Kau yang dah bunuh dia. Kau lupa Heinrik?" Heinrik ketawa kuat.

"Aku tak bunuh dia Rave. Kau yang bunuh dia. Takkan kau dah lupa?" Rave mengepalkan penumbuknya.

"Ya.. dan kaulah penyebabnya. Hari ni aku nak berhitung dengan kau. Once and for all." Heinrik tersenyum sinis.

"Baiklah.. kalau itu yang kau nak."

....................................................................

Theo tercampak ke sebuah bangunan kayu. Habis roboh dinding bangunan tersebut. Tentera salamander yang lain hanya berdiri tanpa masuk campur. Berdiri di situ sambil menonton perlawanan hebat antara kolonel Byron dan Atlas, the uncut beast.

Yang membuat mereka tersenyum adalah, apabila kolonel Byron langsung tiada sedikit calar pun di badannya. Tetapi Theo. Sudah acap kali dia rebah ke tanah. Calar memenuhi badannya. Darah pekat mengalir tanpa henti.

Theo bangkit dari runtuhan kayu. Dia menarik keluar kayu yang tercucuk pada lengannya. Habis terpancut darah.

"Atlas.. kau akan mati kalau kau terus bertarung dengan dia!" Ujar Canavar kuat.

Dengan badan yang berlumuran darah, Theo berdepan dengan Byron tanpa gentar.

"Aku tak akan mati kat sini!" Ujarnya.

"Aku dengar, the uncut beast tak boleh cedera. Was that just a rumor, Atlas?" Soal Byron.

Theo bernafas kasar. Begini rupanya rasa sakit yang kekal. Walaupun begitu, sakit seperti itu tidak mampu membuatkan dia mengundur.

"Atlas! Dengar cakap aku! Kalau kau mati aku pun akan mati! Lari dari sini!!" Marah Canavar.

"Kau takut can? Bukanke kau yang selalu terlebih yakin untuk ambil alih badan aku dan belasah semua lawan aku sebelum ni?" Soalnya dalam keadaan termengah-mengah. Canavar mengetap gigi.

"Jangan buat kerja bodoh, Atlas! Kau tahu kau tak akan selamat bertarung dengan dia! Pergi dari sini!!"

Byron berpeluk tubuh. Melihat Theo bercakap seorang diri membuatkan dia berkerut dahi.

"Sudahlah.. ikut aku ke Salamander HQ. Aku tak sangka kau selemah ni." Ujar lelaki itu.

"Jangan harap!" Theo berlari laju ke arah Byron lalu melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada lelaki itu. Serangannya kelihatan lemah di mata byron. Satu anak panah besi yang tiba-tiba muncul entah dari mana meluru laju ke arah Theo. Theo berundur ke belakang. Cuba untuk mengelak anak panah tersebut. Sebelum lebih banyak anak panah muncul dan meluru ke arahnya.

Theo mengelak dan terus mengelak.

"Aku dah cakap Atlas! Pergi dari sini!" Marah Canavar membuatkan Theo mengetap gigi marah. Pantas dia melompat naik ke bumbung bangunan sebelum terus melarikan diri dari situ.

"Cuba untuk lari, eh? Jangan harap!"

...............................................................

Author lambat update bukan sengaja. Author ada life lain kat luar ni. Author kerja. Bukan selalu author ada masa terluang. And kadang-kadang author kehabisan idea bila author nak karang setiap satu chap untuk bagi dia nampak menarik. Ni jawapan author untuk yang tanya kenapa author selalu update lewat. Huhu. Jangan marah ya anak-anak. Author janji, author akan update selewat-lewatnya sekali seminggu. InsyaAllah.

#ps. Ni pun sebab demam so adalah masa terluang sikit.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora