part 17

2.8K 274 6
                                    

Xavier dan Lena masih berbalas serangan pedang. Pertarungan mereka sudah berlanjutan ke luar kuil. Sudah 30 minit dan kedua-duanya masih bertahan. Lena melompat tinggi sebelum pedang besarnya dilibas ke arah Xavier sebanyak 2 kali lalu membentuk libasan aura berwarna merah yang berbentuk 'X'. Libasan merah itu meluncur laju ke arah lelaki itu sebelum ia ditangkis mudah oleh Xavier. Libasan itu hilang serta-merta. Xavier tersengih sebelum menyimpan salah satu dari pedangnya.

"Cukuplah bermain.. aku masih banyak kerja lain." Ujar Xavier. Pedang pemberian mendiang ayahnya ditegakkan merapati wajahnya. Mata dipejamkan.

Geram dengan kata-kata dari Xavier yang seakan-akan sedang menyindirknya, Lena mengambil peluang itu untuk menyerang Xavier. Pedang dihalakan ke arah lelaki itu sebelum dia meluncur laju ke arahnya. Pedangnya kelihatan sedikit bernyala merah.

Sebaik pedangnya melepasi Xavier, Lena terhenti. Dia tersengih sambil berpaling ke arah Xavier yang sedang berdiri membelakanginya sambil mata pedang dihalakan ke hadapan. Perlahan-lahan Xavier memasukkan pedangnya ke dalam sarung. Lena tiba-tiba melutut ke tanah. Mata pedangnya patah dua dan jatuh melantun ke tanah. Darah mengalir keluar dari hujung bibirnya. Dia sendiri tidak sedar bagaimana Xavier menyerangnya tadi. Dia langsung tiada kecederaan di bahagian luaran. Lena termuntah darah. Sebelum akhirnya dia rebah ke tanah.

"If you survive this, make sure to learn how to hold a sword before you learn how to use it.." ujar Xavier perlahan.

........................................................................

Mata pedang putih milik Xara bersilang dengan kapak hitam besar milik Gildarts. Dan kedua-duanya menghilangkan diri. Beberapa percikan api muncul di udara bersama bunyi persilangan antara dua besi. Pergerakan mereka langsung tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya sungguh pantas. Pada mulanya Xara sendiri tidak dapat mengesan pergerakan Gildarts tetapi sekarang, pergerakan lelaki itu berjaya ditirunya dengan hanya sekali percubaan.

Itulah salah-satu kepakarannya yang tidak ramai yang tahu. Dia mampu meniru pergerakan pihak lawan dengan hanya memerhatikan mereka. Sebaik Gildarts menghilangkan diri untuk kali kedua tadi, saat itulah dia memerhatikan pergerakan lelaki itu dan menirunya.

Kedua-duanya muncul tiba-tiba dalam keadaan termengah-mengah. Peluh menitik di wajah kedua-duanya.

"So.. a copycat huh?" Soal Gildarts.

"Well.. pergerakan kau senang sangat untuk orang tiru." Ujar Xara. Bahunya kelihatan turun naik.

"Cuba tiru ni kalau kau boleh.." Gildarts mula memutarkan kapaknya di atas kepala. Semakin lama semakin laju sehinggalah ia mengeluarkan satu pusaran angin yang diselang-selikan dengan beberapa panahan kilat berwarna hitam. Xara sudah terlopong manakala Gildarts ketawa kuat. Dia pasti sekali yang Silent Sword akan mati pada hari ini.

Pusaran angin itu meluru laju ke arahnya. Xara mengelak ke kiri. Malangnya, pusaran itu turut mengikutnya ke kiri. Dia ke kanan pusaran itu ke kanan. Habis semua pokok-pokok yang menghalang dimusnahkan oleh pusaran itu. Begitu juga para lanun yang malang. Semuanya habis hancur tinggal tulang. Xara berdengus memandang Gildarts yang hanya ketawa saat pusarannya membunuh rakan-rakannya sendiri. Langsung tiada perikemanusiaan. Pedang putihnya digenggam kemas.

Satu-satunya cara untuk hentikan pusaran angin yang sedang mengganas itu adalah bukan dengan mengelaknya. Tetapi dia perlu berhadapan dengannya. Pedang digenggam ke belakang dan Xara berlari laju ke arah pusaran itu. Dia melompat tinggi sebelum masuk ke dalam pusaran angin yang diselang-selikan dengan panahan petir.

"Hahaha! Bodoh! Perempuan bodoh! Kau hanya menempah maut dengan bertindak seperti itu." Gildarts hanya ketawa sambil menyandarkan kapaknya ke atas bahu. Seketika kemudian, pusaran angin itu secara tiba-tiba sahaja membesar sebelum ianya pecah ke udara membuatkan Gildarts tercampak ke belakang. Dia terpengung memandang debu-debu tebal yang beterbangan dihadapannya. Pusaran angin buatannya sudah tiada. Hilang begitu sahaja. Mustahil! Mustahil ada sesiapa yang mampu mematahkan pusaran angin petirnya! Mustahil!

Dari debu-debu yang tebal itu muncul seorang gadis berbaju putih melompat tinggi bersama pedangnya dan dia meluncur laju ke arah Gildarts yang masih kelihatan terpinga-pinga. Gadis itu berlari melepasi Gildarts. Gildarts menjerit saat beberapa kelaran terbentuk pada bahagian badannya. Hadapan dan juga belakang. Darah mula basah membanjiri tempat dia berdiri. Xara memasukkan pedangnya ke dalam sarung. Gildarts rebah ke bumi dan sudah tidak sedarkan diri lagi. Xara berpaling ke arah lelaki yang sedang terbaring berlumuran darah di atas tanah.

"Stay down.." ujarnya.

"Xara!" Panggil Ken sambil berlari ke arah gadis itu bersama Lahar dan beberapa orang pahlawan Puak Jaya. Xara tersenyum di sebalik topeng putih yang menutupi mulutnya.

"Ken.. Lahar.." ujarnya.

"Macammana semuanya?" Soalnya lagi. Ken tersengih sebelum mengangkat ibu jarinya.

"Semuanya dah settle. Mana Xavier dengan Theo?" Soal Ken sambil memandang sekeliling.

"Theo masih dalam kuil." Ken mengangguk lalu mereka berlari ke dalam kuil lama yang masih berdiri kukuh tidak jauh dari situ. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di situ sambil memandang ke dalam kuil. Tangan kanannya direhatkan di atas ulu 2 pedangnya yang tergantung kemas di pinggang. Wajahnya kelihatan serius sahaja.

"Xav.. kenapa berdiri dekat sini?" Soal Ken sebaik sahaja mereka sampai di sisi Xavier. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Mereka memandang ke arah yang sama dipandang oleh Xavier sejak tadi. Ken dan Xara terkejut.

Theo sedang duduk bersandar di tepi dinding sambil menyorokkan wajahnya dengan kedua-dua belah lengannya. Tidak jauh dari Theo, terbaring seorang lelaki berpakaian mewah. Dalam keadaan yang sangat teruk dicederakan. Kedua-dua mata dan mulutnya terbuka. Darah mengalir keluar dari kedua-duanya.

Xara menekup mulutnya lalu berlari ke arah Theo. Bahu Theo dipeluknya erat.

"Theo.. theo.. kau ok tak?" Soal Xara.

"Aku.. tak ada niat.. nak bunuh dia.." ujar Theo perlahan. Namun masih dapat didengari oleh Xara. Rakan-rakannya yang lain datang mendekat. Ken melutut di hadapan Theo.

"Bukanke, Pak Cik Horn dan ajar kau untuk kawal dia?" Soal Ken. Theo mengangguk.

"Dia dah semakin kuat.. aku takut.. kalau aku tak mampu nak kawal dia lagi.." ujar Theo. Masih menyembunyikan wajahnya.

"Kau mampu.. aku tahu kau boleh. Kau Theo Atlas kot.. lagipun, kitorang ada dengan kau.." ujar Xara. Perlahan-lahan Theo mengangkat wajahnya. Membuatkan semua yang berada di situ terkejut.

Satu corak aneh bersaiz ibu jari kelihatan di sebelah mata kirinya. Corak yang melingkar di bawah matanya itu berwarna hitam.

"Theo.. muka kau.." Ken bersuara.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin