part 21

2.7K 259 0
                                    

"Apa yang Eagle dah buat kat kau?" Soal Xavier.

"Aku sebenarnya dari Zambisea. Aku seorang tukang masak yang paling hebat kat pulau tu. Satu hari, Eagle datang. Dan kami sambut mereka dengan baik. Siap ada pesta lagi. Tapi, mereka salah gunakan kuasa. Penduduk kami, dipaksa bayar kepada mereka sebagai pertukaran perlindungan yang mereka tawarkan. Bukan sikit yang mereka mintak. Tapi, disebabkan takut lanun datang menyerang, kami terpaksa akur dengan permintaan mereka. Aku dipaksa bekerja dibawah mereka. Mulanya aku menolak, tapi, bila dia mengugut untuk mencederakan ibu aku, aku terpaksa akur." Edd mula bercerita. Keempat-empat sahabat itu mendengar dengan khusyuk.

"Hidup dalam kapal Eagle, betul-betul seperti penjara buat aku. Setiap hari aku disuruh meyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak. Seorang diri. Kadang-kadang, aku terlalu sibuk siapkan makanan, sampai aku sendiri 3 hari tak dapat makan. Pernah jugak aku curi-curi makan, tapi bila dia dapat tahu, terus aku disebatnya menggunakan cemeti."

"Jadi, malam tadi, aku buat keputusan untuk lari. I can't live in there for any longer. I rather die." Edd tertunduk ke lantai.

"An Eagle colonel who's using a whip? Bukanke dia Kolonel Vox?" Soal Ken. Edd mengangguk perlahan.

"Kau kenal dia Ken?" Soal Theo.

"Ya.. tapi, setahu aku, dia baik. Selalu tolong orang-orang yang susah. Dia pernah dermakan 500k coins pada mangsa gempa bumi dekat Cristal Isle." Jelas ken.

"Ya, tapi Kolonel Vox yang aku kenal, jauh bezanya dari yang kau cakapkan. Dia bukan manusia. Dia syaitan!" Kata-kata Edd membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri. Sekali lagi.

"Jadi, apa yang kau nak buat dekat Azuris Enclave?" Soal Xavier. Edd melarikan pandangannya.

"A-aku.. ada urusan.." ujarnya membuatkan Xavier memandangnya aneh.

...................................................................

"Aku nampak darat!!" Jerit Theo sambil berpaut pada tiang kayu kecil di hadapan kapal. Pantas Ken dan Edd menghampirinya.

"We're here.. Azuris Enclave." Ujar Edd. Tidak jauh dari kapal mereka terdapat sebuah pulau yang sangat besar. Mungkin yang kedua terbesar selepas Kepulauan Rossenate.

"Besarnya.." ujar Ken.

"Mestilah. Korang tak tahu ke? Wilayah Azuris adalah pusat perdagangan terbesar di Azurea." Jelas Edd.

"Serius???" Soal Ken dan Theo serentak. Xara dibelakang sudah tersengih teruja manakala Xavier hanya tersenyum seperti biasa.

"Sebab itulah wilayah Azuris mempunyai nama yang lebih kurang sama dengan Azurea. Kedua-duanya membawa maksud megah atau besar dalam bahasa Purba Azur." Penjelasan dari Edd membuatkan Ken dan Theo mengangguk-angguk.

Benarlah kata Edd, Azuris Enclave sememangnya sebuah pusat perdagangan terbesar Azurea. Di kiri dan kanan mereka terdapat berpuluh-puluh buah kapal tidak berhenti dari pergi dan balik dari perlabuhan Azuris. Kapal dagang. Kapal kargo. Kapal lanun. Terdapat bermacam-macam kapal di situ.

Kapal mereka berlabuh di jeti kecil berhampiran perlabuhan Azuris. Di situ hanya terdapat beberapa bot-bot kecil sahaja. Sebaik sahaja kapal diikat kemas pada tiang jeti, mereka melompat turun ke jeti kayu. Theo dan Ken terpegun melihat betapa besarnya kota Azuris Enclave. Besar dan sesak. Pulau itu dipenuhi dengan bangunan-bangunan batu yang berwarna-warni dan beratap merah.

"So, thanks for the ride. I really appreciate it.. and for the drink as well.." ujar Edd.

"Kau betul nak pergi? Tak nak ikut kami?" Soal Theo. Edd tersenyum.

"Maaf.. aku ada urusan yang perlu aku selesaikan. Semoga kita jumpa lagi nanti. It's nice knowing you guys.. aku pergi dulu." Edd tersenyum sebelum berlari meninggalkan tempat itu. Mereka hanya memandang kelibat lelaki itu hilang disebalik kesesakan orang ramai.

"Oklah.. sekarang.. mana kita nak cari third pieces?" Soal Ken memecahkan kesunyian. Mereka memandang ke arah bandar yang sesak dengan pengunjung yang datang dari bermacam-macam negeri. Masing-masing tersenyum hambar.

"Pertama sekali, kita kena cari maklumat pasal 3rd pieces. Mungkin ada sesiapa dalam pulau ni yang tahu sesuatu." Cadang Xara.

"Jomlah." Ajak Xavier pula. Ketiga-tiga rakannya yang lain hanya menurut lelaki itu masuk ke dalam lautan manusia pelbagai rupa.

"Sebelum tu.. boleh kita cari makan? Dari semalam lagi kita duk cekik buah saja.. I need real food!" Theo mencebik.

"Betul tu.. perut aku dah tak boleh terima buah lagi!" Ken menyokong cadangan Theo. Xara dan Xavier berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum. Iyalah. Mereka juga sudah bosan asyik makan buah-buahan sahaja sejak semalam.

"Alright. Kita cari restoran."

"Yeah!!"

"Macam budak-budak.."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now