part 28

2.7K 248 0
                                    

Theo meletakkan gelas kaca yang sudah kosong itu ke atas meja. Dia bersandar pada kerusi tempatnya duduk. Di sisi jendela berdirinya Xavier sambil bersandar pada dinding. Dia berpeluk tubuh sambil merenung ke arah Theo. Xara di bilik sebelah. Dan Ken sudah menghilangkan diri ke dalam bandar Azuris. Mungkin sedang mencuci mata sambil mengusik anak-anak gadis di bandar itu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soal Theo tanpa memandang ke arah Xavier. Dia tahu sejak mereka masuk ke dalam bilik yang disediakan oleh Lord Eishin kepada mereka tadi, lelaki itu tidak lepas dari memerhatikannya.

"Kau yakin ke kau boleh lawan Kolonel Vox?" Soal Xavier. Dia memerhatikan corak aneh yang masih melekat pada wajah Theo. Sebenarnya, dia risaukan sahabatnya itu. Memanglah dia masih marahkan Theo tentang apa yang pernah jadi satu ketika dulu, tapi, Theo tetap sahabatnya. Dan mereka pernah berjanji untuk terus bersahabat walau apa yang terjadi.

"Mestilah. Kenapa kau tanya?" Theo memandang ke arah Xavier yang sedang berjalan mendekatinya. Lelaki itu mengambil tempat di salah sebuah kerusi berhampiran Theo.

"Kau tahu kan, Vox bukan seorang lawan yang lemah. Dia lebih kuat dari Jaguar. Macammana kalau kau tak boleh kawal diri kau lagi? Kau sendiri cakapkan, yang 'Dia' dah semakin kuat." Xavier meluahkan kerisauannya walaupun wajahnya masih lagi tegang seperti selalu.

"Rupanya, kau risaukan aku ya, kawan?" Theo tersengih.

"Tak adalah. Tak ada masa aku nak risaukan kau. Aku cuma tak nak kau bunuh orang lagi. Itu saja. Lagipun benda dalam badan kau tu bahaya kalau dibiarkan lepas." Xavier mengalihkan pandangannya. Theo ketawa perlahan.

"Jujur, aku pun risau. Kalau-kalau, 'Dia' cuba merasuk fikiran aku lagi macam hari tu. Tapi, aku tak boleh biarkan lelaki cilake macam dia tu terus bebas menindas orang-orang yang lemah."

"Apa saja yang kau buat nanti, ingat, kawan-kawan kau ada dengan kau. What you'll face, we'll face it too." Kata-kata Xavier membuatkan Theo tersenyum. Dia tahu dia boleh bergantung harap pada rakan-rakannya itu. Rakan-rakan yang sudah dianggap seperti keluarga. Iyalah, selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia, hanya mereka yang ada buat Theo sepanjang zaman remajanya. Tiada yang tahu betapa dia rindukan mereka apabila mereka berpisah dulu. Semuanya gara-gara Hans. Nasib baik lelaki itu sudah dihantar ke Lethal Isle. Tenang sikit rasanya.

"I know I can count on you guys."

"Korang.. aku nak pulang ke Zambisea." Ujar Edd yang tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu bilik tersebut. Theo dan Xavier mengalihkan pandangan mereka ke muka pintu.

"Dalam dua hari lagi, aku akan ke sini semula." Ujar lelaki itu lagi.

"Jauh ke Zambisea dari sini?" Soal Theo.

"Tak jauh. Cuma 2 jam saja dari pulau ni." Balas Edd.

"Great. Biar aku hantar kau. I want to see Zambisea." Zambisea, sama seperti Azuris, adalah pulau yang belum dijejaki Theo. Jadi, dia tak akan melepaskan peluang ini untuk mengenali pulau baru.

"Eh. Tak payahla. Aku boleh pergi sendiri. Kau dah banyak tolong aku Theo. Aku dah tak nak susahkan kau lagi."

"Dah. Jangan mengarut. Aku tetap akan pergi pulau kau. Kau suka atau tak." Theo bangkit lalu mencapai beg sandang kulitnya.

"Kalau macam tu, aku pun nak ikutlah." Ujar Xavier lalu bangkit membontoti Theo. Mereka meluru keluar dari bilik itu sebelum sempat Edd membantah. Nak tak nak dia terpaksa bersetuju sahaja.

Mereka sampai di perlabuhan Azurea. Dari perlabuhan itu mereka berjalan kaki hingga ke jeti kecil di mana kapal kecil mereka diikat.

"Tak apa ke korang tinggalkan Ken dengan xara?" Soal Edd. Theo tersengih.

"Jangan risau pasal diorang. Pandailah diorang jaga diri." Ujarnya. Xavier hanya mendiamkan diri seperti selalu. Tali yang mengikat kapal mereka pada tiang jeti dilonggarkan. Xavier mula melepaskan ikatan pada layar kapal. Angin mula menolak layar mereka keluar dari perlabuhan Azuris. Dan menuju ke sebuah pulau kecil yang terletak tidak jauh dari Azuris Enclave.

"What kind of island, Zambisea is?" Gumam Theo sendirian.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now