part 47

2.5K 257 3
                                    

"Macammana ni datuk bandar? Kalau Milea terus berjumpa dengan budak lelaki tu, apa nasib kita nanti?"

"Macammana kalau lanun-lanun tu datang kembali ke sini?"

"Tapi, dan 2 bulan Milea berhubungan dengan budak lelaki tu. Dewa laut masih belum bertindak apa-apa. Mungkin.. sumpahan tu dah tak ada?"

Bar milik Ferra dipenuhi penduduk Liberie yang runsing akan nasib yang bakal menimpa mereka. Bar itu riuh sekali. Sampai orang-orang di luar pun masih mampu memdengar suara mereka. Datuk bandar Clayton mengurut dahinya. Masalahnya sekarang, perasaan satu-satunya anak gadisnya menjadi taruhan. Juga nyawa penduduk Liberie. Milea terlalu degil. Semakin dilarang, semakin dia berkeras.

"Apa aku nak buat lagi? Aku dah kurung dia, tapi dia tetap jumpa jalan untuk curi keluar." Ujar Clayton.

"Pak cik Clayton. Milea seorang manusia. Seorang gadis yang ada perasaan. Kita tak boleh paksa dia untuk hilangkan perasaan tu." Ujar Ferra sambil meletakkan segelas jus epal di atas meja berhadapan dengan Clayton.

"Aku tak kisah kalau dia bercinta dengan pemuda Liberie. Tapi budak tu orang luar, Ferra. Macammana kalau apa yang berlaku dulu, berlaku lagi?" Clayton mencapai gelas kaca di hadapan. Namun jus di dalamnya hanya dipandang sahaja.

"Betul tu Ferra. Ini tentang keselamatan kampung ni." Ujar salah seorang penduduk kampung.

Ferra hanya mengeluh perlahan sebelum kembali ke belakang bar. Milea gadis yang baik. Tak pernah membantah kata-kata ayahnya. Tetapi, sejak dia jatuh cinta pada Peter, gadis itu mula memberontak. Ferra tidak salahkan Milea. Gadis itu berhak untuk jatuh cinta pada sesiapa sahaja. Sejujurnya, dia sendiri tidak percayakan sumpahan itu. Tapi, apa dia boleh buat. Kata-katanya langsung tiada makna buat penduduk Liberie.

"Datuk bandar!!" Jerit seorang lelaki muda berlari ke arah bar Ferra. Lelaki itu berpegang ke pintu sambil termengah-mengah.

"Kau kenapa Branch?" Soal Clayton sambil memandang ke arah Branch yang usianya lebih muda berbanding Milea.

"Lanun-lanun tu.. lanun-lanun petang tadi..." branch masih termengah-mengah.

"Kenapa dengan mereka?"

"Diorang nak ke Terror Line!" Clayton terbangun dari duduknya. Air mukanya kelihatan sangat terkejut.

"Apa kau cakap?"

"Coda dan Milea nak tolong diorang!"

"Datuk bandar. Macammana ni?" Soal salah seorang penduduk.

"Tindakan diorang boleh bangkitkan kemarahan Dewa Laut!" Clayton memandang para penduduk sebelum berdengus perlahan.

"Grab all your weapons. Kita kena halang mereka sekarang juga!"

...............................................................

"Have a good night sleep, guys. Kita perlukan banyak tenaga untuk esok." Ujar Xara. Entah kenapa kali ini dia terlebih semangat. Rakan-rakannya hanya tersenyum. Dia, Aigle dan Milea berlalu ke bilik mereka yang terletak bersebelahan dengan bilik Theo, Ken, Xavier dan Peter. Coda sudah berlalu ke biliknya di tingkat bawah.

Belum sempat mereka terlena, kedengaran keriuhan di luar rumah tumpangan.

"Pak cik Clayton.." ujar Coda sebaik memandang wajah Clayton dan para penduduk sedang berdiri di hadapan rumah tumpangan miliknya. Masing-masing dengan senjata di tangan.

"Kau! Berambus dari pulau ni! Bawa sekali kawan-kawan lanun kau itu! Datang tanpa diundang, suka hati kau saja nak buat kucar-kacir dekat bandar ni!" Jerkah Clayton dengan wajah yang sangat bengis. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia kerjakan lelaki itu sekarang juga.

"Kenapa ni, Coda?" Soal Xara. Dia dan rakan-rakannya yang lain sudahpun menyertai Coda di muka pintu.

"Kami nak kalian keluar dari pulau ni!" Jerit para panduduk sambil mengangkat senjata mereka ke langit.

"Jangan bangkitkan kemarahan Dewa Laut! Apakah kalian cuba nak binasakan bandar ni?!" Jerkah Clayton lagi.

"Ayah.. sudahlah.. hentikan semua ni!" Jerit Milea.

"Balik Milea! Apa kau buat dekat sini?!"

"Saya tak nak!" Clayton merengus sebelum menarik lengan anak gadisnya kasar.

"Aku kata balik!!" Milea memberontak. Lengannya cuba ditarik kasar bagi melepaskan diri. Namun ianya tidak berjaya. Cengkaman Clayton terlalu kuat.

"Ayah.. lepaskan saya.. sakit.. ayah.." Milea sudah menangis kuat. Tiba-tiba lengan Clayton dipegang kuat oleh Peter. Lelaki itu memandang Clayton tajam.

"Lepaskan aku, budak tak guna!" Tangan kirinya diangkat, cuba untuk memukul Peter namun Peter terlebih dahulu menumbuk wajah Clayton. Cengkaman pada tangan Milea terlepas. Pantas Milea ditarik oleh Peter ke belakang.

"Saya mungkin lemah, pak cik. Tapi pak cik kena ingat yang saya juga seorang lanun. Kalau Dewa Laut tu yang menghalang cinta saya pada milea, saya bersumpah di hadapan pak cik dan semua penduduk Liberie yang Dewa Laut tu akan mati!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now