part 35

2.6K 261 5
                                    

Dua buku lima berlaga dan menghasilkan satu letupan aura. Tumbukan dilepaskan bertubi-tubi dan semuanya berlaga sesama sendiri. Theo menendang Kolonel Vox di bahagian sisinya dan Kolonel Vox menendang Theo menggunakan lututnya. Dari jauh, jelas kelihatan kehebatan pertarungan antara dua orang lelaki yang saiznya jauh berbeza. Theo kelihatan seperti seekor semut jika hendak dibandingkan dengan Kolonel Vox yang dua kali ganda lebih besar dari dia. Tapi, kekuatan mereka seakan-akan setanding. Sejak tadi mereka berbalas tumbukan. Kolonel Vox menumbuk wajah Theo dan dibalas dengan Theo menumbuk wajahnya. Dan ianya sudah berterusan selama 45 minit tanpa henti.

"Sekarang baru aku faham kenapa mereka panggil kau the uncut beast." Ujar Kolonel Vox. Walaupun badannya lebam-lebam namun dia langsung kelihatan tidak terjejas. Theo lagilah. Badannya langsung tiada luka atau lebam. Dia tersengih sahaja seperti biasa sambil memandang tajam ke arah Kolonel Vox.

"Theo!" Jerit satu suara tidak jauh dari tempat mereka bertarung. Dan suara itu mendapat perhatian dari kedua-duanya.

"He's going to blow up this island!" Jerit Aigle membuatkan Theo tersentak. Kolonel Vox ketawa kuat.

"Nampaknya, rahsia aku dah bocor. I thought I already killed that insolent brat." Masih dengan ketawanya.

"And you call yourself an Eagle's colonel?" Soal Aigle memandang kolonel Vox tajam.

"Kau dah belasah Edd sampai setengah mati! Bukanke Eagle sepatutnya melindungi rakyat Azurea? Bukannya cuba membunuh orang yang tak bersalah!" Sambung gadis itu lagi. Walaupun begitu, Kolonel Vox langsung tidak terkesan dengan kata-kata Aigle. Sebaliknya dia hanya ketawa terbahak-bahak.

"Aku sepatutnya bunuh semua penduduk kampung Zambisea sebelum datang ke sini. Puny little ants."

"Jahanam kau!" Aigle menghalakan senapangnya ke arah Kolonel Vox. Tidak sempat dia melepaskan tembakan, Kolonel Vox sudah berdiri di hadapannya secara tiba-tiba.

"Aku baru sahaja nak berseronok. Jangan kacau aku, budak sial!" Ujar Kolonel Vox dengan suara yang agak dalam. Badan Aigle mula menggigil ketakutan. Matanya terbutang luas.  Vox mengangkat tangannya ke udara. Sebelum sempat mengenai gadis itu, tangannya disambut oleh seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Entah dari mana datangnya dia. Theo menggenggam kuat lengan milik Kolonel Vox. Renungannya tajam menikam ke dalam mata pegawai tentera Eagle itu.

"Aigle." Panggil Theo. Aigle hanya memandang ke atas. Ke arah Theo yang sedang membelakanginya.

"Jangan risau. Aku akan belasah dia cukup-cukup." Lengan Kolonel Vox ditarik ke arahnya lalu satu tumbukan padu milik Theo hinggap diperut lelaki itu. Lalu Vox tercampak kebelakang dengan darah tersembur keluar dari mulutnya. Tenaga dari tumbukan itu berlainan dari tadi. Kolonel Vox dapat rasakan perbezaan antara serangan tadi dengan serangan ini. Ianya jauh berbeza. Theo membuka langkah. Langsung tiada secalit senyuman pun di bibir lelaki itu.

"Nampaknya, kau dah mula nak serius? Fine. Let's get serious." Ujar Kolonel Vox. Dia meludahkan darah ke sisi. Cemeti berwarna hitam yang terikat kemas dipinggangnya dicabut lalu dilibaskan ke tanah. Sekali libasan sahaja habis merekah tanah tersebut hingga ke dasar. Dia tersengih. Theo meluru laju ke arah Kolonel Vox lalu cuba untuk menyepak lelaki itu sebelum sepakannya di halang oleh libasan cemeti Kolonel Vox. Habis luka kakinya. Namun dia meneruskan serangan dengan menggunakan kaki kirinya pula. Mengenai bahagian sisi kepala Kolonel Vox. Tetapi sempat dihalang menggunakan tangannya. Dengan pantas Theo melepaskan satu tumbukan beraura biru ke wajah Vox menyebabkan Vox terundur ke belakang. Di gagahkan kaki supaya tidak terjatuh.

Cemeti dilibaskan ke arah Theo lalu ia berbelit pada pinggangnya. Theo tersentak. Vox menarik cemeti ke kiri dan kanan sekaligus melibas Theo bersama ke atas tanah. Ke kiri dan ke kanan. Theo dipusing-pusingkan ke udara lalu dicampakkan ke sebuah bagunan batu 2 tingkat. Habis hancur bangunan itu. Theo berdiri perlahan. Luka-luka di badan kembali sembuh.

"Nak aku tolong?" Theo menarik nafas panjang. Tak. Dia tak boleh biarkan benda tu mengambil alih fikirannya lagi. Tidak lagi.

"Kau diam Canavar. Aku ada urusan dengan lelaki tak guna ni. Kau jangan masuk campur urusan aku. Ini antara aku dengan dia." Bisiknya perlahan. Vox melibas-libas cemetinya. Theo berlari laju ke arah Vox. Cemeti dilibaskan ke arah Theo. Bertubi-tubi namun dihalang oleh tumbukan Theo yang juga bertubi-tubi. Sebelum akhirnya cemeti itu berjaya ditangkap oleh Theo. Theo tersengih.

Vox cuba menarik cemetinya kembali. Namun ianya tidak berjaya. Dia langsung tidak boleh menggerakkan cemetinya.

"Dah lama aku tak dengar kau panggil nama aku. Kau dah mula sukakan aku Atlas?"

Theo tersengih.

"As if!" Ujarnya sekaligus menarik kuat cemeti berkenaan. Vox ditarik sekali bersama cemeti tersebut. Laju ke arah Theo. Sebelum sempat dia melepaskan pemegang cemeti itu, Theo terlebih dahulu berpusing 360° lalu menghadiahkan satu tendangan yang sangat kuat ke wajah Vox. Vox tercampak ke sisi. Tanpa menunggu lagi, Theo melompat tinggi ke arah Vox. Buku limanya digenggam erat ke udara. Satu aura biru terkumpul di situ. Tangan kanannya mula mengeluarkan asap biru.

"Matilah!!" Sebaik dia mendarat di atas Vox, buku limanya turut sama mendarat di bahagian muka lelaki itu. Kuat. Sehingga tanah di bawah Vox mula merekah dan menelan Kepala Vox di dalamnya. Akhirnya, Vox sudah tidak bergerak lagi. Theo termengah-mengah. Badannya yang dipenuhi kekotoran itu kelihatan turun naik. Dia duduk bersila di atas tanah. Matanya menatap tajam wajah Vox yang hilang di dalam tanah.

"See, I told you I don't need you, Canavar."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now