part 8

3.6K 307 2
                                    

"How's your eye? Sakit lagi ke? Ke nak aku tambah sebijik lagi?" Soal Ken saat Zenius berpaling ke arahnya.

"Kenny.. Jangan ingat aku tak lawan kau dulu aku menyerah kalah. Kalau bukan sebab Kapten Hans menegah, dah lama aku tamatkan riwayat kau." Ujar Zenius. Ken tersengih. Pedang berkarat masih lagi dilekatkan di leher Zen.

"I would like to see you try, my friend." Ujar Ken seraya mencampakkan pedang karat yang dicurinya daripada salah seorang lanun sebentar tadi ke lantai. Zenius mengangkat kedua-dua belah tangannya. Kukunya yang pendek mula memanjang dan berubah tajam. Ken membuka langkah sedia.

Dengan pantas Zenius meluru ke arah Ken dengan kuku tajamnya dihalakan ke arah lelaki itu. Sikit sahaja lagi kuku-kuku itu mahu terbenam ke dalam tengkorak milik Ken. Nasib baik tangannya sempat memegang kedua-dua belah lengan Zenius. Satu tendangan dilibaskan ke arah Zenius membuatkan Zenius melompat tinggi. Mengelak dari terkena tendangan maut Ken yang mampu menghancurkan sebuah bukit. Ya. Tenaga Ken memang luar biasa. Tiada yang mampu mengalahkan tenaga lelaki itu. Termasuklah Theo sendiri. Sememangnya dia tak mahu menjadikan Ken sebagai musuh.

Kini giliran Ken pula meluru ke arah Zenius bersama buku lima yang digenggam erat. Dari celahan jarinya kelihatan sedikit percikan api yang keluar entah dari mana puncanya. Tumbukan bertubi-tubi diarahkan pada Zenius dengan sepantas kilat. Awalnya, Zenius masih mampu untuk mengelak. Tetapi, akhirnya tumbukan demi tubukan itu terkena juga pada mangsanya. Zenius terpelanting ke arah timbunan tong berisi arak yang disusun di atas deck. Zenius terbatuk-batuk. Darah mengalir keluar dari hujung bibirnya. Dia tersengih sebelum berdiri. Darah dikesat menggunakan belakang tangan.

Kukunya bertukar rupa. Dari kuku yang tajam bertukar menjadi bilah-bilah pisau yang sangat tajam. Kedengaran bunyi bising saat kuku-kukunya berlaga sesama sendiri. Kedua-dua belah kakinya dihentak ke lantai. Sebelum dia hilang dari pandangan membuatkan Ken tersentak.

Ken memandang ke kiri dan kanan. Mencari gerangan si lanun bermata satu. Tapi masih tidak tahu di mana keberadaannya. Beberapa kelaran tiba-tiba muncul di bahagian belakang badannya membuatkan Ken menjerit kesakitan. Darah memercik membasahi lantai. Beberapa goresan muncul di beberapa bahagian badannya. Darah terpercik di mana-mana. Ken melutut di lantai. Dia kelihatan tercungap-cungap menahan perit.

"T-tak guna.." Bisiknya sebaik sahaja sepasang kaki muncul di hadapannya entah dari mana. Zenius mencengkam leher Ken menggunakan tangan yang kosong. Ken ditolak ke dinding. Tangan kanannya yang masih dipenuhi bilah-bilah pisau didekatkan ke wajah Ken.

"An eye for an eye.." Bisiknya perlahan. Ken tersengih.

"And a life for a life." Balas Ken lalu menendang perut Zenius kuat. Cengkaman terlepas. Zenius berundur kebelakang. Terasa perutnya hampir pecah ditendang oleh Ken. Zenius memandang Ken yang sedang berdiri sambil termengah-mengah di hadapannya. Mana dia ada tenaga lagi? Badan Ken sudah dipenuhi darahnya sendiri.

Ken mencekik leher Zenius lalu menghadiahkan satu tumbukan berapi pada perut lelaki itu. Zenius menjerit kuat sebelum terkulai tidak sedarkan diri. Jasad itu di campakkan ke atas lantai.

"Pathetic." Ujar Ken.

……….……………………………………

Theo dan Hans masih berbalas serangan di dalam master room. Hans menyerangnya bertubi-tubi dengan menggunakan pedang berwarna perang yang menjadi kesayangannya sejak dulu lagi. Namun, serangannya langsung tidak memberi kesan kepada Theo. Theo hanya menghalang serangan pedang Hans menggunakan pedang yang sebenarnya dijumpai di luar bilik itu tadi. Walaupun pedang itu kelihatan biasa saja, namun, ianya seakan-akan bercahaya. Seperti Theo sendiri yang mengalirkan tenaga pada pedang itu.

Dengan satu libasan sahaja, pedang perang milik Hans tercampak jauh ke lantai. Theo merapatkan hujung pedangnya pada wajah Hans. Theo akui, Hans sememangnya seorang yang lemah. Dia juga tak tahu kenapa para pengikut lelaki itu masih boleh setia dengan seorang kapten yang lemah. Kalau nak dibandingkan dengan Zenius, lelaki itu jauh lebih kuat berbanding Hans.

"Kenapa kau beria sangat nak cari Urre Gold sedangkan harta tu dah tak wujud lagi dekat dunia ni?" Soal Theo.

"Hahah.. Siapa kau nak cakap yang Urre Gold sebenarnya tak wujud, Atlas? 20 tahun aku mencari.. Baru hari ni aku tahu keberadaannya. Hahahah! Selagi aku hidup, aku tak akan berhenti mencari!" Ujar Hans.

"Jadi kalaulah harta tu sebenarnya ada. Aku tak boleh biarkan ianya jatuh ke tangan lanun macam kau, Hans. Filthy pirates like you is the main reason why there's war in this world!"

"Really? How about you? Useless thief that killed an innocent young boy? Wasn't that's the reason why they called you the beast?" Theo mengetap gigi sebelum kepala lelaki itu dipukul kuat menggunakan kepala pedang sehingga akhirnya Hans tidak sedarkan diri. Pedang dicampakkan ke atas lantai.

"Next time. Watch your mouth!" 

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now