part 89

2.1K 226 3
                                    

"Mana kita nak cari penculik tu?" Soal Aigle. 5 sahabat itu sedang berehat di sebuah kawasan yang dipenuhi batu karang, rumpai laut dan ikan-ikan kecil. Pearl kata, tempat ini paling selamat kalau nak berehat. Ianya dipanggil Coral Stay. Kat sini jarang penduduk Crystal Cove datang disebabkan kedudukannya jauh dari kawasan penempatan.

"Theo.. macammana kalau penculik tu betul-betul manusia?" Soal Xara pula. Theo yang sedang terbaring berbantalkan kedua-dua belah lengannya di atas tanah itu tersengih.

"Kalau manusia, kita belasah sajalah. Dan buktikan yang tak semua manusia macam tu." Ujar lelaki itu selamba.

"Tapi kan. Apa yang manusia dah buat pada diorang, sampai diorang tak suka kita?" Soal Ken yang sedang bersandar pada batu karang yang agak besar di situ.

"Pasti ada sesuatu yang berlaku." Sokong Xavier.

"Yang penting sekarang, kita kena tolong duyung-duyung yang hilang tu. Kalau tak, sampai bila-bila kita tak akan jumpa 6th pieces." Ujar Xara. Rakan-rakannya hanya mengangguk.

Tiba-tiba matanya menangkap satu susut tubuh berekor biru sedang berenang ke satu arah tidak jauh dari mereka. Sepertinya susut tubuh itu kepunyaan Puteri Pearl. Xara mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.

"Korang. Itukan Pearl?" Dia menunding jari ke arah Pearl yang sedang berenang tanpa menghiraukan mereka.

"Hei Pearl!!!" Panggil Theo sambil melambai-lambai tangannya. Aneh. Pearl langsung tidak berpaling. Sebaliknya gadis duyung itu hanya berenang meninggalkan mereka.

"Kenapa dengan dia?" Soal Aigle.

"Dia tak nampak kita kot." Balas Ken pula.

"Aku rasa tak sedap hati lah." Ujar Xavier pula. Theo pantas bangkit lalu berenang ke arah Pearl yang sudah jauh meninggalkan mereka. Ken, Xavier, Aigle dan Xara hanya menurut dari belakang. Kepantasan seekor duyung berenang tidak boleh diatasi oleh makhluk lain. Pearl sudah jauh meninggalkan mereka. Theo dan rakannya yang lain masih sedang berusaha untuk meningkatkan kelajuan mereka.

Mereka sudah jauh meninggalkan Crystal Cove. Dan jauh lagi ke dalam laut yang gelap. Lebih gelap. Tidak pasti kegelapan itu disebabkan oleh kepekatan malam ataupun disebabkan kedalaman dasar laut.

"Mana dia nak pergi ni?" Soal Xara. Setelah agak lama berenang, mereka akhirnya tiba di hadapan sebuah gua dalam air yang sangat besar. Gua batu itu sangat tinggi sehingga mereka sendiri tidak dapat melihat puncaknya. Mereka bersembunyi di sebalik batu-batuan di situ saat Pearl berenang masuk ke dalam gua tersebut. Di pintu gua kelihatan satu lembaga sedang menunggu. Wajah dan susut tubuhnya tidak dapat dilihat dengan jelas disebabkan oleh kegelapan tempat itu.

Kedatangan Pearl disambut dengan mesra. Si lembaga tersebut memaut lengan Pearl lalu melangkah masuk ke dalam gua.

"Apa dia buat kat sini?" Bisik Aigle.

"Siapa tadi tu?" Soal Xara pula.

...................................................................

Frohs berasa tidak sedap hati sejak kejadian tadi. Dia tidak pasti apa yang berlaku pada adiknya, tapi, ianya tetap menganggu fikirannya. Bagaimana mata adiknya tiba-tiba bertukar kuning. Dan Pearl seperti dirasuk. Dengan rasa yang tidak tenteram itu, Frohs berenang laju ke arah bilik adiknya. Pintu diketuk perlahan. Hanya dengan sekali ketuk, pintu terbuka.

Frohs berenang masuk ke dalam bilik tersebut. Matanya meliar ke segenap pelusuk bilik. Gerangan adiknya tidak kelihatan di dalam bilik. Dan pintu jendela terbuka luas. Frohs pantas mendekati jendela dengan cemas.

"Pearl!!"

..................................................................

"Aku nak masuk." Ujar Theo sebelum dihalang oleh tangan-tangan milik Xara dan Aigle.

"Kita tak tahu siapa kat dalam tu. Mana tahu kalau dia tu kawan Pearl. Takkan kita nak terjah masuk macam tu saja." Marah Xara.

"Tapi dah sejam kita tunggu kat sini. Pearl tak keluar pun." Ujar Ken yang setuju dengan kata-kata Theo.

"Aku rasa tak sedap hati." Ujar Theo. Air mukanya kelihatan serius.

"Aku dapat rasakannya, Atlas. Ada satu kuasa yang jahat kat dalam gua tu. Betul ke kau nak biarkan saja puteri duyung tu kat sana?" Canavar mula menghasut. Membuatkan rasa tak sedap hati Theo itu bertambah-tambah.

"Aku nak masuk!" Pantas Theo menolak tangan-tangan yang menghalangnya sebelum dia berenang laju ke arah gua batu yang besar tersebut. Ken dengan senang hatinya menurut di belakang lelaki itu manakala Xara, Xavier dan Aigle dengan terpaksa berenang mengekori mereka.

"Akhirnya.. tuan Puteri Pearl Alverta menjadi milik aku.." suara garau dengan loghat yang sedikit pelat kedengaran dari dalam gua.

"Lepaskan puteri Pearl!!" Jerit satu suara gadis pula membuatkan mereka tersentak. Kelima-lima sahabat itu bersembunyi di sebalik batu-batu di tepi pintu gua. Dengan berhati-hati mereka mengintai.

Terdapat beberapa ekor duyung di situ. Masing-masing kelihatan gembira. Dan seekor duyung lain pula sedang terkurung di dalam sangkar yang diperbuat daripada batu karang. Dan di tengah-tengah ruang yang dikelilingi duyung-duyung gembira itu terdapat seekor duyung berambut biru yang sangat mereka kenali. Dan di sisi duyung biru itu terdapat seekor makhluk yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Rupanya sungguh buruk. Lebih hodoh berbanding puak Dyr yang mereka tewaskan di Liberie.

"Eww.." Bisik Xara jijik.

"Hodohnya.." Bisik Ken pula.

"Makhluk apa tu?" Soal Aigle.

"Sotong?" Theo menggaru kepala yang tidak gatal manakala Xavier hanya memerhati tanpa suara. Walhal dalam kepalanya ligat berfikir makhluk apa yang sedang berada di hadapan mereka sekarang ini.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now