part 107

2.1K 214 18
                                    

"Ken!" Jerit Aigle sambil tangan kanannya cuba menghalang tendangan Ken dari mengenai dirinya menggunakan senapang miliknya. Ken masih cuba untuk menyepak Aigle yang sudah terduduk di atas tanah sambil mengensot cuba untuk melarikan diri. Ken tersengih. Seakan-akan seronok melihat gadis itu ketakutan.

"Ken! Ini aku lah! Kau ni kenapa?" Soal Aigle. Ken menghentikan sepakannya. Dia melutut ke tanah. Sengihannya menyeramkan. Tangannya menyentuh lembut wajah Aigle yang sudah comot dipenuhi tanah.

"Janganlah takut.. aku cuma nak kurangkan penderitaan kau tu je." Aigle menggigil ketakutan. Dengan pantas dia menghayunkan senapangnya ke arah Ken. Lelaki itu mengelak sebelum kakinya hinggap ke wajah milik Aigle. Aigle tercampak ke sisi. Darah membuak-buak keluar dari balutan pada lengan kirinya yang sudah terbuka jahitannya. Aigle sudah pucat lesi. Dia mengetap gigi menahan amarah.

Senapang yang sudah tercampak tidak jauh darinya itu cuba digapainya dalam kepayahan.

"Ken.. ken.. ken.." suaranya kedengaran tersekat-sekat memanggil rakan yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

"Sanggup kau buat aku macam ni ken.." sambil tangannya cuba mencapai senapang kesayangan.

"Matilah!" Jerit Ken sambil melompat ke arah Aigle. Aigle memejam matanya rapat. Menantikan nasib yang bakal menimpa dia. Mungkin, setakat ini sahaja perjalanan hidupnya. Dan ditamatkan oleh seorang yang bergelar sahabat sendiri.

"Ken..." Aigle menahan tangis. Tiba-tiba, satu tendangan mengenai Ken sebelum serangannya sempat mengenai Aigle. Ken tercampak ke arah sebatang pokok lalu darah tersembur keluar dari mulut. Dia bangkit perlahan. Aigle yang perasan akan hal itu pantas berpaling. Di hadapannya berdirinya seorang lelaki sedang memandang tajam ke arah Ken.

"Kau bangsat.. berani kau tiru muka aku lepastu belasah perempuan yang lagi lemah dari kau? Sial!" Aigle terkesima. Ken sedang berdiri di hadapannya. Dan Ken juga sedang terbaring di hadapan lelaki itu. Ken mendekati ken palsu lalu leher baju lelaki itu dicengkam kuat.

"Aku dah muak dengan peniru macam kau ni!" Satu tumbukan padu dihadiahkan ke wajah ken palsu membuatkan lelaki itu terus tidak sedarkan diri. Perlahan-lahan susut tubuhnya berubah menjadi makhluk berwarna putih. Makhluk itu dicampakkan ke tepi. Pantas ken meluru ke arah Aigle. Gadis itu dibantunya.

"Ken? Ken.. ini betul kau kan?" Soal Aigle. Ken tersengih.

"Ya, ni aku.. jangan risau.." pantas Aigle memeluk lelaki itu erat sebelum dia menangis teresak-esak. Ken ketawa perlahan sebelum kepala gadis itu diusap lembut.

...................................................................

"Keluarlah.. tak penat ke asyik menyorok je?" Soal Aigle. Muncung senapang dihalakan ke kiri dan kanan. Kakinya melangkah perlahan. Mencari-cari kelibat Xara yang sedang bersembunyi.

Xara mengintai dari sebalik pokok. Di hadapannya kini bukanlah seorang kawan yang dia kenali. Sebaliknya seorang asing yang tak pernah dia jumpa. Siapa? Siapa gadis ni? Macammana dia boleh mempunyai paras yang sama seperti Aigle?

"Xara! Itu pun kau!" Satu das tembakan dilepaskan ke arahnya. Dan menyebabkan serpihan pokok terbang ke udara. Xara berlari ke pokok lain dan bersembunyi di sebaliknya.

"Keluarlah.. macammana nak bincang kalau kau asyik menyorok saja?" Ujar gadis itu lagi. Xara menarik nafas panjang sebelum memunculkan diri di hadapan Aigle.

"Haa.. macam nilah." Ujar gadis itu lagi sambil tersengih. Muncung senapang masih dihalakan ke arah Xara. Xara menjeling gadis itu tajam.

"Siapa kau?" Soalnya.

"Hei.. takkan kau tak kenal aku? Ni akulah, Aigle.." ujar gadis itu. Xara memisahkan pedangnya dari sarung.

"Kau bukan Aigle.. siapa kau sebenarnya?" Soal Xara lagi. Aigle tersenyum. Tembakan dilepaskan lagi. Dan berjaya ditepis oleh bilah pedang milik Xara.

"Kau akan mati malam ni. Bersama-sama kawan-kawan kau yang lain." Ujar Aigle dengan suara yang agak dalam. Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah Xara. Semuanya berjaya ditepis. Xara menghilangkan diri. Kepantasannya langsung tidak boleh ditangkap oleh mata Aigle. Aigle memandang ke kiri dan kanan.

Xara muncul di hadapannya dengan bilah pedang melekat pada leher Aigle.

"Siapa kau?" Bisik Xara. Aigle mengetap gigi dan Xara merapatkan lagi bilahnya ke leher.

"Jawab soalan aku kalau kau tak nak mati." Akhirnya gadis itu menelan air liur saat darah mula menitis sedikit di lehernya yang terluka. Badannya mula berubah. Dari wajah Aigle ke satu wajah yang berwarna putih. Telinganya panjang. Dan dia tidak berbaju. Senapang Aigle juga hilang tanpa kesan.

"Xara!!" Panggil Ken yang sedang mengendong Aigle di belakang badannya. Tiba-tiba sahaja mereka memunculkan diri dari sebalik pokok-pokok hutan.

"Ken! Aigle!!" Ken dan Aigle merapati Xara yang sedang memegang kemas kedua-dua belah tangan makhluk putih itu.

"Eh, yang ni hidup lagi?" Soal ken.

"Aigle! Kau ok tak ni?" Soal Xara. Aigle tersenyum sebelum mengangguk.

"Aku ok, jangan risaukan aku."

"Makhluk ni.. serang aku dengan Aigle jugak. Tapi siapa dia ni?" Soal Ken. Xara memandang makhluk putih yang sedang melarikan pandangannya ke arah lain.

"Cakaplah! Siapa kau ni?" Soal Xara.

"Kenapa aku perlu bagitahu kau?!" Soal si makhluk putih itu.

"Eh dia ni. Sekali aku sepak, bisu seumur hidup baru kau tahu!" Marah Ken.

"Bagitahu kitorang. Kau tahu kau tak akan menang kan? Kawan-kawan kau semua dah kena belasah. Tak ada gunanya lagi kau nak berahsia dengan kitorang." Ujar Xara. Makhluk itu akhirnya mengeluh perlahan.

"Hurm.. Nama aku Polo.. Aku... dari tentera rahsia Ballad."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now