Mungkinkah Dia Si Pembeku Cinta itu membawa satu personaliti aneh di dalam dirinya sendiri?
Mungkinkah personaliti aneh itu juga telah membawa mantera dan jampi cinta yang menjadikan Ilya Nasuha bagaikan di awangan syurga?
Namun apa yang diketahuinya, lelaki yang mempunyai personaliti aneh, beku dan dingin itu telah mengubah hidupnya yang periang dipenuhi cahaya warna warni kini kian gelap dan jelas mendung hitamnya.
Demi menyelesaikan segala perumitan yang berjaya dicipta oleh lelaki itu, pelbagai cara dilakukan olehnya. Dirayu, dipujuk, dinasihat, dimarah, dibelai namun bolehkah lelaki itu menerima semuanya? Semua yang dilakukan bagi mengubah jalan cerita agar menjadi lebih baik?
Perumitan saban hari makin menambah isinya. Namun di dalam perumitan itu juga telah wujudnya suatu rasa yang digelar cinta. Cinta yang wujud di antara dua hati yang akan menjadi satu.
Mungkin dia pendingin, mungkin juga dia pembeku tapi mungkinkah dia menjadi pencinta yang setia?
Kisah cinta tidak akan wujud tanpa dia kerna Dia Si Pembeku Cinta.
YOU ARE READING
DIA SI PEMBEKU CINTA : C
RomanceTiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu . Susah untuk didekati dan sukar untuk difahami oleh sesiapa . Kenapa dia begitu dingin ? Kenapa dia...