DSPC : 7

41.2K 2K 28
                                    

SMK PUTERA MIRZAN SHAH

"Cikgu yakin kamu mesti boleh ikut semua mata pelajaran yang dah diajar sebelum ni. Kamu terlewat sikit je dari yang lain, tapi nanti kamu mesti boleh sama-sama belajar juga dengan mereka yang lain." Puan Emelda selaku guru kelas tersenyum ke arah pelajar itu. Dia lantas membuka pintu kelas 1-4 itu selepas habis bersuara.

Pelajar itu hanya mengangguk kepala, tanda dia mengerti akan kata-kata dari guru kelas itu. Bandana Headband yang diikat di dahinya itu diperketatkannya sekali lagi.

Pandangan setiap penghuni sekolah itu terhadap dirinya, tidak dia ambil pusing sama sekali. Tak pernah tengok orang pindah sekolah ke sebelum ini? Kenapa semuanya seakan jakun sahaja?

Kedengaran riuh-rendah suara setiap penghuni kelas 1-4 sedang berbual sesama sendiri. Keriuhan mereka umpama mereka sedang berjual makanan di pasar malam. Keadaan itu sudah tidak terkawal sahaja lagaknya kerana ketiadaan guru.

Setelah langkah Puan Emelda memasuki kelas tersebut, suara- suara pelajar yang menimbulkan kebisingan dan keriuhan sebentar tadi bagaikan lenyap ditelan bumi.

"Bukan main riuh lagi korang semua bila takde cikgu ye? Macam dekat pasar."

Kesemua pelajar di dalam kelas itu lantas diam menyepi tanda hormat pada guru kelas mereka yang berada di hadapan mereka tika ini. Anak mata mereka tertumpu penuh khusyuk pada guru kelas mereka yang telah berada di hadapan muka kelas. Setahu mereka, waktu ini bukan waktu mengajar Puan Emelda. Mengapa guru kelas mereka itu tiba-tiba sahaja masuk ke dalam kelas ini?

"Assalamualaikum cikgu."

Laungan dari ketua kelas itu terus sahaja disambut oleh seluruh pelajar yang berada di dalam kelas 1-4. Kelihatan guru kelas mereka, Puan Emelda mengangguk kepalanya sedikit tatkala salam diberikan padanya.

"Waalaikummussalam. Pelajar semua boleh duduk."

"Harini akan ada seorang pelajar baru yang akan masuk dalam kelas kita. Sila bagi kerjasama dengan dia."

"Faham semua?"

Setiap wajah pelajarnya di dalam kelas 1-4 itu diperhati oleh Puan Emelda satu per satu. Dia sungguh berharap sekali agar pelajar di dalam kelasnya ini dapat memberikan kerjasama dengan pelajar baharunya itu.

"Cikgu taknak dengar ada apa-apa masalah disiplin pun yang datang dari kelas ni. Cikgu nak kamu semua berkawan dengan dia, tolong dia sesuaikan diri dengan perubahan ni semua."

"Faham semua pelajar?"

"Faham cikgu."

Serentak pelajar di dalam kelas 1-4 bersuara saat gurunya bertanya akan perihal itu. Pasti guru kelas mereka ini telah lelah kerana kelas ini sangat popular dengan masalah disiplinnya. Dengan kehadiran pelajar baharu itu, diharapkan agar masalah disiplin di kelas ini semakin berkurang hendaknya.

"Mari masuk."

"Sila perkenalkan diri kamu pada rakan-rakan kamu semua."

Puan Emelda memandang ke luar pintu kelas tersebut yang masih belum dibuka.

Anak mata pelajarnya yang lain juga turut beralih pada tempat yang sama. Mereka semua masih setia menanti pelajar itu untuk menapak masuk ke dalam kelas 1-4 ini. Hati mereka sudah berdebar-debar menantikan siapa yang akan melangkah masuk ke dalam kelas ini.

Pintu yang sedang dikuak dari luar itu benar-benar mencemaskan tika ini. Kesemua anak mata pelajar di dalam kelas 1-4 itu tertacap pada seorang pelajar lelaki yang sedang melangkah masuk dengan bersahaja.

Sosok tubuh yang tinggi lampai itu membuatkan seisi kelas itu terkedu. Hampir kesemua pelajar perempuan di dalam kelas itu sudah terlopong akan kekacakkan pelajar lelaki tersebut.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now