DSPC : 8

39K 2K 18
                                    

Loceng waktu rehat berbunyi nyaring. Semua pelajar keluar daripada kelas mereka. Kelihatan ramai figura pelajar sekolah itu sudah berpusu-pusu ke kantin bagi mengisi perut yang sudah bernyanyi kelaparan.

Lagu rock kapak barangkali sedang berdendang di perut masing-masing kerana raut wajah mereka itu umpama singa kelaparan. Jika makanan yang terhidang nanti tidak sedap dan menepati citarasa mereka, memang makcik kantin itu akan dibaham oleh mereka.

Satu per satu anak tangga dituruni oleh Isyraf Nazran. Hatinya sedikit tercuit rasa hairan. Mengapa tiada seorang pun pelajar yang berada dekat dengannya atau cuba melintasi dirinya? Kesemua pelajar itu bahkan cuba menjauhkan diri darinya.

'Asal dengan budak sekolah sini?'

'Buat biasa sudah lah, obvious sangat kut korang semua sekarang ni.'

'Tak faham aku.'

Sedang dia bersama dengan tanda tanya, tiba-tiba tubuhnya itu dirempuh kasar oleh seseorang dari arah belakang. Dirinya terdorong beberapa tapak ke hadapan. Mujur sahaja dia tidak jatuh tersembam dek perlakuan orang itu ke atas dirinya.

Isyraf Nazran terkejut. Dia lantas sahaja berpaling tubuh bagi melihat gerangan yang telah melanggarnya. Kelibat seorang pelajar lelaki menjadi santapannya tika ini. Dia berhenti melangkah. Dia memandang pelajar lelaki itu tanpa berkerdip.

"Dah ah blah, semak je!"

Firas Ishak terus menolak kasar bahu pelajar lelaki itu supaya memberinya laluan. Jadi, ini rupanya pelajar lelaki yang dikecohkan oleh satu sekolah sebentar tadi? Tak adalah kacak mana. Dia 10 kali ganda kacak dari pelajar ini.

Terdorong pelajar lelaki itu beberapa anak tangga ke belakang akibat tolakannya. Lalu, pandangan di antara mereka dua bersatu.

"Kau tutup laluan aku, anjing."

"Jadi, tolong ketepi."

Telinga kiri pelajar lelaki itu lantas dibisiknya dengan sinis.  Entah mengapa, hatinya ini rasa terpanggil untuk menguji kesabaran pelajar lelaki itu.

Isyraf Nazran sudah hilang sabar. Penumbuk mula dikepalnya sehingga menimbulkan urat jantan di pergelangan tangan. Tubuh Firas Ishak pantas ditarik agar menghadap dirinya dengan lebih dekat. Kolar baju lelaki itu dicengkamnya kuat. Serta-merta tubuh kecil itu terangkat sedikit kerana cengkaman yang kuat ke atas dirinya.

"Kau bahasakan anak orang, anjing?"

Mata mereka berdua bertemu. Peraduan panahan anak mata lantas sahaja berlangsung buat sementara waktu.

Jujur, dia masih boleh bersabar jika pelajar lelaki ini tidak sengaja melanggar dirinya. Namun apabila digelarkan dengan perkataan anjing, siapa je yang mampu bersabar? Mahu atau tidak, dia harus memberi pengajaran pada lelaki ini. Biar lelaki ini lebih berwaspada dalam menutur kata selepas ini.

"Aku tanya kau, kau bahasakan anak orang, anjing?"

Firas Ishak kaku. Tubuhnya bagai sedang dirantai daripada berbuat apa-apa. Dia hanya mampu merenung gugup sepasang mata yang sedang meredup itu.

"Me.. me.. memang aku panggil kau anjing. Aa.. aa.. asal?"

Isyraf Nazran sudah tersenyum senget. Hatinya digeletek dengan rasa lucu tatkala mendengarkan pelajar lelaki itu yang tergagap-gagap membalas kata. Muka itu juga, lantas sahaja berubah menjadi pucat.

Malas mahu memanjangkan cerita, Isyraf Nazran pantas melepaskan pegangan kejapnya dari kolar baju sekolah itu. Dia terus berlalu pergi tanpa berpaling ke arah Firas Ishak lagi. Kantin sekolah itu seakan sedang memanggil-manggil dirinya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now