DSPC : 76

22.9K 1.3K 45
                                    

Segenap inci dalaman bangunan yang moden dan saling berkombinasi elit itu membuatkan mata bundar milik Ilya Nasuha tidak berdekip dari memerhati. Kecantikan bangunan itu sekaligus membuahkan dia rasa kagum dan terpukau dengan hasil seni bina pemilik syarikat ini. Dari tinggi bangunan itu sahaja, Ilya Nasuha dapat mengagak bahawa bangunan ini setinggi 20 tingkat. Dirinya digamit akan rasa takjub kerana anak melayu juga ada yang berjaya hingga sebegini rupa.

TTS Holding Bhd .

Nama syarikat itu tidak lekang dari meluncur laju di bibir mungilnya. Ilya Nasuha berasa sedikit gemuruh. Masakan tidak, dia sebenarnya di dalam perjalanan untuk menemu duga di syarikat ini pada hari ini. Namun, bagaimana lelaki itu sepertinya tahu yang dia ingin ke sini? Dia sendiri keliru kerana sewaktu di dalam perjalanannya untuk ke sini bersama lelaki itu, dia tidak memberitahu lelaki itu akan hala tujunya.

Lelaki yang berada bersebelahan dirinya itu sesekali dikerling. Kenapa semua kakitangan pekerja di sini menunduk saat bersemuka dengan lelaki ini? Apakah jawatan dia di syarikat besar ini sebenarnya? Takkan lelaki ini ayahnda atau samseng pula? Takkan juga lelaki semuda ini yang memegang jawatan tertinggi di syarikat ini?

"Encik, sekarang soal kereta saya. Kenapa encik bawa saya sampai ke sini pula?"

Ilya Nasuha menarik lengan baju lelaki itu lantas langkah kaki mereka berdua terhenti buat sementara waktu. Lelaki itu lantas berpaling memandang dirinya sekilas sebelum bibir itu menguntum senyum nan manis buatnya.

"Perlukan kerja kan?"

Ilya Nasuha terkedu. Bagaimana lelaki itu mengetahui yang dia perlukan kerja? Bayangkan, sudah hampir mencecah 3 tahun dirinya itu jobless setelah mendapat tittle sebagai seorang graduan. Lambat-lambat dia mengangguk mengiyakan kata-kata itu.

"Jadi aku nak bagi kau kerja lah ni."

Ilya Nasuha terus sahaja berkerut kening. Mengapa begitu mudah lelaki itu hendak mempelawanya bekerja? Mana mungkin dia diberikan peluang bekerja tanpa perlu ditemu duga? Adakah sebenarnya lelaki ini berasa bersalah akan kecuaian dirinya sebentar tadi?

"Encik tak kenal saya macam mana encik tahu saya perlukan kerja? Hah, entah-entah encik nak bagi saya jadi makcik cleaner tak?"

Isyraf Nazran lantas menunding jari ke arah tangan gadis itu. Ilya Nasuha turut memandang ke arah telunjuk tangan itu.

"Oh, resume."

Dia tersenyum sendiri akan kealpaan dirinya. Resume itu diangkat lalu digoyangkan tanda malu pada lelaki itu. Boleh pula dia tidak perasan yang sedari tadi tangannya itu erat menggenggam resume miliknya.

Daun pintu yang bertulis bilik mesyuarat itu terus dikuak oleh Isyraf Nazran dari luar. Bilik mesyuarat yang lenggang dan tidak dipenuhi oleh figura manusia yang membanjiri semakin memudahkan kerjanya untuk menemu duga gadis itu. Kerusi ditarik lantas Isyraf Nazran terus melabuhkan duduknya.

"Silakan duduk."

Ilya Nasuha mengangguk. Dia menarik kerusi lalu duduk dengan penuh sopan. Resume yang berada dipegangannya terus diserahkan kepada lelaki itu.

Isyraf Nazran meneliti satu per satu helaian resume itu. Selama bertahun hubungannya dengan gadis ini terputus, banyak sejarahnya telah dia lakarkan dengan sendiri. Tanpa dia sangka, gadis itu telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang perakaunan ke luar negara selama 3 tahun. Dia kagum.

"Jadi setiausaha aku."

Isyraf Nazran pantas mengambil keputusan seraya memberi keputusan muktamad pada gadis itu. Dia tidak mahu melepaskan peluangnya untuk meraih cinta gadis itu sekali lagi.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now