DSPC : 69

19.3K 1K 35
                                    

Figura manusia yang makin memenuhi kafeteria itu ditilik oleh Isyraf Nazran satu per satu. Mata hazelnya sesekali meliar bagi menangkap sosok tua yang familiar di ruang matanya, namun hampa. Mengapa sungguh lambat sekali papanya itu? Masakan tidak, hampir 30 minit juga dia menghabiskan masa dengan menunggu kehadiran lelaki tua itu namun bayangnya masih juga tiada. Makin lama, dia semakin merasa jemu.

"Mana orang tua ni?"

"Penat dah aku tunggu."

Air limau asam boi yang dipesannya sebentar tadi dikacau menggunakan straw dengan lagak frustasi. Berkocak air di dalam gelas kaca itu bagai dilanda ribut taufan. Dia sudah lelah untuk menunggu dengan lebih lama lagi. Baru sahaja dia hendak angkat punggung dan berlalu pergi, bayangan papanya itu mula memasuki ruang hadapan cafeteria.

'Sial, janji melayu!'

"Maaf."

Perkataan maaf lancar sahaja keluar dari mulut tua itu. Mungkin dia juga sedar akan kesalahan dirinya itu? Masakan tidak, lelaki tua itu sudah mengambil masa yang cukup lama sedangkan dia sendiri yang mengajak diri ini untuk berjumpa dengannya.

Isyraf Nazran hanya diam menyepi. Anak matanya ralit merenung wajah tua itu yang saling tidak tumpah dengan wajahnya sendiri. Dulu wajah ini yang dia benci, namun tanpa dia sangka, wajahnya itu memang copy ori wajah papanya. Semuanya persis papanya kecuali rambut papanya sahaja yang kelihatan sudah beruban sedikit.

Tan Sri Syamreez segera mengambil duduk di hadapan anaknya. Riel yang berada di sisinya masih setia menanti dengan berdiri. Lelaki itu kelihatan sedang berdiri bersebelahan papanya dan seperti tiada tanda untuk berlalu pergi. Memang betul-betul menurut kerja sebagai pekerja suruhan.

Isyraf Nazran memandang Riel kemudian pandangannya jatuh pula pada wajah tua itu. Tak reti nak blah ke mamat kurus kering seperti ikan bilis ini? Bukan apa, dia sungguh berasa tidak selesa apabila hal yang hendak dibicarakannya sebentar nanti didengari oleh lelaki itu. Bukankah lelaki itu orang luar di dalam hal ini?

"Boleh tak kau berambus?" Arahnya kasar.

"Aku nak cakap dengan dia."

Jari telunjuknya tepat menunding pada wajah tua itu. Jujur, siapa sahaja yang akan berasa selesa jika hal peribadinya diketahui oleh makhluk asing planet pluto itu? Cukup hanya dirinya dan papanya sahaja yang membincangkan hal ini.

Riel hanya mengangguk dan berlalu pergi. Anak matanya hanya merenung pemergian lelaki itu yang semakin jauh dari mereka berdua. Pandangan tajamnya segera berkalih lalu merenung sepasang anak mata milik papanya. Kini isyarat mata sedang berlaga bagi membuah kata.

Tan Sri Syamreez segera memanggil seorang pelayan lalu dia memesan minuman buat dirinya. Terasa kering pula tekaknya dan dia harus membasahkannya segera. Pelayan itu pantas berlalu pergi dengan pesanan yang disisip di antara jari jemari halusnya.

"Asal nak jumpa aku?"

Bahasanya itu memang sudah tidak mampu diubahnnya lagi. Dia tidak akan sesekali membahasakan dirinya sebagai abang, Isy atau apa sahaja dengan lelaki di hadapannya itu. Nilai hormat itu masih ada, kerana lelaki ini lebih tua darinya namun rasa mahu bercakap dengan baik tiada sedikit pun.

Kemanakah perginya adab seorang anak kepada bapa mereka? Adab itu masih ada di dalam dirinya, tetapi ikut cara layanan orang pada dirinya juga. Kalau orang campak najis masakan kau masih setia campak bunga?

Kenangan lalu yang dialaminya akibat lelaki tua itu masih terasa peritnya. Bayangkan, seorang anak kecil yang setia menunggu kepulangan ayahnya ke pangkuan keluarga semula, namun hampa. Papanya lebih memilih untuk pergi meninggalkan dirinya bersama mama. Namun, apa yang berlaku sekarang ini lebih perit dari sebelumnya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now