DSPC : 16

30.9K 1.5K 6
                                    

Pintu pagar rumah agam dua tingkat itu terbuka dengan sendiri. Kereta Saga FLX yang dipandu oleh Encik Imran laju sahaja masuk ke dalam perkarangan rumah. Lalu, kereta itu diparkirkannya di pouch.

Bonet kereta lantas dibuka. Enjin kereta dimatikannya pula. Encik Imran menghadap ke belakang, bagi melihat anaknya. Kelihatan Iman Naim, anak lelakinya itu sedang sibuk mengeluarkan barangan yang mereka berdua beli sebentar tadi. Boleh tahan banyak juga yang mereka dua shopping sebentar tadi.

Kesemua kelengkapan untuk memancing itu dikeluarkan oleh anaknya sebelum dibawa masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, mama!"

"Abang dah balik ni."

"Mama, ohh mama!!!" Pekik Iman Naim kuat semasa dia mula melangkah memasuki pintu rumah.

Joran yang berada di tangan kiri itu diangkatnya tinggi serupa orang sedang memenangi trofi. Dia sudah tersenyum ghairah kerana dapat membeli joran itu, hasil daripada titik peluhnya memujuk ayahnya.

"Ya, mama datang ni."

"Jangan terpekik terlolong macam tu Iman, satu taman boleh dengar suara kamu, tau."

Puan Amelia pantas berlari, setelah mendengar jeritan dari anaknya yang sedang berada di hadapan muka pintu. Dia sudah mencungap-cungap, cuba mengumpul nafas yang telah hilang dek kerana berlari sebentar tadi.

"Sorry buat mama semput." Kata Iman Naim. Sejurus itu, dia hanya menayang sengih pada mama yang masih lagi setia memerhati dirinya tanpa berkerdip. Terhambur tawanya melihat akan mama yang mula menarik muncung.

"Ada apa terpekik terlolong panggil mama macam nak pecah pintu ni hah?" Sindir Puan Amelia. 

Anaknya itu, masih tidak lekang dengan senyuman manis di bibirnya. Joran yang berada di tangannya digoyangkan di hadapan mama. Dia sungguh gembira hasil dia mengepau ayahnya itu telah berjaya membuahkan hasil.

"Ni."

"Iman nak tunjuk ni kat mama."

Iman Naim kembali bersemangat. Keningnya turut diangkatnya tinggi tanda dirinya ini sedang bangga kerana telah berjaya memperoleh joran tersebut. Joran yang selama ini diidamkannya, kini telah menjadi miliknya sendiri.

"So apa kaitan dengan mama?" Puan Amelia memandang dengan penuh tanda tanya.

"Lawa kan?"

Sengihan kini bertukar kepada senyuman. Joran itu diciumnya berkali-kali tanda suka yang teramat sangat. Bagai satu impian yang telah menjadi kenyataan buat dirinya. Akhirnya, dia dapat mengikuti ayahnya itu memancing selepas ini. Boleh lah dirinya ini bertukar-tukar hobi.

"Lawa lawa jugak, tapi duit tu jangan lupa ganti balik. 500 tau tak? Kita nak beli, dia pun sibuk nak beli. Macamlah reti mancing." Encik Imran mula menyampuk. Kepala anaknya itu terus disekehnya dengan penuh rasa geram. Dia tidak puas hati kerana dengan mudah sahaja anaknya itu mendapatkan duit daripadanya.

"Kamu beli apa ni bang sampai 500 ringgit? Kamu kalau tak guna pancing kamu tu, memang mama pergi jual kat kedai mancing tu balik."

Puan Amelia sudah menjegilkan mata mendengarkan jumlah yang banyak itu. Bagaimana suaminya ini bole mengikut sahaja kehendak anaknya itu? Berani mati betul suaminya itu melabur duit rm500 pada anak mereka yang jelas sekali tidak pernah punya pengalaman memancing.

"Yang abang ni pun satu. Melayan sangat kehendak si Iman ni kenapa? Apa abang ingat 500 ringgit tu 5 ringgit ke?" Puan Amelia mengecilkan matanya tanda geram. Inilah padahnya apabila memberi greenlight buat dua beranak itu untuk keluar bersama.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now