DSPC : 33

25.6K 1.4K 15
                                    

Suasana malam nan hening itu hanya ditemani dengan alunan bunyian si cengkerik. Awan hitam di dada langit pula semakin mula berarak menutupi cahaya sang bulan. Wajah Ilya Nasuha yang dilimpahi dengan cahaya bulan itu direnung oleh Isyraf Nazran lama. Pasti gadis itu letih seharian keluar bersamanya dan rakan-rakannya yang lain, andainya.

'Cantik.'

'Patutlah laki tadi nak try kau, kau cantik.'

Desis hatinya tatkala merenung sebujur wajah itu. Gadis itu yang makin lena beralaskan bahunya itu dibiarkan dengan lenanya yang masih bersisa. Dia turut menyandarkan kepalanya berlapik dengan kepala gadis itu. Anak matanya kembali terarah pada suasana malam yang terbentang luas dari cermin kereta itu.

Setelah tayar kereta BMX X6 itu berputar ligat membelah jalan raya, akhirnya kereta mewah itu berhenti seketika. Lampu isyarat merah itu dikerling oleh Isyraf Nazran dari dalam kereta. Pandangannya dilemparkan pula pada rakan-rakan yang lain.

Semua rakan-rakannya itu sudah mati syahid cuma dirinya sahaja yang masih setia menemani Abang Reykarl memandu. Pasti mereka juga turut sama kelelahan kerana terlalu seronok berlibur sedari petang hingga ke pagi buta begini. Tayar kereta mewah itu makin ligat berputar membelah jalan raya untuk menghantar pulang si adik satu per satu.

Akhirnya, kereta mewah itu pantas sahaja membelok memasuki taman perumahan yang serba elegan dan elit. Tidak selang beberapa minit kemudian, kereta yang dipacu oleh Abang Reykarl itu sudah selamat berhenti di bahu jalan.

"Ilya, bangun."

Isyraf Nazran pantas mengejutkan gadis itu dari lenanya. Dia tidak mahu abang Reykarl terpaksa menunggu mereka lama kerana rakan-rakannya yang lain juga perlu dihantarkan ke rumah masing-masing.

Saat dirinya dikejutkan oleh Isyraf Nazran, dia mula terpisat-pisat bangun dari lenanya yang panjang. Sepasang anak mata bundar itu digagahkan jua untuk dibuka sambil dirinya menggeliat bagi menghilangkan kantuknya yang masih bersisa. Sedap sungguh dirinya ini lena beralaskan bahu pujaan hatinya itu. Masakan tidak, biceps Isy boleh tahan besar nok!

"Kita kat mana?"

Sepasang anak mata bundar itu kelihatan sedikit sepet dan seperti ingin dikatupnya kembali tatkala dirinya bertanyakan perihal itu. Isyraf Nazran segera menahannya, tidak mahu gadis itu kembali terlena.

"Wakie Ilya, kita dah sampai."

Sekali lagi gadis itu dikejutkan oleh Isyraf Nazran dengan lembut. Kali ini telinga gadis itu tepat menjadi sasarannya untuk berbisik bagi mengejutkannya. Dia tidak mahu suaranya nanti akan mengejutkan rakan-rakannya yang lain yang masih di dalam lena mereka.

"Hm, okay."

"Saya nak bangun lah ni.."

Ilya Nasuha pantas sahaja mengangguk kepala tanda dia akan segera bangun dari tidurnya itu. Mulutnya yang sudah menguap itu pantas dikatupnya. Tubir matanya yang sudah berair itu dikesatnya juga. Dia pantas bangun dari duduknya lalu berlalu turun setelah pintu kereta BMX X6 itu terbuka.

Rakan-rakan lain yang ada di dalam perut kereta itu ada yang sedang lena dan ada juga yang sudah terjaga. Dipamit dua sejoli itu dari dalam kereta sambil senyuman terbentang indah di bibir mereka.

"Thanks korang berdua untuk harini."

"Hah kau keping jangan lupa kitaorang. Dah pindah jauh-jauh ni, jangan nak sombong dengan kitaorang pulak!"

"Bawak-bawak lah reply wasap tu sekali, jangan nak seen je. Jangan nak dry texter sangat. Ingat tu."

Kata Sufia Ika separuh memberi amaran pada lelaki itu. Memang minta kena siku lah kalau rakannya itu tiba-tiba sahaja hendak menyombong diri dengan mereka. Sempat lagi dirinya ini menyindir akan sikap rakannya itu yang hanya lebih selesa menjadi CCTV di dalam group Whatsapp mereka semua.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα