DSPC : 43

22.8K 1.1K 17
                                    

Kelopak mata tua milik Tan Sri Syamreez sesekali berkedip merenung sekeliling hotel mewah itu. Mana tidak mewah jika tempat yang dia kunjungi itu adalah Mandarin Oriental. Masuk pintu utama sahaja sudah disambut kedatangannya bagai dirinya itu adalah orang ternama. Tapi boleh dikirakan dia sebagai orang ternama juga lah jika ada syarikat sendiri bukan? Namanya ini juga sudah bergelar dengan Tan Sri. Oleh itu, dia layak mendapatkan layanan seperti ini.

Tan Sri Syamreez kagum sebentar dengan keindahan hotel ternama itu. Jam tangan yang berada di pergelangan kanan ditiliknya pula. Sudah 30 minit masa berlalu. Dan maknanya sudah 30 minit juga dia tercongok bagai orang bodoh hanya untuk menunggu seseorang di ruangan makan hotel itu.

"Riel, mana budaknya?"

Tanya Tan Sri Syamreez dengan muka yang sudah berubah bengis. Dirinya ini kurang gemar dengan manusia yang seakan melengahkan waktunya. Namun akibat dirinya ini sudah berjanji, terpaksalah jua dirinya setia menanti.

Tidakkah orang yang dinantikannya itu tahu bahwa dirinya ini merupakan orang yang terlalu sibuk? Jika hendak dibandingkan sibuknya ini dengan seorang menteri, dia lebih berganda-ganda sibuk berbanding menteri itu. Sibuk menguruskan syarikat, harta dan isteri-isterinya.

Riel pantas menunduk tanda hormat pada tuannya itu sebelum dia bersuara. Maklumlah, hidupnya ini hanya makan gaji dengan si tua itu. Jadi, dia seharusnya membodek dan menjaga tertibnya untuk memperoleh gaji yang berlipat kali ganda.

"Dalam perjalanan tuan. Katanya hampir sampai."

Kepalanya dianggukkan sedikit selepas mendengarkan jawapan itu. Hati tuanya pula sedikit terubat kerana dia tidak suka menunggu dan ditunggu. Sebaik sahaja hampir sampai, jika sejam lagi memang dia tidak segan lagi silu untuk mengangkat punggungnya dan berlalu pergi dari sini.

Telefon bimbit yang setia berdering sedari tadi lantas sahaja dicapainya. Panggilan isteri tercinta yang berada di ruangan pemanggil segera disambut oleh Tan Sri Syamreez dengan senyuman semanis gula. Kan indah jika panggilan Allah itu juga kau sambut dengan begitu pantas seperti ini. Ini tidak, kadang kau lebih rela meninggalkannya kerana kau terleka akan dunia.

"Hello darling." Sapanya manja pada isterinya itu.

"Hello honeyy. I miss you.." Nada suara sang isteri itu begitu girang dan berbaur manja yang teramat. Dan entah mengapa, bila dia bersama dengan isterinya ini, dia tidak pernah merasakan bahawa dia sudah tua. Hatinya bagai muda remaja sahaja.

Tan Sri Syamreez sudah tayang senyum miang. Kini, wanita ini adalah wanita yang ketiga selepas isteri keduanya tidak dapat melahirkan anak. Wanita pelacur yang diambilnya lalu menjadikan sebagai wanita simpanan dan akhirnya kini sudah bertukar status menjadi seorang isteri yang sah buat dirinya. Isteri ini lah isteri yang paling muda dan bergetah sekali. Dengan jarak umur mereka yang berpuluh tahun beza namun apa yang hendak dihiraukan jika duit bertuhankan segalanya.

"Bila nak balik? I miss your body."

Tawa halus di hujung talian membuatkan Tan Sri Syamreez sudah tidak senang duduk. Mahu sahaja dia terbang bagi menerkam isteri ketiganya itu tika ini. Mengapa isterinya itu bijak sungguh bermain dengan nafsunya?

"I busy lah sayang. Nak jumpa seseorang." Balasnya lembut. Dia cuba meredakan hatinya dan hati isterinya itu. Dia harus kembali mengingatkan rancangannya yang harus dia lunaskan dengan segera

Aleinna sudah tarik muncung panjang tatkala mendengarkan kata-kata suaminya itu. Bantal peluk yang berada di pelukannya itu terus sahaja dicampakkan ke bawah katil. Lagaknya seperti sedang frustasi tahap langit ketujuh sekarang ini.

"Siapa?!" Jerkahnya kuat. Siapa pula yang lelaki tua itu hendak berjumpa? Tidak cukupkah aku untuk memuaskan nafsunya semata-mata? Apa dia perlu berjumpa dengan orang lain selain aku?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now