DSPC : 18

27.7K 1.4K 7
                                    

Retina mata bundar milik Ilya Nasuha asyik sungguh meninjau akan keadaan rumah agam dua tingkat itu. Sesekali matanya melilau memerhati keadaan rumah yang sunyi sepi itu. Kalau ada teropong, pasti senang sikit kerja meninjaunya ini. Mana tahu dengan teropong itu, dia boleh terus menembus masuk ke dalam rumah jirannya itu.

Jika mengikutkan kepada kereta dan motorsikal RXZ yang elok terpakir di perkarangan rumah itu, jirannya ini pasti sudah pulang dari hospital. Tapi benarkah jirannya itu pulang dari hospital, seperti yang dimaksudkan oleh Aina Manirah itu? Adakah berita dari kawannya itu benar-benar sahih dan boleh dipercayai?

"Siap lah Irah kalau Irah tipu."

"Memang kepala Irah tu Suha pusing 90 darjah menghadap timur ke barat ke selatan utara, tak juga aku berjumpa..."

"Dari musim durian hingga musim rambutan, tak kunjung aku dapatkan... Tak juga aku temukan..."

"Oh Tuhan, inikah cobaan."

Ilya Nasuha tertawa dengan dirinya ini. Betul lah pepatah orang selalu berkata, yang single mesti kelakar. Dan dia tidak menafikan kata-kata itu.

Anak matanya merenung rumah jirannya itu. Dulu, rumah itu kelihatan sungguh sepi sekali. Akan tetapi, apabila datangnya keluarga kecil ini lalu menginap terus di rumah itu, rumah itu kembali berseri semula.

Namun, hari ini rumah itu kembali sepi lagi. Mengapa? Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Adakah jirannya itu baik-baik sahaja? Masakan tidak, aura sepi itu dapat dirasakan oleh Ilya Nasuha sekarang ini.

Papan pemisah di antara rumahnya dan rumah jirannya itu segera dihampirinya. Hatinya terus dicuit rasa lucu tatkala teringat akan peristiwa tempoh hari. Peristiwa dimana dirinya ini mengusik lelaki itu menggunakan papan pemisah ini. Wajah remaja lelaki itu yang takut dengan usikannya itu, masih segar di ingatan Ilya Nasuha.

"Comel je Isy malam tu."

Ilya Nasuha berdiri di hadapan papan pemisah itu lantas dirinya meninjau-ninjau di balik papan pemisah. Jujur, dia masih belum berani untuk pergi ke rumah jirannya itu. Cuba anda bayangkan seketika. Jika dirinya ini pergi ke rumah jirannya itu dan mendapati bahwa remaja lelaki itu elok sahaja, tidak seperti yang diberitahu oleh rakannya, tidakkah dia hanya menempah malu sahaja?

Oleh itu, ini merupakan langkah yang paling terbaik yang dapat difikirkannya sekarang ini. Sedang dirinya leka meninjau perkarangan rumah jirannya itu, cuping telinganya jelas menangkap derapan tapak kaki seseorang. Derapan tapak kaki itu sepertinya sedang menapak ke arah kolam renang seluas gelanggang bola keranjang.

Belum sempat Ilya Nasuha hendak melarikan pandangan, anak matanya terus sahaja bertembung dengan sepasang anak mata hazel milik Isyraf Nazran. Dia lantas mengukir senyum pada lelaki itu bagi menutup rasa kekok. Adakah lelaki itu perasan bahwa dirinya ini sedari tadi meninjau-ninjau perkarangan rumahnya?

"Kuss semangat."

"Sebaik Isy tak perasan aku kat sini."

Namun, remaja lelaki itu tidak menyedari akan kehadiran dirinya. Remaja lelaki itu sedikitpun tidak mengendahkan Ilya Nasuha sebaliknya dia terus berjalan ke mendekati kolam renang. Tidak selang beberapa minit, dia melabuhkan duduk di sisi kolam renang itu.

Kaki jinjangnya itu terus sahaja dicelupkan ke dalam air kolam renang. Waktu petang begini, air kolam itu mula berasa sedikit dingin membasahi diri. Sebelah tangannya yang tidak berbalut itu lantas sahaja dilunjurkan ke belakang bagi menampung badannya.

Sepasang anak mata hazelnya itu lantas dipejam erat. Kedamaian sentuhan air pada kakinya yang dingin itu cuba diamatinya. Namun begitu, perasaannya sekarang ini seakan sedikit terganggu. Mengapa dia merasakan seperti ada seseorang sedang memerhatikan dirinya?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now