DSPC : 34

26.2K 1.2K 12
                                    

Air bandung 3 layer yang dipesan oleh Risya Rinna sebentar tadi dikacaunya menggunakan straw sehingga menjadi pusaran tiupan angin beliung. Elok tiupan angin beliung, buatnya tiupan sangkakala mahu lari bertempiaran semua orang yang berada di cafe itu. Wajah putih mulusnya itu sudah merah kemerahan tatkala disimbahi panas sang mentari.

'Lambat lagi ke?!'

'Panas gila kat sini.'

Tangannya sudah dikipas-kipas tanda dirinya sedang berpeluh saat ini. Mulutnya sudah berdecit kemarahan. Mengapa cafe mewah sebegini terlalu panas di dalamnya? Baik jangan dipanggil cafe, dipanggil kedai mamak sahaja.

Jam di pergelangan tangannya dikerling sekali lagi. Sudah angka 12 tengah hari, namun tuan empunya badan masih tidak memunculkan diri sedari tadi. Bukankah orang itu berjanji untuk berada di sini pada jam 11.30 pagi? Dasar janji melayu. Cuba janji Jepun, pasti akan datang 2 jam awal dari waktu yang dijanjikan.

Sedang Risya Rinna berkira-kira mahu pulang, kelihatan figura seorang lelaki sedang berlari-lari anak ke arahnya. Lelaki itu kelihatan sedikit tercungap-cungap bagi mengumpulkan oksigen untuk paru-parunya. Rintik peluh pula sudah merecik di dahi dan membasahi seluruh bajunya. Lagaknya seperti baru sahaja habis larian marathon 1000 kali pusingan.

"Maaf, lambat." Riel hanya menayang sengih bagi menutup salah akibat kelewatannya.

"Tau tak I dah tunggu lama?!"Jerkah Risya Rinna kuat.

Bibirnya serta-merta dijuihkan tanda bengang akan lelaki itu. Sudahlah lewat, tidak memberitahu dirinya pula. Mengapa lelaki ini suka benar membiarkan dirinya tercongok seperti orang bodoh di cafe ini bagi menunggunya?

"Dah lah janji nak jumpa kat cafe tengah panas macam ni, kalau muka I burn, mati you!" Amarah Risya Rinnas semakin meluap naik.

Segala yang terbuku di hatinya sekian lama terlepas jua akhirnya. Bagaimana kalau wajahnya ini panas terbakar dek kerana terlalu lama berjemur di cafe ini? Tidak tahukah lelaki itu treatment wajahnya sahaja memakan duit beribu. Siapa yang mahu dipertanggungjawabkan? Mestilah lelaki ini.

"Maaf, tak sengaja." Ujar Riel bagi menutup rasa bersalahnya.

Bukan dia sengaja membiarkan gadis ini menunggu dirinya dengan begitu lama sekali. Siapa sangka, sewaktu perjalanannya ke sini, musibah datang menimpa dirinya. Akhirnya, dia memilih untuk berterus terang dengan apa yang berlaku pada dirinya itu.

"Kereta I buat hal tengah jalan so I terpaksa lari nak sampai ke sini. Dekat 30 minit dari situ nak ke sini."

Tengkuknya digarukan perlahan bagi membuang rasa tidak keruan di dalam dirinya tika ini. Riak resah jelas sekali tertayang pada wajahnya saat ini. Bukan dia sengaja, keretanya yang meragam di tengah jalan.

"This time, I maafkan you."

Kerusi yang berada di hadapan gadis itu segera ditarik lalu didudukinya. Segera sampul coklat bersaiz sederhana besar diserahkan pada gadis itu. Sebelum sampul itu diserahkan, anak mata itu pantas meliar memerhati keadaan sekeliling kawasan cafe tersebut.

Selamat atau tidak? Ada atau tidak figura manusia yang mengintai atau memerhatikan mereka berdua? Ada atau tidak figura manusia yang merakam atau menangkap gambar mereka berdua?

Yakin tiada apa-apa.

"Utusan dari ayah Isy."

Bibir mungil gadis itu kelihatan sudah ternganga sedikit. Mungkin berasa hairan mengapa unclenya itu tiba-tiba sahaja mencari dirinya? Sepasang anak matanya tidak berkedip merenung wajah lelaki di hadapannya itu. Namun, sampul itu tetap dicapai lalu dilihat isinya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now