DSPC : 10

40.4K 1.7K 31
                                    

Pintu pagar rumah agam dua tingkat itu dibuka oleh Isyraf Nazran daripada luar. Dengan langkah separa longlai, dia mula menapak masuk ke dalam perkarangan rumah itu dengan motorsikal RXZ yang dipimpinnya. Lantas motorsikal yang telah dimatikan enjinnya itu ditongkatkan. Tali helmet jenama Arai itu disangkutkan pada lengannya lantas dia berlalu untuk masuk ke dalam rumah.

Pintu rumah itu lantas dibuka oleh mamanya, Aunty Sherlina dari dalam. Terjegul wajah si ibu itu yang disimbahi dengan senyuman mesra bagi menyambut kepulangan anaknya.

"Welcome home sayang."

"How's your first day sekolah baru? Seronok tak environment dia?"

"Ada ramai kawan tak? Cikgu-cikgu semua macam mana? Sporting tak? Ke garang?"

"Cerita lah dengan mama sayang. I'm so excited to hear it."

Namun pertanyaan dan senyum mesra si ibu hanya disambut dengan jelingan oleh anaknya. Mengapa sepertinya anak itu tiada semangat untuk beramah mesra dengannya buat masa ini? Adakah dia terlalu berlebihan tatkala bertanya perihal itu pada anaknya?

"Kenapa anak mama balik dengan fashion baru? Mana pergi baju sekolah kamu tu Isy?"

Kemana perginya baju kemeja putih anaknya itu? Bukankah anaknya ini sepatutnya mengenakan pakaian seragam sekolah? Ini tidak, bagaimana baju t-shirt hitam boleh dipadankan mula dengan seluar sekolah bewarna hijau tua itu?

Aunty Sherlina hanya menatap anaknya itu tanpa berkerdip. Melihatkan perlakuan anaknya yang sebegitu, pasti ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi di hari pertama persekolahannya. Dia lantas menutup pintu rumah itu kembali dan hanya membiarkan Isyraf Nazran berlalu pergi tanpa sebarang teguran lagi.

Beg sekolah dilemparkan dengan laju ke tepi dinding setelah helmet diletakkannya di atas meja. Tubuh itu terus sahaja direbahkan kasar ke atas sofa empuk yang berada di ruang tamu.

Tangannya terus disilangkan ke atas muka dan kedua matanya ditutup rapat, cuba untuk tidur. Dia mahu menenangkan hati dan perasaannya yang berserabut tika ini. Mama yang berada di sisi dibiarkan tergantung sepi tanpa sebarang bicara.

Aunty Sherlina lantas memegang bahu anaknya dan diusap bahu itu dengan lembut. Dia sudah masak sungguh dengan perangai anaknya itu. Jika ada sesuatu yang tidak kena, pasti sifat barannya akan menjelma.

"Isy, dah kenapa pula ni?"

"Tu, habis luka satu muka kamu tu. Kamu bergaduh dengan siapa pulak kali ni?"

Ibu tua itu lantas sahaja gelisah. Dengan sikap anaknya yang enggan bercakap itu membuatkan dia semakin resah. Dipegang wajah anaknya itu dan dibelek-belek menggunakan jemarinya.

"Takkan first day sekolah, kamu dah bergaduh bertumbuk dengan students sana? Kamu biar betul ni, nak?"

"Sini pandang mama. Cerita dengan mama apa yang jadi sebenarnya. Mama tahu anak mama tak okay sekarang ni."

"Ma, Isy okay."

Kepalanya yang elok bersandar di atas sofa lantas diangkat dan dia terus duduk bersila. Lalu, kepalanya itu terus sahaja dilentokkan ke bahu mama yang berada bersebelahan dirinya. Tangan kiri ibu tua itu dia ambil lalu dia usap dengan lembut.

Kan seronok jika sekolah baharunya itu tenang setenang dirinya ini saat bersama dengan mama. Mengapa pelajar-pelajar di sekolah baharunya itu sengaja ingin mencari masalah dengannya? Tidak bolehkah membiarkan dia hidup bersahaja dan besederhana tanpa perlu diganggu oleh sesiapa?

"Isy, mama tahu kamu sekarang ni ada masalah. Kalau ada, cuba Isy bagitahu mama. Masalah Isy tu, masalah mama juga." Aunty Sherlina masih mencuba untuk meraih cerita daripada anaknya. Dia cuba memancing supaya anaknya itu membuka bicara.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now