DSPC : 55

21.6K 1.1K 41
                                    

Kesemua peserta kem itu mula mencari tempat untuk mereka beristirehat. Bagi kumpulan yang bertuah, mereka dapat berteduh di bawah pohon manakala yang lain hanya duduk berhampiran gigi air sungai. Air sungai yang setia mengalir tidak begitu deras dan amat jernih hingga menampakkan anak-anak ikan yang seronok berenang sesama sendiri. Keindahan hutan yang ditemani pula dengan bunyi burung berkicau sungguh tenang sekali.

Messtin dikeluarkan dari dalam beg. Kesemuanya ada dua sahaja. Satu bekas digunakan bagi memasak nasi manakala satu lagi bekas digunakan bagi memasak sardin. Dua biji telur juga diberikan buat kesemua ahli. Memang sejak azali lagi, jika aktiviti begini dijalankan cara untuk memasaknya pula akan menggunakan alam semula jadi. Peralatan yang diberikan cuma yang asas sahaja yang selebihnya pandai-pandai engkau cari untuk engkau hidup.

Isyraf Nazran selaku ketua bagi kumpulan itu pantas mengarahkan tugas buat anak buahnya. Biar pantas bergerak agar perut yang sedari tadi berdendang lapar segera diisi.

"Kau basuh beras kat sungai sana. Basuh bersih-bersih, orang nak makan ni."

Risya Rinna disuruhnya supaya membasuh beras menggunakan air sungai yang mengalir. Gadis itu sudah mendengus kuat tatkala dirinya disuruh membasuh beras.

"Korang berdua tolong kupas bawang ni. Ada bawang merah dengan bawang putih sekali ni. Bahagi lah ye."

Ilya Nasuha dan Aina Manirah pula disuruhnya untuk mengupas dan menumbuk bawang menggunakan batu-batuan yang ada. Jangan korang berdua yang membawang sudah lah.

"Korang dua cari tapak."

Dua pelajar sekolah lain pula disuruhnya untuk mencari tapak yang sesuai untuk mereka memasak sekaligus makan. Dua pelajar itu kelihatan sudah mengangguk kepala tanda faham dan segera berlalu pergi bagi mencari tapak yang dimaksudkan oleh ketua mereka.

"Aku dengan Isaac masak."

Zariff Isaac hanya mampu menayang sengih tatkala dirinya ditugaskan untuk memasak. Setakat masak tin sardine di dalam tin cup itu, semudah ABCDEF bagi dirinya. Jika masakan yang renyah dan memerlukan pelbagai bahan, awal-awal lagi dirinya ini akan cabut lari.

Selesai sahaja Isyraf Nazran mengagihkan tugas, kesemua anak buah di dalam kumpulannya itu mula bergerak bagi menyelesaikan tugas masing-masing. Mereka perlu segera melakukan tugas-tugas itu kerana perut masing-masing sedang hebat bergendang kelaparan.

Risya Rinna mengambil beras itu dengan bibir yang dijuihkan. Dengan hati yang separuh rela, digagahi jua dirinya menuju ke tebing sungai yang sedikit cetek. Batuan yang berada di tepi tebing sungai itu dipijaknya lalu dia duduk mencangkung. Air sungai yang mengalir itu direnungnya. Mahunya dalam, jatuh terbungkang mati lemas pula dirinya itu.

"Dah cukup bersih ke belum ni?"

"Macam mana nak basuh beras ni?"

"Gosok je lah kan?"

Sedang dia asyik membasuh beras, pandangannya bersatu dengan Cikgu Airil yang berada tidak berapa jauh darinya. Terus senyuman miang terhias di bibirnya yang mengenakan lipstik pink muda. Waktu di hutan seperti ini pun engkau wajib bermakeup ke Risya? Siapa mahu melihat engkau, hah? Beruk? Monyet? Babi hutan?

Risya Rinna segera menghampiri guru lelaki itu. Tanpa segan lagi silu, dia terus duduk mencangkung bersebelahan Cikgu Airil dengan penuh senyuman di bibirnya. Sedikit air diambil lantas dipercikkan ke muka guru lelaki itu tanda mengusik.

"Risya sekarang aktiviti kem okay?" Tegur Cikgu Airil lembut. Senyuman itu tetap tidak lekang di bibirnya. Dia tidak mahu gadis itu mengambil kesempatan di dalam kesempitan seperti ini.

Risya Rinna hanya tersengih.

"Cikgu dah khawin?"

Soalan itu laju sahaja terpacul keluar dari mulutnya. Entah mengapa, mulutnya terasa gatal untuk bertanyakan perihal itu kepada guru muda ini.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now