DSPC : 58

20.6K 1K 14
                                    

Kawasan yang dibanjiri dengan dedaun kering dan ranting pokok yang rapuh itu direntasi oleh semua peserta kem itu. Bunyi hutan dengan kicauan sang burung menghangatkan lagi suasana tika ini. Kalau bunyi abang rimau, memang seeloknya mereka semua ini bawa mengucap berjemaah.

Tapak kaki mereka masih setia melangkah walaupun hari mula memancarkan sinar teriknya. Peluh yang merecik di dahi dikesatnya perlahan. Angin sepoi-sepoi bahasa sesekali menampar manja tubuh yang dibaluti baju sukan sekolah.

2:45 petang.

Kesemua para peserta kem itu telah selamat tiba di kawasan tapak perkhemahan semula. Alhamdulillah, solat zohor sudah selamat ditunaikan oleh mereka ketika di dalam perjalanan untuk pulang sebentar tadi. Pada pukul 3:30 petang nanti, kesemua mereka diarahkan supaya berkumpul semula bagi memulakan aktiviti petang.

Kelihatan semua para peserta kem itu telah balik ke khemah masing-masing bagi membersihkan diri dan melepaskan lelah buat seketika. Ilya Nasuha segera membuka zip khemah lalu kembali ditutupinya dari dalam. Dia terus berbaring bagi melepaskan rasa lelah. Tudung bawal yang tersarung di kepalanya dibuka lalu dicampaknya ke tepi beg. Sedang dia bahagia berbaring dengan gaya dugong terdampar di persisir pantai, tiba-tiba khemahnya mengalami gegaran gempa bumi yang maha dahsyat.

"Wehh Suha, Isy panggil."

Kendengaran suara Aina Manirah di balik khemah. Gadis itu juga sudah menepuk-nepuk permukaan khemah mereka dari luar. Naik bergegar khemah itu ditepuknya dengan begitu kuat.

"Jap Irah, Suha tak pakai tudung ni."

"Bagi Suha lima minit."

"Suha nak pakai tudung jap."

Jeritnya dari dalam khemah. Tudung bawal itu segera disarungnya kembali. Ditiupnya awning tudung itu berkali-kali agar kembali terletak elok di atas kepalanya sebelum dia melangkah keluar. Pandangannya terus sahaja bersatu dengan Isyraf Nazran yang sedang berdiri di hadapan zip pintu khemahnya.

"Kenapa awak panggil saya Isy?"

"Ada apa ya?"

Isyraf Nazran diam. Pertanyaan gadis itu pada dirinya dibiarkan sepi tanpa jawapan. Ditenung sepasang anak mata bundar milik gadis itu lama. Lebih 10 minit dia berkeadaan begitu dan akhirnya dia melangkah pergi tanpa sebarang kata.

"Aik, dah kenapa dengan Isy ni?"

"Tadi bukan main ribut si Irah tepuk khemah ni kononnya Isy nak jumpa, tapi kena Isy langsung tak cakap apa-apa?"

Mukanya serta-merta berkerut memikirkan telatah Isyraf Nazran. Apa yang remaja lelaki itu mahukan dari dirinya sebenarnya? Pandangannya di toleh ke kiri dan ke kanan pula bagi mencari kelibat Aina Manirah, namun hampa. Entah kemana perginya rakannya itu tika ini. Belum sempat kakinya hendak melangkah masuk kembali ke dalam khemahnya semula, dia telah ditegur oleh seseorang.

"Hai awak?"

Ilya Nasuha pantas sahaja memalingkan wajahnya bagi melihat si empunya suara yang rajin benar hendak menegur dirinya. Anak matanya terus sahaja bertembung dengan sebujur wajah itu.

Kelihatan Ikram, pelajar lelaki yang dijumpainya di gigi air sebentar tadi sudah berada di sisi khemahnya. Pelajar lelaki itu kelihatan sedang berdiri sambil bibirnya menayang senyum yang cukup manis buat dirinya.

"Hai." Tuturnya perlahan.

Apa yang pelajar lelaki itu hendak borak dengannya lagi? Dia rasa dia sudah tidak punya apa-apa lagi untuk memanjangkan perbualan mereka. Bukankah mereka sudah selesai di gigi air itu? Perlukah pelajar lelaki itu menegur dirinya lagi?

"Boleh saya tanya sesuatu?"

Pertanyaan dari Ikram makin menggasak mindanya. Apa yang pelajar lelaki itu hendak bertanya pada dirinya sebenarnya? Malas hendak berfikir panjang, pertanyaan lelaki itu hanya diiyakan olehnya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now