DSPC : 91

28.9K 1.3K 34
                                    

Kondisi tubuh tua yang makin dimamah unzur itu semakin hari semakin beransur pulih. Degupan jantung juga yang sebelum ini tidak lancar mula kembali tenang. Wayar lut sinar yang banyak berselirat pada tubuh si ayah semakin lama semakin berkurang. Kini, hanya tinggal Iv drip sahaja sebagai peneman sisinya. Alhamdulillah, Allah itu maha mendengar rintihan hambaNya yang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

"Cepat sembuh papa."

"Jangan sakit lama-lama."

Retina hazelnya itu asyik merenung si ayah yang sedang terbaring di atas katil pesakit dari luar cermin lut sinar itu. Walaupun dia leka merenung si ayah, fikirannya itu telah menerobos jauh hingga ke London choco roll choco roll berkrim.

Dapatkah si ayah kembali sihat seperti sediakala? Adakah dia akan merestui perkhawinan aku dan Ilya yang makin mendekat ini? Dapatkah dia melihat aku, anaknya ini berjabat tangan dengan tok kadi? Memikul satu tanggungjawab yang besar dalam menjaga seorang isteri? Dapatkah dia kembali semula ke sini bagi menjalinkan hubungan sebagai sebuah keluarga walaupun tiada pertalian lagi?

Fikirannya tepu. Medula oblongata juga sudah tidak mampu untuk berfikir jauh. Dia teramat penat. Sungguh penat dengan dugaan yang menimpanya hari demi hari tanpa henti. Kini, harapannya cuma satu. Dia hanya berharap agar si ayah cepat sembuh dan pulih dari sakitnya.

"Bangun lah papa."

"Lama sangat dah papa tidur."

Langkah kaki Ilya Nasuha segera ditapak menuju ke arah Isyraf Nazran. Bibirnya terus mengukir senyum saat sisi wajah lelaki itu menjamah ruangan matanya. Biarpun lelaki itu menyimpan dendam dan benci pada ayahnya itu, dia masih juga lelaki yang tabah dalam mengharungi dugaan yang Allah turunkan padanya.

Saat dirinya berdiri bersebelahan lelaki itu, pandangan mereka terus sahaja bersatu. Senyuman mekar turut terbit di bibir Isyraf Nazran. Tanpa gadis ini disisinya, pasti hidupnya sekarang sudah tidak teratur. Tanpa gadis ini disisinya, sudah pasti dia semakin menjauh dari mamanya. Mungkin sekarang dia hanya menunggu azab Allah kerana pernah melukakan hati mama? Nauzubillah Min Zalik.

"Awak sihat?" Lunak suara Ilya Nasuha terus menyapa gegendang telinganya.

"Terlebih sihat sayang." Jawabnya riang beserta sengihan di bibir. Anak mata bundar milik gadis itu dijamahnya dengan penuh rasa kasih.

"Taknak nangis lagi ke? Bahu saya memang tak ubah macam tiang tnb nak tahan berat awak tu." Sakat gadis itu. Bahunya dijongket beberapa kali sebelum dia tertawa kecil.

Isyraf Nazran hanya mampu menayang sengih atas perlakuan dirinya. Dia sendiri tidak sedar yang dia boleh menangis di bahu gadis itu semalam. Dan dia sungguh tidak menyangka, tujuh tahun dia pergi meninggalkan Ilya Nasuha, sudah pandai jiwa itu memerli dirinya.

"Papa macam mana sekarang?"

"Dah beransur baik?"

Mata bundarnya melorot ke arah cermin lut sinar itu dan terlihat sekujur tubuh tua yang sedang berbaring di atas katil pesakit. Kelihatan Tan Sri Syamreez, ayah lelaki itu yang sedang terbaring lemah, namun nafasnya sudah mula teratur walaupun tampak perlahan.

"Macam yang Ilya nampak. Dia ada banyak peningkatan cuma tunggu waktu untuk dia buka mata je." Hela nafasnya dihela perlahan sebelum dia menyambungkan perbualannya semula.

"Bila dia buka mata nanti, aku nak dia restukan hubungan kita berdua."

Suara itu kedengaran sendu ketika dia membalas kata. Bukan apa, adakah si ayah sempat untuk merasai waktu itu, fikirnya. Tubir matanya yang mula hendak berair pantas diseka sambil dia menayang senyum palsu pada Ilya Nasuha.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now