DSPC : 1

94K 3.3K 80
                                    

Pagi itu, cuaca sedikit mendung menutupi si dada langit. Angin sepoi-sepoi bahasa masuk melalui celahan langsir dan menampar lembut pipi Ilya Nasuha. Gadis itu mula bergolek di atas katil bujangnya dari utara ke selatan katil beberapa kali. Dia kembali berbaring menelentang sebelum mendepang kedua belah tangannya dengan luas.

Aksi dugong terdampar di tepi perairan jelas sekali dilakukannya kini. Dia sudah terlalu jemu terpaksa berkurung di dalam rumah. Memang lah rumahku syurgaku tapi jika terlalu lama berkurung di rumah, siapa sahaja yang mampu untuk terus bertahan? Sepasang anak mata bundar itu dipejam rapat sekosong fikiran.

"Bosannya."

"Kalau sekolah, ada jugak benda nak dibuat. Tengok sekarang ni, sampai takde benda nak dibuat."

"Kalau sekolah nak cuti, kalau cuti nak sekolah. Ish, tak faham lah."

Musim cuti sekolah baru sahaja hendak bermula namun dia seakan sudah lali akannya. Setahunya, musim cuti sekolah itu adalah musim bagi insan bergelar pelajar untuk bersuka ria dan berjimba gembira tapi bukan bagi dirinya.

Masakan tidak, rutin hariannya itu masih sama setiap hari. Dia hanya menghabiskan masa dengan makan, tidur, solat, k-drama, makan, tidur, solat, k-drama. Ahhh, rutin harian yang sama diulangnya lagi dan lagi dari hari isnin ke selasa ke rabu ke thursday ke friday ke saturday dan sunday.

"Patut ke khatamkan k-drama yang dah list sebelum ni? Patut ke tak?"

Jemarinya mula mengetik beberapa k-drama yang berada di website dramacool itu. Namun begitu, fikirannya menerawang jauh entah ke mana. Mungkin sudah ke korea bersama oppa barang kali?

"Tapi masalah sekarang ni, k-drama pun dah tak entertain. Sumpah, rasa bosan tengok telefon."

Dalam Ilya Nasuha asyik mengenangkan dirinya yang hanya melakukan rutin tidak sihat itu setiap hari, kedengaran suara mama, Puan Amelia memanggil dirinya dari tingkat bawah. Dia bangun. Dengan laju dia keluar dari biliknya dan berlalu menuruni anak tangga satu per satu untuk mendapatkan mama yang berada di tingkat bawah rumah dua tingkat itu.

"Ada apa ma?"

Mama dikerling sekilas. Dia terus menapak menuju ke peti ais. Pintu peti ais itu dibuka. Susu kotak dutchlady dicapai lalu dituang ke dalam gelas sebelum diteguknya perlahan. Dia ingin menghilangkan rasa dahaganya sekarang ini.

"Suha, cuti ni apa kata kita pergi holiday? Mama dah booking tiket ke Langkawi dengan kawan mama. Suha nak ikut?"

Puan Amelia memandang anak daranya itu yang sedang leka meneguk air. Gelas yang kosong pantas diletakkan di atas meja.

"Nak ma, Suha nak!!" Balasnya girang.

Dia sudah bertepuk tangan kerana gembira yang teramat mendengarkan ajakan dari mamanya itu. Sudah lama benar dirinya ini tidak berjalan ke luar negeri. Masakan tidak, sejak Encik Imran, ayahnya itu dinaikkan pangkat dan asyik outstation ke sana ke mari, dia dan keluarganya itu hanya berkurung sahaja di rumah ini.

"Berapa hari kita kat sana nanti ma? Mama dah bincang ke dengan ayah and abang Iman? Takkan lah kita pergi berdua je ma?" Tanyanya.

Riak wajahnya jelas sekali terpancar seri gembira dan teruja sekarang ini. Gembira lah you alls, kerana i, Ilya Nasuha akan meninggalkan rutin tidak sihat i itu, tidak lama lagi.

"Esok kita pergi sampai hari jumaat. Mama ada tanya kan abang dengan ayah tapi abang Suha tu ada training olahraga, ayah pula outstation sampai ke Johor sana. Cuma tinggal kita berdua je Suha."

Puan Amelia menjelaskan dengan tenang. Namun tawanya pecah saat melihat akan reaksi anak daranya yang agak terlopong.

"Serius lah ma esok?!"

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now