DSPC : 85

26.9K 1.4K 42
                                    

Derapan kaki milik Isyraf Nazran yang hanga mengenakan sepasang kasut converse bewarna hitam itu semakin dilajukan. Kesemua pintu bilik yang bermula dari angka 300 hingga 341 itu dilaluinya dengan kadar segera. Laluan yang menuju ke bilik gadis itu yang bercirikan english klasik menjadi destinasinya kini.

Langkah kaki yang setia berderap sebentar tadi akhirnya berhenti. Dia berdiri teguh di hadapan pintu bilik itu. Niatnya yang hendak mengetuk pintu akhirnya terbatal tatkala terlihat akan bell bilik. Bell bilik bernombor 342 itu pantas sahaja ditekannya. Tidak selang beberapa minit, terjegul wajah Ilya Nasuha yang sedang bertudung litup di balik daun pintu.

"Ya, kenapa Isy?" Tanya Ilya Nasuha hairan. Bukankah tadi mereka sudah meluangkan masa bersama, takkan lelaki itu sudah mula rindu akan dirinya pula?

"Jum keluar."

Kata-kata dari Isyraf Nazran membuatkan dirinya sedikit terlopong. Apa yang sedang merasuki Isyraf Nazran sekarang ini? Tiba-tiba sahaja mengajak dirinya untuk keluar di awal pagi ini.

"Dah pukul 1 pagi ni, awak nak keluar mana lagi Isy? Masa untuk tidur tau tak sekarang ni." Balas Ilya Nasuha.

Dia pura-pura menguap agar dia dapat kembali semula ke katil empuknya itu. Baru sahaja dia hendak peroleh tidur yang lena, tiba-tiba sahaja dirinya diganggu oleh Isyraf Nazran si pujaan hati ini. Bukan apa, boleh tahan letih juga dirinya ini seharian menjadi pengapit dan orang kuat di majlis rakannya, Aina Manirah.

"Cepat siap, aku tunggu kat luar. Kalau lebih dari 10 minit aku pecah masuk." Gertak Isyraf Nazran sebelum dia tersenyum senget. Kedua belah tangannya disilangkan rapat ke dada tanda dia sedang memeras ugut gadis itu dengan usikannya.

"Pakai baju dress tadi. Jangan makeup, aku suka kau yang neutral."

Ilya Nasuha mendengus. Walau sudah bertahun berlalu, dia masih Isyraf Nazran yang sama sewaktu di zaman remaja mereka. Isyraf Nazran yang suka menggertak dirinya. Isyraf Nazran yang suka memerintah dirinya dan Isyraf Nazran yang suka menakut-nakutkan dirinya.

Daun pintu itu segera ditutupnya kembali. Dia terus berlalu menuju ke almari pakaian. Seusai sahaja mengenakan dress ke tubuh, tudung shawl diambil lalu dililitnya. Sedikit bedak ditempekkan pada wajahnya, lipstik dicalit ke bibirnya dan wallaa dirinya telah siap sepenuhnya. Ez peasy lemon squeezy! Lagi pula dengan kecantikan yang asli itu, dia tidak memerlukan solekan yang melampau pada wajahnya.

"Kita nak kemana?" Tanyanya saat dia berlalu keluar dari bilik itu. Kelihatan Isyraf Nazran sedang merenungnya dengan pandangan redup.

"Kau akan tahu nanti." Ujar Isyraf Nazran setelah dia diam buat beberapa minit. Beri impak kejutan barangkali? Uwaaaaa, terkejutnya kita.

Ilya Nasuha terus mencebik bibirnya tanda frustasi. Tangannya disilangkan dan dia tidak mahu memulakan langkah mengikuti langkah lelaki di hadapannya itu. Kakinya terasa berat untuk memulakan sebarang langkah. Ingin sahaja dia kembali semula ke katil empuknya itu. Akhirnya, dia hanya setia berdiri menyepi, membiarkan lelaki itu semakin menjauh pergi.

Isyraf Nazran berpaling. Senyuman sinis terus terhias di bibirnya saat melihatkan tingkah gadis itu. Dengan laju dia berjalan ke arah Ilya Nasuha lantas tubuh gadis itu dicempungnya dan dibawa ke lif yang berdekatan. Gadis itu kelihatan sungguh terkedu akan perbuatannya sebentar tadi.

"Berat."

Komennya saat tubuh Ilya Nasuha selamat diturunkan dari pangkuannya setelah mereka berdua berdiri betul-betul di hadapan muka pintu lif.

"Jangan sentuh saya lagi."

Marah Ilya Nasuha seraya memberi amaran buat lelaki itu. Ya, bahagia memang bahagia tapi mereka belum ada apa-apa ikatan yang sah lagi. Bahkan mereka itu bukan mahram, dan memang terang lagi bersuluh perbuatan mereka itu akan menimbulkan dosa dan fitnah. Lagikan pula cctv ada di mana-mana, mahu dirinya akan dijadikan bahan bualan hangat di kaca televisyen dan metro tak ke naya? CEO ternama bergandingan dengan orang biasa?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now