DSPC : 66

21.3K 1.2K 20
                                    

Langit yang dilimpahi warna biru dihiasi dengan kepulan awan putih yang terbentang luas di atas sana direnung oleh mata bundarnya. Sungguh dinamik kombinasi warna antara keduanya. Ciptaan Allah adalah unsur seni yang paling indah dan tidak tertanding. Ilya Nasuha masih setia merenung dada langit itu. Selepas ini, pemandangan seperti ini hanya akan terpahat di dalam memori kamus hidupnya. Hatinya mula dicuit rasa hampa kerana akan pulang.

"Ilya sayang."

Lunak serak suara itu membuatkan dirinya berpaling. Kelihatan remaja lelaki itu sedang memandangnya sambil tersengih.

"Seat ni ada orang?"

"Ada."

Remaja lelaki itu hanya menggangguk. Langkah kaki diaturnya untuk pergi namun segera ditahan oleh Ilya Nasuha.

"Seat ni untuk Isyraf Nazran."

"Siapa Isyraf Nazran?"

"Of course dia lelaki."

Isyraf Nazran sudah buat muka toya. Tidak mungkin lah dirinya ini pondan atau mak nyah pula. Mengapa Ilya Nasuha tidak menyatakan bahwa Isyraf Nazran, dirinya itu adalah teman lelakinya sahaja?

"Apa perasaan kau kat dia?"

"Sayang, cinta dan kasih."

Isyraf Nazran sudah tayang senyum manis. Dia mahu gadis itu menyatakan perasaan dengan jujur seperti sekarang ini. Sudah tidak ada benda yang perlu diselindungkan lagi. Bukankah mereka berdua sudah meluahkan perasaan di antara satu sama lain semalam?

"Aku kenal dia?"

"Kenal lah kut."

Ilya Nasuha hanya tersengih merenung sebujur wajah itu. Entah mengapa dia berasa seronok pula apabila bermain soal jawab dengan remaja lelaki itu.

"Kalau dia tak ada?"

"Sunyi."

"Kalau dia pergi?"

"Merana."

"Kalau kau benci dia?"

Ilya Nasuha bungkam. Mengapa tiba-tiba sahaja remaja lelaki itu menyatakan perasaan benci? Namun lambat-lambat dia membalas juga persoalan itu.

"Saya akan cuba memaafkan."

Isyraf Nazran pantas melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Ilya Nasuha. Pandangan anak mata hazelnya itu segera dikalihkan ke wajah gadis itu. Diratahnya wajah gadis itu sepuasnya lalu wajah itu terus sahaja tertuduk menahan sipu. Sebujur wajah itu kelihatan sudah memerah seperti sos cili.

'Bayangkan, jika aku menatap wajah kacak dia. Bolehkah aku bertahan dengan getaran jiwa yang semakin menggila? Getaran yang terlalu kuat hingga ingin tercampak keluar hati kecil ini sahaja.'

"Awak, boleh saya tanya?"

Isyraf Nazran pantas berpaling memandang gadis yang sedang duduk bersebelahnya itu. Dia diam bagi menantikan pertanyaan yang akan keluar dari mulut Ilya Nasuha. Apa yang hendak gadis itu tanyakan padanya?

"Serkup kepala tu memang selalu kena pakai ke?"

Bandana Headband hitam yang diikatnya di kepala itu segera di pegang. Bibirnya terus tersengih sebelum dia tertawa kecil. Memang nampak seperti serkup kah bandana yang dipakainya sekarang ini?

"Ni bukan serkup kepala tapi bandana."

"Kalau aku tak pakai, lagi ramai yang cair dengan aku nanti."

"Kau tak kesah ke kalau aku ada ramai spare part selain kau?"

DIA SI PEMBEKU CINTA : COù les histoires vivent. Découvrez maintenant