DSPC : 52

22.7K 1.2K 12
                                    

Pintu pagar besar yang tersergam indah di hadapan mereka membuatkan bas persiaran yang dinaiki oleh kesemua pelajar itu berhenti. Sepertinya mereka semua sudah tiba ke tempat yang ingin dituju sedari tadi. Bulan yang mengambang penuh pada malam itu, menyuluh suasana hutan hingga menjadi terang benderang.

Anak mata pelajar SMK Putera Mirzan Syah itu sudah melilau ke kiri dan ke kanan bagi memerhatikan keadaan sekeliling. Nama pun tempat perkhemahan, sudah pasti ada rimbunan pepohon yang menghijau. Dedaun pokok yang menghijau, rumput dan semak samun yang bewarna hijau, semuanya hijau cuma mak kau hijau sahaja yang tiada di sini sekarang ini.

Ilya Nasuha bingkas bangun dari duduknya dan diikuti oleh Isyraf Nazran. Segala sampah sarap sisa daripada makanan ringan yang mereka makan, yang berada di tempat duduk mereka itu dikutipnya. Akan dibuang sebentar lagi di tong sampah yang terdapat di tempat pemandu.

Beg kepunyaan Ilya Nasuha yang berada di bahagian atas tempat penyimpanan beg dicapainya lalu diberikan pada tuan empunya. Ilya Nasuha hanya tayang sengih saat dirinya dibantu oleh remaja lelaki itu. Beg kepunyaannya yang diserahkan oleh Isyraf Nazran sebentar tadi pantas dia sambut lalu disangkut pada bahu.

"Terima kasih Isy."

"Sama-sama."

Aina Manirah yang ketika itu sedang berada di belakang Isyraf Nazran sudah membuat muka toya. Sudahlah mereka sedang berpusu-pusu ingin keluar segera dari perut bas, ada pula drama sebabak cinta cintun cita citata di dalam bas tengah-tengah malam ini. Al-maklumlah, kedua mereka itu sedang angau di antara satu sama lain, mana tidaknya.

Zariff Isaac pula sudah tersenyum penuh makna membelakangi teman wanitanya itu. Makna apalah itu sampai senyumannya itu sudah sampai ke telinga. Barangkali senyuman gembira kerana kata-katanya sebagai romeo juliet selama ini akhirnya berjaya membuka pintu hati lelaki beku itu untuk meluahkan rasa cinta.

"Jap lagi dah jadi satu ikatan lah tu." Zariff Isaac berbisik ke telinga Aina Manirah perlahan.

Aina Manirah hanya mengangguk mengiyakan kata-kata teman lelakinya itu. Segera dia berjalan keluar dari tempat duduknya dan diikuti oleh Zariff Isacc dari belakang.

"Moga sampai jinjang pelamin."

"Habis kita?"

Zariff Isaac terus tarik muka masam. Dia juga ingin sampai ke jinjang pelamin bersama gadis pilihan hatinya itu. Mengapa Aina Manirah ingin sangat berahsia akan perhubungan mereka? Dia sahaja sudah tidak sabar untuk berteriak pada satu dunia bahwa mereka berdua sedang hangat bercinta. Hatinya dicuit dengan rasa tidak puas kerana gadis itu lebih memilih untuk merahsiakan.

"Moga kita ke anak cucu cicit piut miut segala."

Zariff Isaac terus tersenyum gembira tatkala mendengarkan kata-kata dari teman wanitanya itu. Aina Manirah pula hanya tayang senyum menyampah. Manja si buaya darat itu sungguh tak bertempat. Elok disiku berjemaah sahaja.

Kesemua 100 pelajar dari SMK Putera Mirzan Syah itu mula berkumpul beramai-ramai di hadapan muka pintu pagar. Guru pengiring juga turut serta bagi mengira jumlah pelajarnya. Beg kepunyaan mereka turut dijinjit bersama di pegangan tangan mereka. Bas persiaran yang dinaiki mereka semua sebentar tadi sudah jauh meninggalkan mereka di tapak perkemahan itu.

Tapak Perkhemahan Sungai Pauh , Cameron Highlands .

"Dengar sini semua!"

Kata-kata dari Puan Aminah itu terus mengalihkan pandang pelajarnya untuk memandang dirinya. Ada apa yang hendak dibicarakan oleh guru wanita itu? Sepertinya perkara itu merupakan perkara yang penting sahaja sehingga guru wanita itu berteriak dengan begitu kuat sekali.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now