DSPC : 49

21.8K 1.4K 96
                                    

"Semua dah ada ke?"

Tanya Puan Aminah selaku guru pengiring di dalam aktiviti perkhemahan itu. Setiap figura pelajar yang berada di hadapannya itu ditenung satu per satu.

Dia ingin memastikan kesemua pelajarnya cukup seperti yang ditetapkan. Ada lima unit kokurikulum, iaitu Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Askar, Bomba dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Kesemua ahli hendaklah seramai 100 orang.

List nama di tangan kanannya itu sesekali dikerlingnya sekilas. Dia ingin setiap ketua pasukan bertanggungjawab ke atas anak buahnya. Oleh itu, dia sengaja tidak mahu untuk menilik nama pada kertas itu satu per satu. Setelah ketua pasukan itu membilang anak buahnya telah cukup seramai 20 orang ahli setiap satu pasukan, baru dia akan mula meniliti nama-nama tersebut.

"Kadet polis ahli dah cukup?"

"Dah cikgu!" Sahut seorang pelajar lelaki tingkatan 5 selaku ketua bagi unit itu.

Puan Aminah selaku guru bagi pasukan Kadet Polis sudah tersenyum senang. Dia bangga dengan ketua pasukan dan ahlinya yang lain kerana telah menepati masa dan telah cukup lengkap kesemuanya.

"Yang lain semua ahli dah cukup?"

Ketua pasukan bagi Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Askar dan Bomba sudah menganggukkan kepala tanda ahli mereka juga sudah cukup lengkap sepenuhnya. Namun begitu hanya ketua unit Persatuan Bulan Sabit Merah sahaja yang seperti sedang kegelisahan. Kelihatan dia seperti tertinjau-tinjau mencari sesuatu.

"Cikgu, ahli saya tak cukup sorang lah. Ada 19 orang je ni. Macam mana ni cikgu?"

Puan Aminah mengeluh. Jam di pergelangan tangannya ditilik buat sekelian kali. Sudah mahu ke angka 5 petang, tapi mereka masih belum bertolak lagi. Tidakkah nanti mereka akan lambat ke destinasi yang ingin ditujui?

"Takpelah, semua boleh masuk bas dulu kecuali unit Bulan Sabit Merah. Awak semua sila tunggu di luar bas sampai ahli awak cukup 20 orang." Tegas Puan Aminah.

Kedengaran pelajar-pelajar dari unit Bulan Sabit Merah sudah berdecit tanda tidak puas hati. Walaupun cuaca sudah berlarutan petang, mereka masih merasa bahang mentari yang kuat. Tidak bolehkah Puan Aminah memberikan mereka kebenaran untuk masuk ke dalam perut bas dan turut serta bersama ahli pasukan yang lain?

"Saya nak awak semua tahu yang tanggungjawab sesama ahli pasukan tu penting. Jadi, jaga anak buah masing-masing." Arah Puan Aminah tegas.

Guru perempuan itu terus berlalu pergi meninggalkan unit Bulan Sabit Merah kerana dia ingin menguruskan kemasukan pelajar-pelajarnya yang lain ke dalam perut bas. Arahan pantas diberikan, seraya dia ingin mengekalkan keadaan yang terkawal.

"Kita ada tiga buah bas, jadi saya minta para pelajar semua penuhkan dua bas di hadapan, dahulu."

"Sila ikut nama dan nombor bas sama seperti dalam list nama. Jangan nak ikut suka atok nenek kamu naik bas yang tidak ada nama kamu di situ."

"Kalau ada mana-mana pelajar yang menyusahkan saya, markah koko kamu saya potong. Faham?"

Kata-kata dari Puan Aminah hanya dibalas dengan anggukan dan isyarat tangan okey dokey yow oleh kesemua pelajar yang ada. Mereka terus berlalu ke bas yang telah ditetapkan nama mereka padanya. Beg yang dijinjit di tangan, sudah selamat dimasukkannya jua ke dalam perut bas.

Ilya Nasuha dengan susah payah menyandang beg galasnya sambil menuju ke perut bas bernombor satu. Dia malas mahu beraksi seperti ahli sumo semata-mata untuk merebut tempat duduk di dalam bas itu. Namun, pergerakannya serta-merta mati setelah tangannya dikunci oleh seseorang. Wajahnya terus dipalingkan. Kelihatan Isyraf Nazran sedang tersenyum senget padanya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now