DSPC : 14

32.1K 1.7K 126
                                    

Keadaan yang sedari tadi kelihatan sangat hangat, kini sudah mula bertukar sunyi dan sepi. Nampaknya semua pelajar di sekolah itu sudah berpusu-pusu untuk pulang ke rumah masing-masing.

Deruan angin dari luar tingkap kelas 1-4 lembut menyapa tubuh mereka berdua tika ini. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam kelas itu tika ini.

Kini, hanya isyarat mata yang sedang bermain kata. Lidah pula seakan kelu untuk meluahkan rasa. Masa pula bagaikan sedang berhenti, biarpun jarum jam dinding di kelas 1-4 itu setia berdenting tidak henti.

"Ehem."

Isyraf Nazran berdehem sedikit. Dia lantas mematikan suasana hening di antara mereka berdua. Bukan apa, dia mula merasa tidak selesa jika terus menerus dengan keadaan sebegitu. Dia tidak mahu, rasa janggal itu terus menemani mereka berdua tanpa henti. Anak mata gadis itu terus beradu pandang dengan sepang anak mata hazelnya.

"Boleh ulang tak, apa yang awak tanya saya tadi? Saya tak berapa nak dengar lah." Pinta Ilya Nasuha.

Sejujurnya, dia memang tidak pekak, malah dia dengar dengan jelas apa yang remaja lelaki itu tanyakan padanya sebentar tadi. Cuma sekarang ini, dia sedang di dalam fasa terkejut beruk dengan soalan mengejut itu.

Kepalanya ditunduk menekur lantai simen. Dia sedikit pun tidak berani untuk terus beradu mata dengan remaja lelaki itu. Jantungnya semakin galak berdegup kencang, saat anak mata hazel itu menikam wajahnya.

"Tak dengar? Kau.."

Terus sahaja percakapan lelaki itu dipotong oleh Ilya Nasuha tanpa menyempat. Dia tidak mahu remaja lelaki itu meneruskan percakapannya. Dia takut, perasaan malu semakin menebal di dalam dirinya saat ini.

Tidak bolehkah remaja lelaki itu mengulang persoalannya semula? Cuba lah straight to the point sahaja, dia tidak mahu remaja lelaki itu berbasa-basi dengannya sekarang ini. Tidak tahukah remaja lelaki itu bahwa dirinya ini sedang ditahap malu setinggi langit ketujuh?

"Saya tanya jawab, bukan bebel."

Isyraf Nazran terasa hati. Sudahlah gadis itu memotong percakapannya, boleh pula gadis itu menyindir dirinya agar dia tidak membebel. Apa gadis itu ingat dia ini sama sepertinya? Namun begitu, dia masih beriak dingin sahaja di hadapan gadis itu. Senyuman sinis mula bermain di ruang bibirnya. Lalu, pertanyaan itu terus meluncur laju daripada bibirnya sekali lagi.

"Aku siapa bagi diri kau?"

Ilya Nasuha terpempan. Pertanyaan remaja lelaki itu benar-benar mengusik jiwanya. Wajah remaja lelaki itu dipandangnya bersama kepala yang digarukan tanpa henti.

Apa yang perlu dituturkannya sekarang ini? Adakah dia perlu untuk jujur pada remaja lelaki itu? Yang dirinya ini sudah tangkap cinta dan angau pada lelaki itu? Bukan sahaja sewaktu mereka bersama di kembara cintanya, bahkan sewaktu di shopping kompleks itu juga.

Liurnya ditelan perlahan. Terasa perit kerongkongnya ini saat dia memaksa dirinya berubat sedemikian. Dia tidak pasti apakah jawapan yang layak dia berikan pada remaja lelaki itu sekarang ini.

Jika dia jujur, adakah lelaki itu akan menerima cintanya? Buatnya dia bertepuk sebelah tangan sahaja bagaimana? Tidak pasal-pasal nanti dia terpaksa tepuk-tepuk semangat bagi menyemangatkan dirinya yang gagal di dalam percintaan ini.

"Mungkin kita kawan?" Dengan ragu-ragu Ilya Nasuha menjawab pertanyaan itu.

Matanya masih tidak berani bertentangan dengan anak mata remaja lelaki di hadapannya ini. Dia takut dengan kata hatinya sendiri. Masakan dia mahu jujur pada remaja lelaki itu? Semuanya bermula dari dirinya sendiri dan lebih parah lagi kerana dia terus-menerus jatuh cinta pada lelaki itu.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now